Ramai yang sifatkan rakyat Malaysia malas berusaha. Sekali Beto Kusyairy tampil bidas kenyataan tersebut.

Pelakon, Beto Kusyairy membidas kenyataan segelintir individu yang menyifatkan rakyat di negara ini malas berusaha dan hanya memberi komen negatif terhadap situasi yang melanda negara di media sosial.

Lebih baik luah daripada pendam

‘Jangan asyik negatif dan marah saja. Mengadu sana sini dekat media sosial. Tapi usaha tak ada. Jangan malas. Setakat bising, cac1 mak1 begini apa dapat? Baik kau bantu negara. At least ada contribution.’ Menurut Beto, bukan semua manusia di atas muka bumi ini mempunyai kehidupan yang sama. Setiap manusia mempunyai ujian dan cabarannya tersendiri. Oleh itu, individu yang mengeluarkan kenyataan jangan asyik negatif dan mengadu di media sosial ini seharusnya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

Brader. Yang tiap malam kenyang dan nyenyak dalam aircond, yang ribu riban masih dalam akaun, tak sama dengan yang tiap malam menyangkung di tepi sudut memikirkan mana lagi nak dicekau untuk letak makanan atas meja buat anak bini esoknya. Ditambah segala bil dan hutang. Ramai kawan kita yang sedang tertekan. Tambah Beto, dia bersetuju setiap individu perlu mengadu dan memohon kepada Tuhan. Namun, media sosial juga boleh dijadikan medium untuk melepaskan amarah dan tekanan yang terbuku. Tambahnya, meredakan sesak di dada itu lebih baik daripada terus dipend4m.

Kamu patut tahu

Banyak dah kes bahayakan nyawa sendiri dan terjun bangunan ni brader. Mudah-mudahan mendapat sedikit perhatian atau lebih baiknya bantuan daripada kawan-kawan. Bukan diperlekeh dan dibahaskan. Bagaimana nak beri sumbangan apabila keluarga dan diri berada dalam keadaan genting? Jadi biarlah mereka meluahkannya di sini. Kamu seorang pelakon dan kamu sepatutnya lebih tahu. Sepatutnya lah. Ujar Beto, bagaimana setiap individu tersebut ingin membantu negara dan memberi bantuan kepada orang lain sekiranya diri mereka sendiri berada dalam keadaan susah. Di akhir ayatnya, Beto berharap individu tersebut memahami perasaan orang lain di sekelilingnya.

Sumber: Oh bulan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bila bertudung kurang dah komen yang negatif. Zizi Kirana mohon doakan semoga dia kekal berhijab.

Penyanyi bersuara serak-serak basah, Zizi Kirana memohon doa orang ramai supaya dirinya kekal dengan penampilan berhijab yang kini diperkatakan dalam kalangan warganet. Menurut laporan Harian Metro, bagaimanapun Zizi atau nama sebenarnya Fazelah Mad Tahil tidak mahu berbicara lanjut mengenai imej terbarunya itu.

“Doakan saya. Mana tahu dengan doa anda semua, saya kekal dengan penampilan begini. “Mengenai pakai tudung, insya-Allah. Saya tidak boleh dan takut untuk bercakap apa-apa. Apa saya buat sekarang adalah terus berdoa dan mahu semua juga doakan saya. “Bagi saya, doa adalah snjta paling kuat bagi kita orang Islam. Jadi, doakan saya. Ini saja saya mampu cakap,” katanya.

Penyanyi lagu Eh itu berkata, dia bersyukur apabila penampilan menutup aurat itu mendapat reaksi positif daripada ahli keluarga, peminat dan rakan-rakan yang mendoakan dirinya untuk terus istiqamah.

“Dalam kalangan keluarga pun mereka okay dan sentiasa memberikan sokongan. Apa yang baik daripada saya mereka okay. Begitu juga dengan rakan-rakan. Saya pun cakap perkara sama untuk terus mendoakan.

“Buat masa ini, saya tidak berani nak cakap saya sudah pakai tudung. Jadi, sebaiknya saya mohon doa supaya saya kuat semangat,” ujarnya. Terdahulu, penyanyi berusia 36 tahun itu sering tampil dengan imej seksi sehingga foto yang dimuat naik di media sosial dipenuhi komen berbaur tak senonoh daripada kaum lelaki.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Uqasha Senrose ada niat untuk bertudung kembali. Tapi dalam masa yang sama Uqasha luahkan rasa bimbang tentang ini.

Pelakon cantik Uqasha Senrose seakan memberi bayangan untuk dirinya mengenakan hijab semula namun dia menyedari keputusan itu perlu disertakan dengan tindakan yang istiqomah. Malah, dia turut bimbang sekiranya niat untuk mengenakan hijab kembali undang kritikan warganet.

Macam nak pakai tudung balik

Uqasha Senrose menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dilihat sedang mempromosikan persalinan abaya yang diterimanya dari sebuah butik terkenal. Dalam video tersebut kelihatan juga pelakon ini mengenakan tudung berwarna rona peach sedondon dengan warna pakaian itu.

Alhamdulillah, hari ini Uqasha dapat abaya lagi daripada Abaya. Uqasha memang tak pernah kecewa dengan design dia buat. Walapun jubah, kat dalam dia fashionable. Paling penting, ia menutup aurat. Rasa macam nak pakai tudung balik. Kena istiqomah dulu, nanti kena kritik.

Pakailah hijab semula…

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi sokongan kepada pelakon itu untuk memakai hijab semula dan memuji dia kelihatan cantik apabila memakai tudung di kepala.

Uqasha Senrose sebelum ini pernah berhijab sekitar tahun 2013, namun, selepas tiga tahun kelihatan dia membuat keputusan untuk tidak lagi tampil bertudung. Keputusan tersebut mengejutkan ramai pihak dan terima pelbagai kritikan warganet.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dikatakan Dah Kahwin Dalam Diam. Tular Gambar Uqasha Senrose Berpakaian Pengantin Serba Lengkap. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi Buat Ramai Yang Teruja.

Ramai yang sudah tahu mengenai hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Kamal membuat keputusan untuk melamar Uqasha ketika siaran langsung acara penyampaian anugerah Meletop yang dianjurkan oleh sebuah stesen tv swasta. Tindakan Kamal yang cukup ‘gentleman’ itu membuatkan Uqasha tidak berfikir panjang untuk menerima lamaran tersebut malahan membuktikan mengenai hubungan gossip antara kedua-dua teraju utama drama Perempuan Tanpa Dsa ini adalah benar.

Perkahwinan pasangan ini khabarnya bakal mendapat tajaan daripada pihak Habib Jewel. Uqasha yang membuat rakaman video pra perkahwinannya dengan mengenakan beberapa barang kemas Habib Jewel telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan tersebut buat tatapan para peminat dan pengikut akaun media sosial beliau.

Dipercayai gambar tersebut turut mempromosikan bersama beberapa barang kemas tajaan Habib Jewel. Pasangan ini di katakan mulai rapat setelah bergandingan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad. Keserasian pasangan tersebut setiap kali menjayakan watak bersama sebagai pasangan suami isteri menyebabkan para peminat juga menyokong hubungan mereka berdua menjadi realiti.

Terkini menerusi instagram story peminat Uqasha telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan Kamal dan Uqasha berpakaian pengantin serba lengkap dan Uqasha meminta supaya individu tersebut tidak menghebahkan acara berkenaan. Khabarnya pasangan berkenaan akan berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah telemovie terbaru.

Manakala di Instagram story Uqasha pula telah memuatnaik beberapa gambar beliau memakai baju pengantin dan sedang di mekapkan oleh seorang mekap artis yang bernama Nadia. Nadia merasa bertuah kerana dapat menyempurnakan mekap nikah buat Uqasha dan mengucapkan rasa terima kasih dan syukur diberikan rezeki untuk menyolek artis jelita tersebut. Nadia juga mendoakan urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan apabila tiba hari perkahwinan mereka kelak.

Ramai yang terpesona dengan kejelitaan pelakon wanita berkenaan. Para peminat mereka juga berkata wajah Uqasha saling tidak tumpah seperti adiknya Nelydia setelah disolek. Mereka juga mendoakan supaya urusan perkahwinan Uqasha dan Kamal dipermudahkan nanti.

Cantik betul wajah Uqasha selepas di solek begitu. Ramai cakap dah macam patung. Memang wajah Uqasha cantik semulajadi. Beruntung Kamal Adli bakal memperisterikan Uqasha nanti. Semoga urusan persediaan perkahwinan mereka berdua berjalan lancar nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: ig kamalxuqasha via Videoviral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terkini Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Rancang Untuk Adakan 3 Kali Resepsi. Ramai Yang Teruja Bile Satu Majlis Khas Untuk Peminat Sahaja.

PASANGAN pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini. Masih lagi merahsiakan tarikh pernikahan mereka,

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli 35, dan Uqasha, bagaimanapun hanya mendedahkan majlis pernikahan mereka bakal diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air. Menurut pasangan ini lagi, sehingga kini kira-kira 80 peratus persiapan sudah selesai menjelang majlis itu kelak.

“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja. “Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media dan bagi acara ketiga, kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.

“Setakat ini, Alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata Uqasha kepada mStar. Uqasha dan Kamal ditemui selepas selesai bersiaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Setakat ini, Alhamdulilah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan. Sementara itu, Kamal pula berkata dia teruja menantikan hari bahagia mereka dan dalam masa yang sama masih mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.

“Saya teruja dan dalam masa yang sama saya kena belajar (tanggungjawab seorang suami). Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat. “Apabila majlis dah nak dekat nanti kami akan beritahu bila tarikhnya dan tema majlis semua.

“Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik. Moga ketika itu SOP dah longgar sikit untuk kita semua merentas negeri,” katanya. Kamal melamar Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung pada Disember tahun lalu.

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019. Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja memecahkan rahsia

bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika sedang menjalani penggambaran drama berkenaan. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Buat Warganet Tertanya Tanya. Ramai Yang Sangka Majlis Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Dah Nak Dekat Lepas Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Macam Ni.

Kata orang setiap gambar pasti ada maksudnya, tapi adakah benar juga setiap caption turut ada maksud yang tersendiri? Pelakon Kamal Adli nampaknya seperti memberi bayangan kepada para pengikutnya tetapi bayangan apakah yang dimaksudkan itu masih lagi menjadi tanda tanya.

Kamal ada memuat naik foto baharu di laman Instagram miliknya berserta caption yang sangat simple tapi penuh makna dan tanda tanya. Tanda tanya pertama ialah sama ada Kamal ‘soon’ bakal menamatkan zaman bujang atau ‘soon’ akan muncul dengan drama baharu?

Maklum lah sekarang ini kan musim ramai selebriti mendirikan rumah tangga, mana tahu Kamal dan Uqasha pun akan ikut jejak juga ke? Rata-rata peminatnya masing-masing mempunyai andaian sendiri iaitu Kamal bakal muncul dengan drama baharu serta majlisnya bersama dengan Uqasha semakin menghampiri.

Untuk makluman, pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri ini dan difahamkan juga semua persiapan sedang dilakukan oleh kedua-dua pihak. Kita tunggu sahaja berita baik daripada Kamal dan Uqasha ya, tak sabar ni nak tengok mereka naik pelamin kahwin betul-betul!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Hotfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Kawan Uqasha Senrose Bongkarkan Rahsia Antara Uqasha. Rupanya Dalam Diam Uqasha Akan Tamatkan Zaman Bujang Buat Warganet Teruja.

Wah, nampaknya memang sah tidak lama lagi kita akan mendengar khabar gembira daripada pasangan merpati dua sejoli iaitu Kamal Adli dah Uqasha Senrose yang dikatakan sudah mula membuat persiapan bagi majlis perkahwinan mereka. Menerusi Instagram story yang dimuat naik oleh Uqasha, ada tertulis caption ‘maid in honour‘ pada fotonya bersama salah seorang teman rapatnya.

Lebih jelas lagi apabila teman Uqasha yang dikenali sebagai Qairool Ain turut memuat naik fotonya bersama Uqasha dengan caption yang penuh makna. “MY BEST FRIEND IS GETTING MARRIED!!!!!! AND IM GONNA BE HER MAID OF HONOR. Maka dengan itu kemungkinan Qairool bakal menjadi salah seorang bridesmaid bagi majlis Uqasha bersama Kamal.

Sebelum ini, Kamal ada memaklumkan bahawa kemungkinan mereka berdua akan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri tahun ini. Tetapi tentang tarikh, lokasi atau apa sahaja mengenai majlis itu masih lagi dalam perbincangan kedua-dua belah pihak. Apa pun semoga urusan Kamal dan Uqasha akan dipermudahkan oleh-Nya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HOTFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.