Siti Nordiana akui perlu pertahankan maruah mereka. Boleh pula sebabkan sesuatu ini sampai namanya tepalit.

Sebelum ini, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Razlan tampil menjawab segala persoalan yang timbul mengenai hubungan mereka dengan Siti Nordiana. Menurut Sheila, isu ini menjadi semakin panas apabila dia menerima satu kiriman ‘direct message’ dipercayai daripada peminat Siti Nordiana di Instagram Live. Terbaharu, Siti Nordiana meluahkan rasa terkilan apabila isu tersebut dibangkitkan di media sosial.

‘Saya rasa terkilan’

Saya dimaklumkan peminat mengenai sesi IG Live ini, namun tidak menontonnya kerana sudah masuk waktu tidur. Saya menerima terima banyak mesej bertanyakan kesahihan luahan yang dibuat, sepanjang hari ini. Jauh di sudut hati, saya rasa sangat terkilan. Kenapa perkara seperti ini perlu dibangkitkan dalam media sosial? Apa motif mereka mengheret nama saya dalam perbincangan mereka.

Saya sentiasa menjaga adab terutama dalam media sosial. Sebolehnya, saya mengelakkan diri daripada terkena tempias negatif. Jika ikutkan, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, apatah lagi, ia membabitkan rakan-rakan saya.

Menurut Siti Nordiana, dia terkilan apabila namanya turut diheret dengan dkwaan dan perbincangan secara terbuka membabitkan beberapa teman baiknya semalam. Terkejut mengenai topik perbualan tersebut, Nana mempersoalkan tindakan kesemua individu berkenaan termasuk Syura Badron, jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

‘Saya tidak boleh komen lanjut’

Namun, saya perlu mempertahankan maruah apabila nama diheret dengan dkwaan secara terbuka dalam media sosial. Peminat yang kenal rapat saya mungkin tahu keadaan sebenar, tetapi orang luar barangkali lain pula pandangan mereka. Disebabkan itu, saya perlu merujuk perkara ini kepada peguam. Buat masa ini, saya tidak boleh komen lanjut, tunggu keputusan peguam untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Sheila mendkwa, Nana dan pengurusnya, Anas Osman menyebarkan cerita tidak baik mengenainya dan Lan kepada rakan di stesen televisyen (TV), selain menuduh Lan menumpang popularitinya. Dakwa Sheila, hampir semua rakan di stesen TV bercakap perkara sama dan bertanya mengenai isu makan tidak bayar.

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular perkongsian dakwah kecil Aishah Azman dikritik oleh warganet. Kini ada pula individu yang dikatakan Aishah tidak layak dalam soal ini.

Meskipun video-video dakwah kecilnya menerima kritikan warganet, pelakon cantik Aishah Azman tidak akan serik untuk terus berkongsi ilmu berkaitan hukum-hakam agama dalam media sosial. Terbaharu, hantara video mengenai hukum mencuci tuala wanita menuai perhatian ramai sehingga ada yang berpendapat Aishah bukan individu yang layak untuk berkongsi tentang perkara tersebut.

Bahkan ada yang menganggapnya ingin mengajar wanita lain menjadi seorang pengotor kerana menulis bahawa hukum mencuci tuala wanita adalah sunat. Enggan mengambil pusing kritikan warganet, pelakon drama Suri Katriana itu memberitahu, niatnya hanya untuk berkongsi ilmu dan hukum mengenai perbuatan mencuci tuala wanita.

“Niat saya cuma hendak berkongsi mengenai hukum menjaga kebersihan tuala wanita yang telah digunakan kerana beranggapan masih ramai yang tidak tahu tentang perkara tersebut. Namun, saya tidak ajar pula mereka supaya jadi pengotor. Jika wanita itu nak pilih untuk tidak mencuci perlulah seiring dengan cara yang betul iaitu balut rapi dan jaga kebersihan,” katanya. Tambah pemilik nama lengkap Nor Aishah Afika Azman Shah itu, bagaimanapun hukum yang dikongsinya itu hanya terpakai ketika keadaan darurat.

“Hukum yang saya kongsi digunapakai ketika darurat, seperti berada di hutan. Saya juga hendak tekankan bahawa Islam itu mudah dan sangat bersih. Apapun, saya tidak mendesak dan terpulang kepada individu sama ada hendak cuci atau tidak,” katanya lagi. Dalam pada itu, dia juga tidak akan serik untuk terus berkongsi hukum dan ilmu berkaitan agama kepada orang ramai.

“Saya tidak akan serik. Malah sebelum berkongsi ilmu saya akan baca dahulu kenyataan daripada mufti. Rasa berdosa jika tak kongsi perkara yang sahih kepada orang ramai. Harap penyampaian saya sampai dan jelas kepada semua yang baca,” tutur adik kepada pelakon Afiq Muiz itu.

Terdahulu, Aishah berkongsi sebuah video mengenai hukum membersihkan tuala wanita dalam TikToknya. Antara kandungan yang dinyatakan Aishah dalam video tersebut ialah hukum mencuci tuala wanita tidak wajib, sunat ditanam dan harus dibuang ke dalam tong sampah.

Sumber : K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru dua bulan berpisah dengan bekas suami adik ipar tampil bongkarkan perangai busuk Fiza Halim. Rupanya ini perangai sebenar dia buat ramai yang terkedu.

Dua bulan lepas, Fiza Halim berpisah dengan suaminya, Aizat Al Jefri melalui WhatsApp. Terbaru, wanita yang mengaku sebagai bekas adik iparnya tampil tumpahkan teh! Bekas adik ipar Fiza itu dedah punca sebenar keruntuhan rumah tangga mereka. Dikenali sebagai Afrina, mFiza dan abangnya kahwin ketika dia masih bersuami orang.

 

Tambahnya perangai abangnya berubah dan Fiza seolah-olah tak menghormati keluarga suamianya. Malah sewaktu Aizat tak dapat bekerja selama 3 bulan, Fiza banyak mengeluh dan memburukkan suami sendiri. Woah, panjang lebar.

Tak tahu nak kata apa, tergamam. Tak gitu? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : cari via dnq.pw

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selepas kembali jadi ibu tunggal Fiza Halim bongkarkan ada lelaki yang cuba nak pikat hati dia. Terkejut rupanya ini keadaan dan umur lelaki tu.

Pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan, bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim bingung apabila ada VIP atau kenamaan berstatus duda mahu melamarnya menjadi isteri. Tidak terlintas untuk berkahwin dalam tempoh terdekat apatah lagi masih serik, Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim mengaku tergamam tatkala dilamar duda terbabit.

“Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan. “Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya lalui perkara ini di mana tidak semua orang sanggup terima.

“Saya bimbang salah percaturan, takkan hendak melalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi. “Kalau perkara sama berlaku, saya juga dikritik biarpun soal perpisahan adalah di luar kawalan diri,” katanya kepada BH Online.

Akui Fiza, jejaka VIP yang dikenalinya berusia kira-kira 50 tahun dan memiliki rangkaian perniagaan sendiri. “Ogos depan, umur saya menginjak 40 tahun. Bukan masa untuk saya main-main lagi termasuk dalam soal cinta. Saya bukan muda lagi.

“Apatah lagi, ketika seluruh dunia bergelut dengan pandemik covid-19, saya juga terkesan,” katanya. Fiza berkata, ada teman menasihatkan dia berkahwin dengan lelaki berusia dan memiliki kehidupan stabil. Namun, pastinya dia berdepan persepsi ramai.

“Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh. “Tidak semestinya cari lelaki berada sebab hendak kikis duit,” katanya.

Fiza berkata, dia menambah pendapatan dengan membuat ulasan berbayar bagi pelbagai produk melalui Instagram (IG). “Pada masa sama, saya juga mencari peluang menambah pendapatan. Mana tahu, mungkin ada rezeki menjadi duta produk.

“Saya tidak terfikir lagi soal berlakon dalam situasi penularan covid-19 di mana kerja penggambaran dihentikan,” katanya. Bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Fiza dan Ahmed Farriq berpisah pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal. Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, mereka berpisah pada Julai tahun lalu.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : ASN

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Je Fiza Halim Dedahkan Dah Berpisah Dengan Suami. Tak Boleh Berdiam Sekali Tiba Tiba Fiza Dedahkan Apa Sebenarnya Hubungan Dia Dengan Saiful Apek Buat Ramai Yang Terkedu.

KembaIi bergeIar jnda selepas perkahwinan ketiganya bersama seorang juruterbang turut gagal, bkas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim, 43, tidak menolak wujud pandangan serong pelbagai pihak terhadap dirinya. Fiza berkata, status tersebut masih begitu tabu dalam kalangan masyarakat dan apalagi, dirinya pula sudah tiga kali akur ditakdirkan menjnda.

” Saya sedar bila sudah tiga kali jadi jnda ini, pasti ada yang akan memandang serong. ” Namun saya hanya manusia biasa, yang tak lepas diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mti dek kej1,” katanya. Fiza berkata demikian semasa mengulas desas-desus sebelum ini yang mendkwa dirinya sudah tidak lagi bergelar isteri kepada duda beranak dua, Aizat Al-Jefri.

Selain itu, sedar bahawa ramai tertanya-tanya mengenai kesahihan perkara tersebut, Fiza mengaku dia terpaksa berdiam diri terlebih dahulu dan mengambil masa untuk mende.dahkan hal itu kepada umum. ” Ketahuilah, bahawa ia bukan sesuatu yang mudah. Hanya saat ini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. ” Ya, Kami berpisah taIak satu dan berstatus solo sejak 22 Julai tahun lalu. Saya ditalakkan menerusi aplikasi WhatsApp.

” Tetapi maaf, saya tak dapat nak kongsikan apa punca atau sebab kenapa kami berpisah. ” Biarlah saya simpan dan tnggung sendiri sebab tak mahu membuka aiib sesiapa,”katanya. Dalam pada itu, Fiza bersyukur kerana bkas suami pertamanya, Ahmed Farriq Zainul Abidin tidak lepas memberi sokongan terutama dalam menjaga dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

” Kedua-dua anak kami tinggal bersamanya. Tak apalah, rasanya lebih terjamin hidup anak-anak dengan bkas suami. ” Farriq pun adalah sesekali mengambil berat dan bertanya keadaan saya. Itu saja,” katanya. Fiza bernikah dengan suami ketiganya Aizat sekitar Disember 2016 dan menerusi perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata Baby Aleena yang kini berusia hampir tiga tahun.

Sebelum Aizat, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 tetapi perkahwinan kedua juga tidak bertahan lama. Empat tahun sebelum itu, Fiza merupakan isteri kepada Fariq sebelum sama-sama membuat keputusan untuk berpisah pada 4 November 2010.

Sementara itu, Fiza menjawab gosip konon berkahwin dengan pelawak, Saiful Apek gara-gara tersebar foto mesra mereka yang dikongsi Fiza di Instagram (IG). ” Tidak ada istilah saya menjadi isteri keduanya. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’. Foto yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri. ” Kami sama-sama ketawa apabila mendapat tahu gosip bertebaran,” katanya..

Dalam pada itu menerusi satu hantaran di Instaram, Fiza turut berkongsi keratan berita berkenaan perpisahanya itu. Fiza turut berharap segala segala persoalan yang menjadi teka-teki oleh peminatnya terjawab. ” Moga terjawab dan terungkai segala persoalan selama ini.

Harap tiada lg ftnah dan hinn di luar sana kpd saya. ” Saya hanya manusia biasa yg tak lepas dr dugaan dan cubaan hidup ini.. Ini bahagian saya. Saya terima segala ketentuan dan takdir yg sudah tertulis utk sy. ” Hanya redha dan pasrah yg dpt saya ucapkan. Harap jangan di h1na saya lg.. Doakan yang baik-baik utk saya dan anak2.. Love u all,” tulis Fiza.

Sumber: Berita Harian

Sumber : http://limauais.pw/