Sepatutnya semua pihak perlu bersatu hati dalam keadaan negara sekarang. Sekali ini respon dari Abdul Hadi.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pihak yang menolak pelawaan untuk bersatu padu menyelamatkan rakyat dan negara demi memenuhi kehendak politik peribadi adalah kelompok gila kuasa yang tidak mempedulikan nyawa rakyat. Presiden Pas itu berkata, dalam keadaan rakyat di seluruh dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 yang masih menular, keselamatan nyawa rakyat daripada bahaya wabak itu hendaklah diutamakan.

“Kita berada dalam bahtera negara yang sedang menghadapi taufan wabak yang mengganas dan mengnc4m nyawa rakyat, serta kesannya terhadap masalah kehidupan. Tiba-tiba hari ini diganggu oleh mereka yang ingin merampas kuasa yang nyata menjadi masalah dan pernah gagal menyelesaikan masalahnya. Maka, peluang sepatutnya diberikan kepada kerajaan dalam tempoh yang sepatutnya,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Katanya, janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, semua akan menerima padah dan masalah yang lebih besar dan lebih berat untuk dipikul. ”Tawaran Perdana Menteri kepada semua parti politik bagi mendapatkan kepercayaan bersama terhadap kerajaan terkini supaya memberikan masa untuk menyelesaikan masalah, sepatutnya diterima secara positif. Setelah kita mengalami kemelut kerajaan dahulu yang bermasalah, sepatutnya kita memberikan masa kepada kerajaan hari ini agar dapat menyelesaikan masalah bersama.Selepas keadaan mengizinkan, maka barulah kita kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu dengan selesa,” tambahnya.

Abdul Hadi berkata, pendekatan menghulur tangan dengan mengajak semua pihak tanpa mengira kerajaan demi menyelesaikan masalah sepatutnya diselesaikan secara kemanusiaan tanpa mempedulikan perbezaan dan hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi. Menurutnya, hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja tidak akan mempedulikan keadaan rakyat yang perlu diselamatkan sekarang. Sumber – K! ONLINE

Ramai yang tidak puas hati dengan tindakan pembangkang sewaktu di dewan parlimen. Boleh pulak buat perangai macam ni sewaktu Muhyddin suruh bertafakur.

Wakil rakyat pembngk4ng terutama daripada DAP perlu ‘belajar’ menghormati majlis dan tidak bersikap kurang sopan terhadap pemimpin negara, kata Pengerusi Biro Agama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Shabudin Yahaya. Dalam kenyataan malam tadi, beliau mendkwa beberapa wakil rakyat DAP mengganggu serta menjerit ketika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membacakan al-Fatihah kepada semua individu yang telah pergi buat selamanya akibat Covid-19 pada sidang khas Parlimen, semalam.

Shabudin berkata, tindakan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP berkenaan kerana mereka terus menjerit tanpa menghiraukan Perdana Menteri. “Mereka langsung tak menghormati Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan (Dewan Rakyat) bertafakur serta membaca al-Fatihah kepada semua individu yang telah pergi buat selamanya akibat Covid-19. Inilah perangai sebenar pemimpin DAP yang tak tahu nak hormati majlis,” katanya.

Video :

https://vt.tiktok.com/ZSJsbtU6v/

Menurut Shabudin, Muhyiddin menyampaikan ucapan tkzi4h kepada semua ahli keluarga individu yang terlibat dengan Covid-19 ketika memulakan ucapannya pada sidang khas Parlimen hari ini, sebelum berlakunya kekecohan. “Saya amat kesal dengan tindakan wakil rakyat DAP ini dan menggesa mereka memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia. Tindakan mereka ini amat keterlaluan dan memalukan serta tidak boleh dibiarkan berlarutan,” katanya. Sumber : hmetro

Terkini Perdana Menteri putuskan untuk lakukan Sidang Parlimen sebelum 1 ogos. Rupanya ini sebabnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini. Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara tersebut akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung persidangan Parlimen,” katanya menurut Berita Harian.

Perkara ini diputuskan apabila pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut sumber juga, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan pandangan itu susulan sesi menghadap dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara serta lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun yang lalu.

Sebagai tambahan, parlimen sudah hampir 6 bulan tidak bersidang selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat untuk dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif bagi membendung wabak COVID-19 pada 11 Januari lalu.

Walau bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah bertitah pada 24 Februari lalu bahawa parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut menyatakan ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun lalu,  sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut SOP ditetapkan.

Namun, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan supaya sidang Parlimen persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan pelan pemulihan negara dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahaskan oleh Ahli Dewan Rakyat selepas baginda mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.