Sekolah akan dibenarkan buka di negeri ini setelah masuk ke fasa ini. Tapi ianya cuma terhad pada golongan ini.

Sekolah di negeri yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata ia terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja.

Menurut Harian Metro, keputusan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN di mana sekolah dibenarkan beroperasi untuk sesi PdP secara bersemuka namun hanya untuk murid kelas peperiksaan sahaja.

MKN juga turut memberikan kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru serta murid kelas peperiksaan yang terbabit sekiranya sekolah dibuka. Walau bagaimanapun, KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti diumumkan Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media pada 6 Jun lalu.”

Ini bermakna, sesi PdP bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai ini bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai ini bagi negeri Kumpulan B.” KPM akan membuat pemakluman lanjut tentang pengoperasian sekolah sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolah bermula iaitu seperti yang dijadualkan pada: 25 Julai ini bagi negeri Kumpulan A dan 26 Julai ini bagi negeri Kumpulan B.

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

3 negeri ini dijangka bakal masuk fasa 2 mulai minggu depan. Tiada lagi total lockdown di sini.

Bermula minggu depan, beberapa negeri seperti Perlis, Kelantan dan Terengganu dijangka akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menurut sumber Pentadbiran di Putrajaya telah membuat keputusan untuk menamatkan total lockdown di beberapa negeri, setelah berpandu kepada nilai ambang di negeri-negeri berkenaan yang berjaya dilandaikan hasil Pelan Pemulihan Negara.

 

 

 

 

 

 

 

Perincian mengenai peralihan negeri-negeri itu dah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu lapor AWANI. “Langkah ini bagi mengelak negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif fasa pemulihan tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes-kes COVID-19 yang masih tinggi di negeri Selangor. Langkah ini selaras dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all,” kata sumber.

Oleh kerana kes Covid-19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000, fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya selepas berdasarkan kepada PPN di peringkat pusat.