Doktor kata suami mungkin transfer ke ICU Stage 4 oxygen turun naik. Selepas 12 hari ini keadaan terkini suami Eina Azman.

Kuala Lumpur: Suami pelakon, Datin Eina Azman iaitu Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah yang dijangkiti Covid-19 tahap empat sudah dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas 12 hari dirawat di hospital.

Sebelum ini, pelakon cantik  Datin Paduka Eina Azman menerusi satu hantaran di Instagram, memaklumkan keadaan terkini suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah. Difahamkan, suaminya memerlukan bantuan pernafasan berikutan kadar oksigen yang semakin menurun.

Baru-baru ini juga Datin Eina menerusi Instastory meminta ‘tips’ daripada bekas pesakit Covid-19 tahap empat mengenai cara untuk meningkatkan paras oksigen dalam badan. Eina pada masa yang sama, turut berterima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi tips tersebut.

Salam guys. Sesiapa bekas pesakit Covid tahap 4 ke atas atau macam mana nak tingkatkan oksigen? Tolong kongsikan dengan saya. Terima kasih.

Difahamkan, sebentar tadi berlangsungnya sesi bacaan yassin dan doa buat Eina dan suaminya.

Doktor cakap suami saya mungkin kena masuk ICU dalam dua hari ini. Saya takut sebab apa-apa boleh jadi dalam situ.

Selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat Datin Eina Azman dan keluarga alhamdulillah kini keadaan suaminya makin pulih. Menerusi posting beliau di instagram Datin Eina berkongsi beberapa gambar dan caption.

https://www.instagram.com/p/CTmdg5UpBUo/

“Assalamualaikum… Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena covid Stage 4 dan paru2 pun dah merebak 30% Dengan oxygen yang turun naik dan dr pun ada ckp kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk icu.”

“Kalau boleh saya mmg tak nak suami saya d masuk ke icu. Ya Allah saya tak tahu nak cakap mcm mana perasaan ketika itu. Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk. Memikir kan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar mcm2 cara untuk cuba sembuh kan suami saya.”


Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak2 kepada keluarga kawan2, dan semua followers saya yang tak henti2 mendoa kan dan bagi saya mcm2 barang dan tips untuk cuba sembuh kan suami saya. Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan dm. Saya hanya mampu ucap kan terima kasih sekali lagi atas segala doa2 yang baik untuk diri saya suami, dan bibik2 Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa2 u all yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn aminnn”

Dua orang anak Eina Azman, iaitu pasangan kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia 5 tahun disahkan terselamat dari terkena jangkitan berkenaan.

Terdahulu, Gurmeet berdepan detik sukar apabila paras oksigennya menurun sehingga dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.Di Instagram, Eina memuat naik beberapa foto suaminya bersama anak-anak serta video rakaman detik anak-anak melepaskan rasa rindu kepada bapa mereka.

Rata-rata komen dari warganet turun gembira dan bersyukur dengan kedaaan Suami Eina Azman dan berdoa agar sentiasa keluarganya sihat dan dipermudahkan segalanya.

Terdahulu, Eina Azman memaklumkan dirinya dan suami telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan. Tidak berakhir di situ, dua pembantu rumah Eina turut disahkan positif Covid-19 manakala keputusan anaknya Aubreykarl dan kakaknya Wenny Azman negatif.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Rupanya ada sebab kenapa Eina Azman lama mendiamkan diri. Ini yang dia alami sejak tahun 2016.

Agak lama tanpa perkhabaran, selebriti Datin Paduka Eina Azman mengejutkan ramai apabila mendedahkan situasi kesihatannya yang baru sahaja tersedar selepas enam jam ditidurkan untuk menjalani satu operasi, siang tadi. Perkara tersebut dikongsikan sendiri Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, dalam Instagram miliknya.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah selepas lebih enam jam, akhirnya saya bangun. Ramai yang WhatsApp dan mesej bertanyakan kenapa saya tidak berkongsi apa-apa berita. Ramai yang ingin tahu saya sakit apa. Sejak akhir-akhir ini saya kurang sihat,” tulisnya.

Kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, dia mendedahkan bahawa sebelum ini dirinya telah menjalani operasi biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016. Operasi biopsy merupakan satu prosedur operasi dengan mengambil sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu sakit.

“Sakit saya masih tidak hilang. Hari ini saya berjaya buat operasi selepas dua tahun sebab biopsy yang saya buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak. Harap-harap selepas operasi ini sakit saya akan hilang. Doakan saya,” pinta Eina.

Difahamkan, isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu telah melakukan operasi tersebut di Hospital Gleaneagle, Kuala Lumpur. Meninjau dalam ruangan komen, ramai rakan dalam kalangan selebriti antaranya Farahdhiya, Ramona Zam Zam, Adira dan Faezah Elai turut meninggalkan komen mendoakan kesejahteraan Eina. Terdahulu, pada Mei lalu, Eina dan suaminya pernah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila didkwa ‘potong Q’ untuk mendapatkan suntikan vksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak. Bagaimanapun, Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya diputuskan berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka. Sumber -K! ONLINE

Genap 34 tahun umur Elyana. Peminat titip ucapan dan doa buat Elyana.

Penyanyi Elyana berkongsi sekeping foto bersama sebiji kek di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini. Menerusi ruangan kaspyen, bintang yang sinonim menerusi lagu Kalis Rindu ini memanjatkan doa kesejahteraan diri dan keluarga tersayang.

“5 july 2021. Hari lahir saya yang ke 34 tahun. Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin Ya Rabbalalamin,” tulis Elyana. Serentak dengan perkongsian tersebut, warganet turut sama menitipkan ucapan selamat hari lahir serta menzahirkan ucapan yang baik-baik buatnya. “Happy birthday, semoga diberi kesihatan yang baik, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” ucapan dari Datin Shahida buat Elyana.

“Happy birthday kak el, semoga cepat sembuh,” doa seorang peminat. “Happy birthday kak El. Semoga sentiasa sihat dan sentiasa berada dalam IindunganNya,” tulis seorang lagi peminat. “Happy birthday kak El sayang. Happy good day okay,” reaksi seorang peminat lain. “Happy birthday to you sis. May Allah bless you semoga sihat selalu amin,” antara komen yang tertera.

Terdahulu, Elyana sudah menghldap sakit barah l1mf0ma tahap empat sejak 10 tahun lalu. Bagaimanapun, dia hanya membuat pendedahan mengenai sakitnya itu pada 2017 lalu. Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Sumber : Trending Kini

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.