Akhirnya Menteri Pendidikan Umum Tarikh Kemasukan Pelajar Sekolah

Menerusi sesi sidang media khas Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Mohd Radzi Md Jidin hari ini, Kemnterian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi pembukaan sekolah di Malaysia.

Berikut antara tarikh yang diumumkan bagi sesi persekolahan yang akan bermula Mac ini:

Pra Sekolah / Tahun 1 dan 2: 1 Mac 2021
Tahun 3 hingga 6: 8 Mac 

Sesi persekolahan bagi pelajar sekolah menengah (termasuk sekolah sw@sta) bagi semua tingkatan pula adalah seperti berikut:

Kategori A: Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu akan bermula pada 4 April 2021. 
Kategori B: Melaka, N. Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, P. Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan bermula pada 5 April 2021 

Manakala bagi Kolej Vokasional pula seperti berikut:

SVM Tahun 1 & DVM Tahun 1 (Sem 2): 1 Mac 2021 
Tahun 3, 4, 5, 6: 8 Mac 2021 

Pembukaan bagi sekolah antarabangsa, lnstitusi pendidikan swasta kategori pusat dan pusat tuisyen akan dibuka mulai 8 Mac 2021.

Dalam pada itu, Radzi juga meminta sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM disaran untuk mengikut tarikh yang ditetapkan KPM dan semua SOP yang dikehendaki.

Harap ibu bapa diluar sana alert ya dengan tarikh-tarikh penting ni. .

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia