Shuib kongsi antara soalan cepumas dari anak anaknya. Ramai sebak bila Matin cakap macam ni.

” Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya akan ke HCTM untuk melihat Ayash Affan buat pertama kalinya. Demikian kata-kata suami kepada Allahyrhamah Siti Sarah, Shuib memaklumkan akan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bertemu bayinya, Ayash Affan buat pertama kali, esok. Shuib berkata demikian dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arw4h isterinya yang berlangsung secara v1rtual, malam tadi.

” Anak-anak pun asyik bertanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki esok, saya tak sabar nak tengok dia, pegang dia,” katanya. Berkongsi mengenai hari pertamanya tanpa isteri kesayangan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad tidak menafikan rasa r1ndu adalah satu perasaan yang berat untuk digambarkan. ” Hari ini, hari pertama di mana saya rasa, memang t1pulah kalau saya cakap saya okay. Memang satu keadaan yang sangat pel1k sebab sebelum ini, walaupun dia tak ada di rumah, tapi sekurang-kurangnya, saya tahu dia ada di hospital. Tapi, (hari ini) bila saya turun ke bawah, saya tahu dia memang dah tak ada. Cuma, itulah. Bila dihimp1t rindu, bila rindu menjengah, jadi ia sesuatu yang agak berat. Insya-Allah, masa akan mengub4ti dan r1ndu akan kekal selamanya,” katanya.

Shuib juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengambil berat akan dirinya dan memaklumkan bahawa dia dalam keadaan baik.

” Saya sebenarnya sangat bertuah sebab ramai kawan-kawan yang luar biasa dengan kasih dan sayang. Ramai WhatsApp dan mesej saya, minta saya supaya kuat. Jangan risau. Saya sangat reda,” katanya.

‘Matin rindu ibu’

Berkongsi mengenai keadaan ketiga-tiga anaknya, Shuib berkongsi mengenai soalan-soalan ‘cepvmas’. ” Anak yang ketiga, Ariq Matin anggap perut ibu dia umpama bantal. Semalam, saya tidurkan dia dekat bawah keti4k saya. Saya ingat dia dah tidur sebab diam saja. Tiba-tiba, dia bersuara, ‘Matin rindu ibu’. Itulah antara cab4ran sebagai bapa. Itu memang lumrah manus1a untuk rasa r1ndu,” katanya.

Majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtval itu disertai lebih 600 pelayar diketuai oleh PU Hafiz Haneefa dan Anak-anak Tahfiz dari PITAS,Permata Al-Quran dan Majlis Belia Tahfiz Malaysia. Turut serta, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah, media serta rakan-rakan artis. Terdahulu, Shuib berkongsi detik mnyayat hati di mana beliau perlu menyampaikan berita pemergian arwh kepada anak-anak, selesai pengurusan isteri, petang Isnin.

” Sebaik sampai, saya naik ke bilik untuk membersihkan diri. Saya mandi sangat lama, terlalu lama. Selesai mandi, saya turun untuk makan. Kebetulan, azan Asar berkumandang, jadi saya naik semula untuk ambil wuduk. Tiba-tiba bapa mentua (Raissuddin Hamzah) hubungi dan beritahu saya perlu beritahu anak-anak kerana mereka sudah menonton ksah ibu mereka di YouTube. Saya pun turun dan kebetulan, berita pemrgian isteri ditayangkan di televisyen (TV). Anak sulung, Uwais bertanya betulkah ibu sudah tiada? Lalu, saya panggil semua anak-anak dan terangkan perkara sebenar. Saya beritahu, mereka takkan dapat jumpa ibu lagi. Anak-anak mnangis teresak-esak. Anak bongsu, Matin tervk mnangis kerana paling manja dengan arwh dan belum faham apa yang berlaku,” katanya pada sesi live di Instagram (IG), petang tadi. Sumber : Coretandiariviral

Lepas kongsikan keadaan terkini Siti Sarah Shuib dedahkan nama anak yang dipilih oleh isterinya.

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan. Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. “Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.
Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bertrng nywa menentang Covid-19. Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani operasi selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang. Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini. Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku. “Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya. “Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari.

Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti. Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak. “Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebak.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.
Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Pengurus umumkan Siti Sarah dah selamat bersalin. Tapi apa yang Shuib update buat ramai yang sebak.

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang hari ini. Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd. Rom dalam satu kenyataan yang dikongsikan sebentar tadi.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu Nana memaklumkan doktor yang merawat dan memantau keadaan penyanyi tersebut bakal melakukan satu operasi untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan baik sejurus selepas bacaan Yasin dilakukan buatnya sebentar tadi. “Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yasin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengah hari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga.

Siti Sarah teruk

Melalaui kemas kini terkini dari Shuib, isteri beliau walaubagaimanapun dalam keadaan teruk. Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan teruk.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini. Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan teruk. “Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak teruk.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertrng nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepad dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.

Rata-rata rakan artis turut mendoakan Siti Sarah dan memberi sokongan moral kepada Shuib supaya tabah “Alhamdulillah untuk bayi dan tahniah. Sama sama kite doakan untuk Sarah. Ya Allah permudahkan urusan kami semua ya Allah.”

“Semoga Allah permudahkan. Berkat Jumaat, hamparan doa makbul. Ya Mujib. Makbulkanlah segala doa hambaMu” Sama-sama kita doakan urusan Siti Sarah di permudahkan.

Baru dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi. Shuib dedahkan keadaan terkini isteri buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: “Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf. “Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya. Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke Unit rawatan Rapi disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin. Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memtong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid 19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu. Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Kredit : HM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.