“Dilepas tanpa dibebaskan” Pavithra tarik balik tertuduhan atas Sugu

Bekas pekerja ladang M Sugu dilepas tanpa dibebaskan daripada tudvhan mencederakkan isterinya yang juga Youtuber (penggiat YouTube) masakan S Pavithra.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini.

Menerusi laporan Astro Awani, Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi berikutan Pavithra mengangkat sumpah bagi menarik balik pertvduhan dengan rela tanpa paksaan dan ugvtan ketika prosiding.

Terdahulu, peguam Syahrul Nizam Mohd Rabi yang mewakili tertvduh memohon mahkamah melepas dan membebaskan Sugu kerana saksi utama iaitu pengadv kes itu memaklumkan tidak akan meneruskan kes tersebut.

Bagaimanapun, Liyana Zawani memohon mahkamah untuk melepas tanpa dibebaskan tertvduh daripada pertvduhan, mengambil kira kemungkinan pihak pendakwaan mempunyai keperluan atau sebab yang kukuh untuk menvduh semula kes berkenaan.

Sugu, 29, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseeksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan keceederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Dia didakwa melakukan kesallahan itu di tempat letak kenderaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, antara 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letvpan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter kira-kira 6 petang pada tempat dan tarikh sama.

Bagi pertvduhan berkenaan, pihak pembelaan memberitahu akan menghantar surat permohonan representasi kepada pihak pendakwaan untuk mengkaji semula status kes dan meneliti semula pertvduhan terhadap Sugu.

Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan sebagai sebutan semula kes untuk jawapan representasi.

Sumber : Astro Awani