Boleh pulak Shukri Yahya ditegur dengan pak cik ini sewaktu tengah shooting. Rupanya kena bawa watak lembut di kawasan khalayak ramai.

Pasti ramai mengetahui dan pernah menonton Split TV Series keluaran Metrowealth yang ditayangkan pada 2018. Kini cerita itu kembali tular di media sosial apabila salah satu pelakonnya ada memuat naik sedutan di sebalik tabir penggambaran siri berkenaan. Fadzil Zahari antara salah satu pelakon di dalam siri tersebut telah memuat naik sedutan di sebalik tabir di akaun TikToknya sehingga membuatkan video berkenaan mulai tular di media sosial.

Video yang melihatkan Shukri Yahaya yang membawa watak lembut bersalaman dengan Fadzil dengan ayunya, tiba-tiba ditegur seorang pak cik yang lalu di hadapan mereka, “Oloh, saley teh..,” sambil menepuk bahu Shukri Yahaya. Mungkin pak cik berkenaan tidak tahu mereka sedang melakukan penggambaran dan menegur Shukri yang berpewatakan lembut itu.

Melihat kepada keadaan itu, ramai yang berdekah termasuk kru-kru di sebalik tabir. Menjadi lebih tular apabila video berkenaan dimuat naik semula di laman sosial twitter. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan gelagat pak cik yang spontan menegur orang tengah sho0ting drama itu.

Klik link ini untuk tontonan video :

https://twitter.com/i/status/1408004992645033987

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Dah ada penampilan idaman untuk jadi raja sehari. Janna Nick nak penampilan rambut panjang masa hari bahagia.

Setiap wanita yang mahu bergelar “raja sehari” pastinya sudah memiliki penampilan idaman yang sentiasa terpahat iaitu menjadi gambaran indah buatnya untuk digayakan ketika majlis penyatuan dua jiwa menjadi saksi.Baik daripada segi busana yang ingin digayakan, mestilah sesuatu yang mahu menarik perhatian apatah lagi dek status individu sebagai seorang selebriti, daripada rambut hinggalah ke hujung kaki, seboleh-bolehnya tidak mahu ada yang cacat cela.Malah setiap bakal pengantin sudah tentu mahukan penampilan yang sempurna pada hari bersejarah mereka, apatah lagi bagi mempelai perempuan, pastinya hiasan atau dandanan rambut menjadi topik yang harus diberikan perhatian.Mengetahui hal itu, pelakon terkenal Janna Nick yang sering tampil dengan imej berambut pendek ala boy cut itu juga mahu menyimpan hasrat untuk menggayakan rambut panjangnya yang ikal mayang kelak sebagai penampilannya nanti ketika mengecapi hari bahagia.Memuat naik hantaran di laman Instagram, Janna menjawab persoaalan yang ditanya mengenai rambutnya yang semakin tumbuh panjang dengan sihat itu, bahkan dia menjelaskan bahawa dirinya mahu menampilkan gaya berbeza persis gambaran penampilan pengantin seperti yang dikongsi.Selebriti jelita ini sememangnya sudah biasa tampil dengan gaya rambut yang bersahaja, apatah lagi jika mendapat karakter lakonan yang lasak di mana memerlukan dia menggayakan rambut pendek.Namun, kali ini Janna seolah-olah telah memberi hint bahawa dia mungkin mahu mendandankan rambut ala-ala kepuk pada hari pertunangan atau perkahwinannya untuk kelihatan lebih cantik, anggun dan sempurna.Meskipun majlis yang di idam-idamkan itu menjadi waktu yang belum pasti, namun sudah menjadi lumrah bagi bakal mempelai wanita untuk kelihatan cukup jelita dengan dandanan rambut seperti apa yang sudah dibayangkan.

Tidak salah untuk berangan terlebih awal, kerana angan-angan itu mampu direalisasikan dengan jayanya jika segala perancangan disiapkan secara rapi. Hal yang demikian kerana terdapat pelbagai jenis dandanan yang boleh dilakukan sama ada dengan gaya untuk melepaskan rambut atau membuat sanggul.Pastinya, wajah bakal pengantin bertambah berseri dengan dandanan yang secocok bersama baju pengantin, kekemasan dan kesungguhan dalam membentuk helaian demi helaian rambut menjadi sanggul atau sebagainya berserta keunikan pelbagai motif corak hiasan, sudah cukup dapat menaikkan seri wajah pengantin perempuan.Mengenali pelakon wanita popular iaitu Nurul Jannah Muner atau lebih dikenali sebagai Janna yang kini sedang hangat dilamun cinta setelah menemui pasangannya iaitu pelakon Dini Azan Schatzmann, ternyata menjadi antara selebriti couple yang secocok dan paling dinanti-nantikan untuk disatukan sebagai pasangan hidup kelak.Wah! Tak sabar pula rasanya nak melihat Janna tampil berseri-seri sewaktu hari-hari bahagianya nanti, mesti cantik kan?Sumber: Instagram Janna NickSumber : HotFMPERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Belum ada perancangan untuk ke fasa seterusnya. Lepas je buat kejutan hari jadi Janna terkejut bila Dini tiba tiba dedahkan status terkini dia dengan Janna Nick.

Ikatan percintaan Dini Schatzmann dengan Janna Nick bukan lagi satu rahsia. Lebih menarik, pasangan selebriti ini sering berkongsi kisah romantis mereka di media sosial masing-masing.

Terbaharu, sempena ulang tahun kelahiran Janna yang ke-26 pada 1 Jun lalu, Dini menghadiahkan sebuah Vespa berwarna merah. Dalam satu perkongsian video kejutan oleh Janna di Instagram, hubungan cinta mereka dilihat cukup ampuh dan saling melengkapi antara satu sama lain.Mengakui hubungan cintanya dengan Janna bukan sekadar paparan di media sosial semata-mata, sebaliknya mereka serius dalam melayari perhubungan dan sudah ada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya.Dini berkata, mereka sangat serius dengan masa depan hubungan cinta mereka. “Saya bukan lelaki yang suka nak mempermainkan perasaan wanita. Namun, buat masa ini kami belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya,tapi tidak bermakna tiada perbincangan mengenai hal itu. “Ada banyak hal yang kami aturkan untuk masa depan hidup kami berdua. Antaranya, kami nak kukuhkan kewangan dan stabilkan karier seni saya.“Kami juga ada berbincang untuk membeli rumah impian, tapi semua itu perlukan masa dan perancangan rapi supaya setiap yang diimpikan tercapai dengan usaha bersama,” katanya.Menyentuh mengenai kejutan hari jadi Janna, Dini berkata, salah satu impian hidupnya adalah untuk membuatkan kekasih hatinya selalu tersenyum pada setiap tahun. Katanya, melihat wajah Janna yang gembira adalah segala-galanya bagi dirinya.
“Nak pilih hadiah hari jadi untuk Janna memang susah. Banyak yang dia tak suka, tapi saya kena pastikan hari jadinya disambut dengan satu kejutan yang berharga. “Puas juga saya fikir apa hadiah yang mungkin orang lain tidak akan bagi. Memandangkan Janna minat dengan motosikal sejak bersekolah dan pernah ada keinginan untuk membeli motosikal, jadi saya cuba realisasikan.

 

“Saya beli Vespa berwarna merah itu kerana ia sangat unik dan sesuai digunakan untuk Janna,” katanya. Menurut Dini, sepanjang mengenali Janna, dia bukan seorang yang gemar berbelanja sesuka hati, namun dirinya pula suka membeli barangan yang terkini.

“Janna bukan yang kaki berbelanja seperti saya. Dia tak suka boros dan pandai menguruskan wangnya. Kadang-kadang saya pelik tengok dia yang tak teringin nak beli barang baharu sedangkan saya pula suka membeli apa saja benda atau gajet baharu.“Walaupun begitu, saya tahu dia seorang yang ada perancangan rapi dalam hidupnya. Dia mahukan wang hasil titik peluhnya digunakan kepada perkara lebih penting untuk kegunaan masa depan,” katanya.Dalam pada itu, Dini turut berharap hubungan cinta dengan Janna akan sentiasa dipenuhi cinta dan kasih sayang.  “Saya sentiasa mendoakan supaya dia sentiasa dilimpahkan dengan kasih sayang dan diberkati selalu. Saya akan selalu bersamanya.“Janna selalu mengambil berat mengenai diri saya. Walaupun dia sibuk dengan urusan kerjanya, tapi dia akan pastikan saya kelihatan okay setiap masa,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About Mediabawang

Check Also

Tak nak legasi bapa hilang. Kini anak Mamat Khalid dedah bakal teruskan perjuangan bapa dan ada sesuatu yang dia minta pada orang ramai.

Amen akan teruskan perjuangan bapanya dalam bidang pengarahan. Kehilangan bapa tercinta Allahyarham Mamat Khalid semestinya …