Sampai hati suami bila kantoi hangat bercinta dengan janda. Suka punya pasal dengan janda tu suami sanggup tggalkan surat yang tertulis semua kekurangan isteri

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum. PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga. Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.

Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar…

Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria… malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak. Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman,

namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga segala keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan…

Aku terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali aku mengugut suami untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah. “Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah bersama banyak kali!” Ya ALLAH… aku terduduk dengan pengakuan itu… kenapa janda?

kenapa bukan anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan aku… apa salah aku? air mata mengalir deras. Aku rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi aku pantas menepis. Tiada kekuatan untuk aku teruskan langkah tapi aku gagahi jua sehingga ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA. Ya… Aku ingin mengadu… air mata aku mengalir laju walaupun sedang solat dan mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan aku.

Dia merangkul pinggang aku dan mencium telapak tangan aku berkali-kali. Dia minta aku ampunkannya kerana menengking aku sebentar tadi. Dia mengaku terlalu marah kerana aku mendesak dan menjerit kepadanya. Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin aku lakukan…

Aku ingin acu suami dengan apa apa je! Tapi aku tiada kekuatan. Hati aku hancur luluh. Aku kuatkan hati untuk bertanya… “Berapa kali?” “Banyak…” “Sejak bila?” “Sejak Mah mengandung Adan…” Ya ALLAH… enam tahun lalu… kini Adan dah ada dua adik…

“Tak kahwin?” “Tidak… abang sayangkan Mah…” “Sayang?” “Ya…” “Ini tanda sayang?” Soalan aku terbiar tanpa jawapan… Aku tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti kebiasaan dia bermanja dengan aku. Mata ini tidak berkedip.

Aku melempar pandangan kosong ke dinding. Hati aku bungkam. Air mata tak mahu berhenti… Minta terus terang. Aku minta suami terus terang kekurangan aku . Jika masih sayangkan perkahwinan kami dan mahu aku terus di sisinya, Aku mahu tahu, apa kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan aku.

Suami menggelengkan kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang aku mahu keluar dari rumahnya.“Sepuluh tahun abang… sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia.

Rupanya Mah yang berangan-angan di rumah sendiri… abang tak bahagia dengan Mah… Abang cari lain” “Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik… tak ada kurang satu pun… Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah.

Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang…” Aku mengangguk. Aku tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu aku menangis di sisi anak-anak yang enak tidur.

Entah bila aku terlelap langsung tak pasti. Subuh lagi aku sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Aku kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak ke sekolah aku

bersalaman dan dia mengucup dahi aku ; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, aku palingkan muka. Aku tak mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi aku yang setia. Air mata melurut lagi. Surat jadi penyebab. Aku tutup pintu dan aku menapak ke ruang tamu.

Ada helaian kertas yang bertindih gelas kaca. Aku tahu itu pengakuan suami. Aku tarikh nafas dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul buat aku rasa terkena. Aku harap anda semua memahaminya.

Jangan sesekali menyalahkan suami aku atau mana-mana lelaki yang pernah menduakan anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi sebab untuk aku menerima dan memaafkannya. Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa…

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini,

abang terima sebagai hukumn. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf… Mah… Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis.

Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling. Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga.

Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang. Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang.

Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya.

Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri? Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah,

Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu?

Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan…

dan Mah terimalah dengan lapang hati. Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun.

Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang…

abang tidak mampu menghalang. Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu…

Sumber osem

Suami Bukan Orang Senang Tapi Beria Nak Bawa Bini Bercuti Dekat Turki. Mengejutkan Tiba Tiba Bini Terjumpa Sesuatu Dalam Diari Suami Masa Suami Dah Pergi Buat Selamanya.

Di suatu kampung, seorang gadis telah memilih seorang lelaki biasa Dan juga miskin ,lelaki itu hanya kerja kampung yang kini sudah menjadi suaminya. Suatu hari, mereka telah menonton tv. Ada rancangan travelog di Turki. Si isteri teruja dengan keindahan panorama di sana. Suaminya pun berkata,

“Abang nak bawa sayang jalan-jalan di Turki.” Isterinya membulatkan mata, tersenyum gembira, “Yeay!” Hingga akhir tahun itu, suaminya tak bawa pun isterinya ke sana. Di usia mereka 30-an, sekali lagi suaminya berkata kepada isterinya,

“Abang janji, tahun ni nak bawa sayang jalan-jalan di Turki.” Isterinya senyum gembira dan menganggukkan kepalanya. Namun, hingga awal umur mereka 40-an, suaminya tak tunaikan janjinya. Di usia mereka meningkat 50, sekali lagi suaminya berkata kepada si isteri tersayang,

“Abang rasa, abang nak bawa sayang jalan-jalan di Turki hujung tahun ni.” Isterinya senyum gembira dan mengangguk setuju. Namun, hingga hingga lewat usia mereka 50-an, kata-kata suaminya itu hanya tinggal kata-kata.
Suatu hari, suaminya jatuh sakit. Sakitnya melarat hingga doktor mengesahkan hanya menunggu detik dan ketika saja.

Isterinya setia duduk di sebelah suaminya di hospital. Suaminya bersuara lemah, “Abang minta maaf. Tak dapat bawa awak ke Turki. Tapi, kenapa selama ini dan sampai hari ini, awak tak pernah bangkit, ungkit atau marah tentang hal tu?”

Isterinya mencapai tangan suami tercinta. “Abang, bila abang cakap nak bawa saya ke Turki, kata-kata abang tu dah pun bawa jiwa saya seolah-olah berada di sana dengan abang. Dah cukup sekadar membayangkan. Sudah cukup membahagiakan. Walaupun hanya angan-angan, tapi bagi saya cukuplah sekadar impian. Yang lebih penting, Allah dah bagi pada saya cukup bahagia.

Allah bagi suami yang membanting tulang empat kerat sehari-hari untuk menjaga saya dan anak-anak. Allah bagi suami untuk saya letakkan kepala di bahunya saat saya sedih, saat saya menangis. Adakah tidak cukup lagi semua ini?

Panorama dalam rumah kecil kita, lebih indah dan membahagiakan. Nak indah lagi, tunggu saja kita berjumpa kembali di Syurga sana. Lebih indah dari Turki. Perbelanjaan ke sana mesti mahal. Tapi, perbelanjaan ke Syurga lagi mahal. Jualkan dunia ini dengan isinya pun tak mampu untuk membeli tiket ke Syurga. Tiket itu ada pada reda abang pada isterinya ini.”

Suaminya menitiskan air mata mendengar kata-kata isteri. Tak lama kemudian, suaminya itu pergi buat selamanya. Setelah selesai segala urusan, isterinya mengemas barang-barang peninggalan suaminya. Ketika mengemas, terjumpa sebuah buku dairi tulis tentang Turki. Di dalamnya ada sekeping tiket untuknya. Di sebelah tiket, ada nota kecil. “Maafkan abang, duit abang hanya cukup untuk beli sekeping tiket ke turki.” Isterinya menitiskan air mata. Apa guna ke sana lagi, andai hati ini telah dibawa pergi bersama suami.

Penulis / Karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

Kredit : EBerita