Biar Tuhan yang hukum jika kami ada dosa, Jangan sibuk soal transgender – Siti Kasim

Satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Agama iaitu Dr Zulkifli Mohamad yang memberikan lesen penuh kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan(JAWI) untuk mengambil tindakan dan memberi kaunseling atau mendidik individu transgender supaya kembali ke pangkal jalan mendapat pelbagai respond daripada orang ramai termasuk NGO yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

Tindakan Menteri Agama adalah wajar dan diterima positif dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia memandangkan isu-isu transgender yang menonjolkan posting-posting lucah yang terang-terangan bertentangan dengan ajaran agama Islam. Namun terdapat beberapa NGO dan individu terkenal seperti Siti Kasim amat tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

Satu posting yang dipetik dari akaun Facebook milik Siti Kasim yang agak marah dan kecewa tindakan Menteri Agama dalam usaha menangani isu-isu transgender ini.”Yang dok sibuk dengan rakyat maknyah yang langsung tak kacau kehidupan kamu apa hal?

“Pak Menteri agama tolonglah… Tolong rakyat Muslim yang miskin dan daif boleh tak? Maknyah tak ada kacau pon hidup orang macam kamu. Melayu macam kami tak kacau pon hidup kamu. Boleh tak let God punish us if we have sin? You’re not appointed by God. Thank you very much.” – Siti Kasim

RAKYAT TRANSGENDER MALAYSIAYang dok sibuk dengan rakyat maknyah yang langsung tak kacau kehidupan kamu apa hal? Pak…

Posted by Siti Kasim on Sabtu, 11 Julai 2020

Selain itu, satu laman blog Justiceforsisters yang meluahkan rasa kecewa dan terancam dengan kenyataan Menteri Agama kita.

Sumber Asli : Bacasini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.