Shuib menyesal teramat sangat. Sekali dia dedahkan antara penyesalan terbesarnya selepas kehilangan Sarah.

“Tahniah saudara shuib anda npk byk perubahan yg positif. Sy doakan agar hidup saudara lebih tenang & bahagia utk masa akan datang..” Setiap insan di atas muka bumi di ciptakan Allah SWT hanyah untuk menjadi khalifah dan bertaqwa pada Allah SWT mengikut undang undang Al Quran dan Sunnah. Jadi beruntunglah dikalangan manusia yang betul betul bertaqwa dengan ikhlas atau yang ingin kembali pada Allah dengan sebenar benarnya.

Inilah yang berlaku pada nasib Shuib. Tiada siapa tahu nasibnya di dunia ini dimana Allah bagi beliau kesenangan tiba tiba Allah uji dirinya dengan kehilangan orang yang tersayang iaitu 4rwh Siti Sarah. Apa yang berlaku ada hikmahnya tapi segala yang berlaku hanya Allah SWT saja yang tahu jawapannya.

Shuib Sepahtu kini menyesal. Selepas isterinya Siti Sarah tak ada di dunia, Shuib mendapatkan hidayah. Ia kini berniat belajar Al-Qur;an. Shuib belajar agama Islam lebih mendalam. Ia tak ingin menyesal lagi. Ini petanda yang baik untuk Shuib dan keluarganya. Shuib Sepahtu belajar mengaji Al Quran selepas kehilangan Siti Sarah. Shuib Sepahtu yang kini berusia 37 tahun tahun telah mengaku hatinya telah terbuka untuk baiki bacaan Al Qurannya yang masih merangkak dan Shuib menyedari bacaan Al Qurannya sangat lemah maka harus dia perbaiki.

Shuib tersedar selepas dia membaca surah Yasin dan baru habis selepas 2 jam, Shuib menunjukkan kesungguhannya dan ingin memperbaiki bacaan Qurannya. Shuib rela belajar dari bawah iaitu dari Iqra’ dan tidak belajar sendiri. Shuib akhirnya belajar mengaji dengan pendkwah Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Ada penyesal4n dihati Shuib,dia mengaku mengapa urusan menyanyi dia sangatlah pandai tapi urusan bacaan Al Quran sangat lah dhaif atau lemah. Selepas menyedari pentingnya membaca Al Quran, Shuib meminta anak anaknya menjadikan Al Quran sebagai pegangan hingga akhir hayat. Shuib tidak mahu anak anaknya hanya berjaya didunia sahaja tapi selamat dunia dan akhirat. Shuib meminta doa moga dirinya dan anak anaknya istiqamah dalam belajar Al Quran. Tidak ada kata terlambat untuk belajar agama dan itulah yang diyakini oleh Shuib Sepahtu selepas Siti Sarah sudah tidak ada disisinya.

Video : Klik link

Cita cita nak jadi macam Ustaz Ahmad Tarmizi

“Saya harap masih belum terlambat, saya menyesal dan kena buat ‘u-turn’. Saya kena betul-betul pandai baca al-Quran,” katanya yang sudah memulakan kelas secara dalam talian bersama Ustaz Tarmizi. Shuib berkata, jika ada rezeki dia mahu menjadi seperti Ustaz Tarmizi. Ya Allah, sebab kalau bab nyanyian tahu pula saya nak menyanyi sedap-sedap. Buat Sepahtu Reunion tahu pula menyanyi mendayu-dayu. Kalau dulu menyanyi lagu duet dengan 4rwh isteri, buat ‘rehearsal’ betul-betul bagai nak rak. Tapi apabila mengaji, tak reti. Rasa teruk sangat,” katanya.

Shuib bukan saja mahu mencari kesempurnaan untuk dirinya saja, sebaliknya akan cuba mendidik anak-anaknya agar celik al-Quran. “Saya harap boleh istiqamah dengan anak-anak. Sebelum ini saya tak pernah cakap pun dengan mereka. Saya panggil mereka duduk depan saya. Saya tanya apa cita-cita mereka. Saya kata tak kisah apapun cita-cita mereka asalkan pegangan kita ialah al-Quran. Itu yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat,” katanya.

Antara nasihat nasihat netizen untuk Shuib:

“saya doakan hidup saudara lebih tenang..” Sumber : https://sinetronmalaya.com

Masih ramai yang tampil menceritakan kebaikan Almarhumah Siti Sarah. Sekali ini pula permintaan Shuib pada orang ramai.

Pelawak dan usahawan, Shuib memohon kepada orang ramai agar tidak mengeluarkan atau memuat naik foto atau video Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, turut meminta jasa baik orang ramai agar tidak lagi menghebohkan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan.

“Saya ada permintaan di mana saya mohon kepada semua untuk tidak lagi mengeluarkan gambar atau video Allahyarham yang tidak menutup auratnya dengan sempurna. Saya juga mohon kepada yang telah memuat naik dalam media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut. Dan, saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. Insya-Allah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya dalam satu hantaran status Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata itu turut mengambil kesempatan dalam hantaran yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarhamah isterinya. “Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya. Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahyarhamah, sedekahkan al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin telah pergi buat selamanya Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan dan bertarung nyw4 melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumber – K! ONLINE

Ramai yang nak tahu tentang lagu terakhir nyanyian Sarah. Akhirnya Shuib kongsikan maksud lagu tu buat ramai yang sebak.

KUALA LUMPUR: Lima hari selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, pelawak dan pelakon, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu. Dalam video disediakan di bawah berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Sarah yang lengkap bertelekung menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku nyanyian asal Agnes Monica dengan penuh perasaan dan menmusuk kalbu.

“Lagu terakhir nyanyian bidadariku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib sebagai caption video tersebut. Lagu yang berkisahkan hasrat seorang pencinta yang mahu bertemu kekasihnya yang sudah pergi ke negeri abadi itu seolah-olah menggambarkan isi hati Shuib yang merindukan isteri tercintanya.

Dalam video tersebut juga, kedengaran suara anak-anak pasangan bahagia itu sedang berseronok dan bergurau. “The kids is just having so much fun anak-anak sedang berseronok,” kata Sarah sambil tersenyum manis. Video yang dimuat naik sekitar 2 pagi tadi menerima pelbagai komen mengharukan daripada peminat yang turut merindukan bintang seni itu.

“Pemergian yang memberi kesan bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Pemergian Sarah lengkap dengan seribu satu makna. “Penuh dengan pengajaran, motivasi, kesedaran dan kasih sayang. Semoga Syurga Firdaus tempat mu nanti Kak Siti Sarah Raissuddin. InsyaAllah Sarah boleh menghiburkan kita lagi di Syurga kelak,” komen Ajoi Zainal.

Jujurnya Rindu

“Hari pertama saya menjalani kehidupan tanpa Sarah. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu Sarah berada di hospital. “Namun, kini, Sarah sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.

Sebagai ketua keluarga, saya kena beri contoh baik pada anak-anak. “Saya kena tunjuk hebat kerana mereka mempunyai ibu yang kuat dan hebat. Sebelum ini, saya seorang yang jhil dan banyak melakukan dsa. “Jadi, inilah titik tolak saya berubah ke arah lebih baik untuk membimbing anak-anak,” kata Shuib. Sumber : https://viralnews68.com

Kali ni Sharifah Zarina pula dedahkan mimpi jumpa dengan Siti Sarah dengan berjubah dalam masjid. Tapi reaksi Sarah masa tu buat ramai yang terkejut.

Penyanyi Sharifah Zarina antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu. Berkongsi kisahnya didatangi arwah Siti Sarah dalam mimpi, kata Zarina dia tidak peduli sekiranya ceritanya itu tidak dipercayai orang lain.

“Kalau saya cerita ni mungkin tak ada orang percaya tapi tak apa saya nak cerita juga. Pagi Isnin saya bangun jam 4 pagi, terus buka telefon nak tahu perkembangan tentang Sarah. Tapi tak ada apa-apa lagi.

“Sambil-sambil solat saya keep on checking phone, masih sama tiada apa update di media sosial.“Dalam jam 5.30 pagi lepas sahur saya check lagi telefon dan saya nampak berita menyedihkan itu terpapar di skrin.

“Saya menangis sekuat hati. Lepas dhuha mata mengantuk sangat saya terlelap sekejap,” ceritanya. Dalam mimpi itu, Siti Sarah nampak gembira dan wajahnya kata Zarina berseri-seri.

“Wallahi saya mimpi sarah pakai baju jubah dah tudung pink. Kami dalam masjid, dia sangat happy, wajahnya cantik sangat. Saya bagitahu kat anak-anak.

“Tapi hari ni setelah terlalu banyak kebaikan dan amalan Sarah yang saya baca di media sosial, terdetik di hati saya. Mungkin ini yang saya lihat di mimpi.

“Benar dia ibarat bidadari di dalam mimpi tu. Pemergianmu sangat dicemburui dik,” tulisnya. Katanya, perkongsiannya itu bukan untuk meraih perhatian sebaliknya demi bersama-sama menginsafi dan mengingati pemergian.

“Antara kesan berkata benar adalah orang akan ingat kita nak dapatkan perhatian. Siapa yang berani menipu time-time begini memang orang yang sangat berani. “Sedangkan pemergian itu tiap hari kita dengar dan siapa juga yang berani menghukum orang lain di saat-saat begini mungkin belum lagi dihidayahkan untuk sentiasa melihat indah akan sesuatu berita yang disampaikan.

“Kenapa harus saya nak menipu tentang bermimpi pemergian seseorang? Apa saya dapat? Duit? Populariti? Jauh sekali. “Rezeki itu Allah yang bagi bukan dari cerita sensasi,” tegasnya. Siti Sarah menghem.buskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertrng nywa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan. Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin. Sarah tinggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. sumber: astro gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.