KPKT perlu segerakan garis panduan untuk majikan sebagai asrama pekerja asing. Sekali ini perancangannya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu melaksanakan segera garis panduan untuk tidak membenarkan majikan menjadikan pangsapuri atau flat awam sebagai asrama pekerja asing. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahte­raan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, sebarang kelewatan dalam melaksanakan garis panduan itu hanya akan mengundang masalah selain mencetuskan lebih banyak jangkitan Covid-19. Katanya, garis panduan berkaitan perkara itu sebenar­nya telah ada, namun hanya akan dikuatkuasakan kepada permohonan baharu pada tahun depan.

“Gesaan ini adalah bagi memudahkan kawalan kepada pekerja asing yang dikatakan antara punca peningkatan Covid-19 di satu-satu lokaliti. Di bawah KPKT, kita menggesa supaya dibuat polisi baharu berhubung kewajaran penempatan pekerja asing ini. Antara garis panduan yang telah dinyatakan adalah permohonan baharu untuk tinggal di pangsapuri kos rendah adalah tidak dibenarkan.

“Kerajaan negeri juga telah meneliti garis panduan tersebut dan bersetuju mengguna pakai perkara itu. Bagaimanapun, yang menjadi keprihatinan kita mengapa implementasinya tidak di­segerakan. Saya takut gelombang ini (Covid-19) akan berulang-ulang dan paling tidak pencegahan awal dapat kita laksanakan,” katanya.

Semalam yang mendedahkan mengenai situasi di rumah-rumah flat dan pangsapuri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang didakwa berisiko untuk menjadi lubuk jangkitan Covid-19. Menurut Rodziah, Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Gombak yang menjadi kawasan perindustrian kini dihuni oleh kira-kira 1.2 juta pekerja asing. Justeru, pihaknya tidak menafikan pangsapuri dan rumah flat menjadi pilihan majikan untuk menempatkan pekerja kerana kos sewa yang murah.

“Kerajaan negeri turut me­nyarankan kepada Kerajaan Persekutuan supaya isu penempatan diambil kira dan diselesaikan sebelum membuat pengambilan pekerja asing termasuklah dengan cara memperluaskan Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ). Isu lainnya ialah penempatan pekerja asing selalunya tidak didaftarkan. Seharusnya, syarat dikenakan kepada majikan supaya mendaftar tempat tinggal pekerja asing masing-masing. Ketika ini, tiada komitmen oleh majikan dan kalau tinggal di asrama itu lebih bagus,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta masyarakat yang tinggal di pangsapuri agar menjalankan tanggungjawab dengan mengikuti norma baharu selain tidak melarikan diri apabila dipanggil menerima vaksinasi. Semalam mendedahkan mengenai keadaan rumah-rumah flat dan pangsapuri di Kuala Lumpur dan Selangor yang berpotensi menjadi lubuk kepada penularan Covid-19.

Antara faktor yang dikaitkan dengan penularan itu adalah kepadatan penduduk di satu-satu penempatan sehingga penghuni tempatan terpaksa berkongsi kemudahan dengan pekerja asing yang menyewa di kawasan ber­kenaan.

Sumber : K! Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sampai ada yang tergolek pekerja kilang cuba larikan diri dan ada warganet dkwa sebab kena serbu polis. Sekali polis tampil dedah perkara yang sebenar.

Video tular mendkwa sekumpulan pekerja sebuah kilang di Seksyen 22 yang melarikan diri daripada serbuan tidak benar sebaliknya situasi berkenaan berlaku disebabkan pekerja terbabit panik akibat bunyi siren yang berpanjangan di kilang tersebut pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesahkan kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.30 hingga 5 petang itu bukan kerana operasi atau serbuan pihak penguatkuasa.

“Siasatan awal dijalankan mendapati berlaku kegagalan fungsi ‘alarm’ kebakaran, dan difahamkan pihak syarikat dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian, bunyi ‘alarm’ menyebabkan ramai pekerja jadi panik dan lari keluar takut ada kebakaran. Kilang ini difahamkan baru sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat, memandangkan syarikat ini masih baru iaitu lebih kurang sebulan ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran seperti tempat berhimpun dan ‘evacuatian plan’,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan pekerja kilang memanjat pagar sebuah kilang. Rata-rata warganet mendkwa situasi tersebut berlaku disebabkan adanya serbuan pihak berkuasa di kilang terbabit.

VIDEO:

KOMEN WARGANET:

“Ye2 je sebab siren.. Xkan la xde masing2 xtahu prosedur kebakaran mcmana terus lari keluar pagar lintas Jalan xtoleh kiri kanan” Karut sungguh la..malas nak komen banyak..korang tengok jela permainan kilang² besar ni..” Ahhaha….biar betul alarm kebakaran…jauh lari smpai balik umah walau xde api n asap….hmmm”

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pihak polis tampil buka siasatan tentang Ahli Parlimen di Kedah yang boleh pula buat macam ni. Siap elok bincangkan program ini pula.