Baru je masuk pejabat Siti Kasim dah persoalkan jam Menteri Agama. Sekali Idris Ahmad bidas balik kenyataan Siti Kasim.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad merupakan antara muka baharu dalam kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Anak jati Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, Perak, yang berusia 58 tahun itu bukan nama asing dalam arena politik malah banyak berpengalaman selain diberi pelbagai tanggungjawab besar dalam Pas menerusi beberapa lantikan jawatan.

Siti Kasim Persoal Tingkah Laku

Namun begitu baru je di lantik menjadi menteri agama, sudah mula ada ser4ngan dari golongan liber4al seperti Siti Kasim yang mempersoalkan jam  berjenama Rolex dan serta s0lat di mana-mana sahaja Menteri tersebut pergi

Berikut penjelasan Menteri Agama

“Untuk pengetahuan, jam Buruj ni lama dah saya pakai, senang nak tahu waktu solat & arah kiblat. Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat.”

Biodata Menteri Agama Baru

Bekas pensyarah Pendidikan Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula berjinak-jinak dalam politik dengan menyertai Pas dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Pemuda Pas. Pada 1997, beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Changkat Jering (Perak) dan Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) di Parlimen Jerlun (Kedah) namun tewas kedua-duanya.

Pada PRU13 (2013), pendkwah itu bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang (Perak) selepas menewaskan Datuk Ismail Saffian mewakili Barisan Nasional (BN) namun bertahan hanya sepenggal apabila gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU14.

Idris banyak diberi kepercayaan menjawat beberapa jawatan dalam Pas termasuk Naib Ketua Pemuda Pas pada 2001, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat selama beberapa penggal, Ketua Penerangan Pas (penggal 2009/2011) dan kini sebagai naib presiden parti.

Pada 2020, beliau dilantik sebagai Senator bagi penggal bermula 16 Jun hingga 15 Jun 2023. Biodata Idris Ahmad. Nama: Idris Ahmad, Umur: 58 tahun, Tempat lahir: Kampung Sungai Petai, Bukit Gantang, Perak, Pendidikan: Ijazah Sarjana dan Sarjana Pengajian Islam (Pangajian Dakwah & Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) SUmber : Trending Sangat

Baru sahaja Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sekali ini antara tugas pertama yang Ismail Sabri perlu lakukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tinggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.19 pagi tadi untuk lawatan kerja rasmi pertamanya ke Kedah. Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra, di sini kira-kira pukul 8.23 pagi tadi bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Ketibaannya disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman. Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum memasuki pejabatnya. Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira satu jam di Pejabat Perdana Menteri, pagi ini.

Sebaik disapa wartawan di luar bangunan, Ismail Sabri sempat menurunkan tingkap kenderaan dan memaklumkan akan ke Kedah selepas ditanya wartawan. “Ya, saya akan ke Kedah,” katanya sambil melambai tangan ke arah petugas media. Sumber -K! ONLINE

Ismail Sabri buat sidang media tergempar bersama ahli parlimen UMNO. Ini antara ahli yang terlibat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  menghadiri sidang media tergempar ahli Parlimen UMNO yang berlangsung di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 11.30 pagi ini. Perkara itu dimaklumkan sumber kepada Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di pekarangan bangunan itu mendapati dua kereta yang mempunyai tulisan Menteri dan Timbalan Menteri pada nombor plat pendaftaran. Perkara itu sekali gus menguatkan sidang media itu bakal disertai beberapa anggota Kabinet yang cenderung kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, satu jemputan berkenaan sidang media itu diedarkan oleh seorang pegawai menteri kepada media pada pagi tadi. Antara bakal menyertai sidang akhbar itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz serta beberapa wakil rakyat parti itu yang cenderung kepada Muhyiddin. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kepada ahli-ahli parti bahawa mereka yang terlibat dalam sidang media pada Jumaat adalah pemimpin yang setia pada parti.

Ismail Sabri ketuai 31 Ahli Parlimen UMNO, BN umum sokong PN

Seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), bagi mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong. Pendirian itu dinyatakan dalam satu sidang media yang dihadiri 21 Ahli Parlimen berkenaan, diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri bakal dikena tind4kan?

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal berdepan padah susulan tindakannya didakwa menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Timbalan Perdana Menteri itu pada awalnya bersetuju dan akur dengan keputusan parti untuk menarik semula sokongan daripada Perikatan Nasional (PN).

Video :

https://www.facebook.com/watch/?v=856554715291465

Bagaimanapun, pada akhirnya, Ismail Sabri dilihat lebih berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berdiri bersama Perdana Menteri yang memberi perutusan khas mengenai kedudukannya dan kerajaan pimpinannya semalam.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau (Ismail Sabri) akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti. Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat Ismail ini,” katanya memetik laporan media tempatan hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO diketuai Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Terdahulu, 11 ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid mengumumkan menarik sokongan kepada Muhyiddin dan mendkwa kerajaan sudah tumbang akibat kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen. Namun pada perutusan khas Perdana Menteri, Muhyiddin menegaskan kerajaan PN dan kedudukan beliau masih kekal. Muhyiddin menyatakan kesediaannya berdepan usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat, September depan.

Negara berdepan gel0mbang ketiga C0VID-19, kemunculan varian baharu

Dalam pada itu Negara kini berdepan gel0mbang ketiga C0VID-19 dengan kemunculan varian baharu. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Shafiq Abdullah berkata demikian pada sidang media secara maya pagi Jumaat.

Sidang itu turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) merangkap Komander Greater Klang Valley Special Task Force Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. Dr Chong dalam taklimatnya berkata trend peningk4tan C0VID-19 kini adalah kes4n kumulatif daripada sesuatu yang berlaku sebulan lepas.

Kata Dr Chong, jangkitan utama di Lembah Klang disebabkan varian Delta dan usaha melandaikannya akan mengambil masa kerana kadar kebolehjangkitannya yang berbeza. Tambah Dr Chong, negara telah menjalankan 1,668 jujukan genome virus C0VID-19 hingga 22 Julai, kesan 409 jujukan jenis varian yang membimb4ngkan (VOC). Sumber : Trending Sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.