Dato Ismail Sabri memberi kenyataan full Lockdown akan dilaksanakan di Selangor selepas kes makin meningkat

Terkini, Menteri Kanan (Klvster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menilai dan mengkaji cadangan untuk mengvatkuasakan PKP atau PKPD di Selangor

Ini susulan peningkatan mendadak kes penularan C0ViD-19 di Selangor baru-baru ini. Pada hari ini sahaja, Selangor telah merekodkan 107 kes positif C0VlD-19. Pada sidang media hari ini, beliau telah membuat kenyataan bahawa tempoh penguatkuasaan PKPB di Selangor masih berjalan

sehingga kajian menyeluruh dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk MKN dan juga KKM. Beliau juga memberitahu bahawa dengan penguatkuasaan PKPD di Selangor, individu-individu tidak dibenarkan keluar dan makanan serta keperluan asas akan dihantar pada mereka.

Ini tidak termasuk lagi impak yang sangat ketara pada ekonomi negara. Kedai-kedai tidak dapat lagi beroperasi seperti biasa dan pastinya ramai yang akan kekal tutup. Individu-individu juga akan hilang punca pendapatan.

Justeru itu, beliau menyatakan bahawa perlunya ada keseimbangan dalam membendung penularan wbak C0VID-19 dan juga mengekalkan sumber pendapatan rkyat Malaysia. Jika dilihat dari segi kwalan pergerakan, pastinya PKPD adalah jalan yang terbaik, tetapi ramai warga Selangor akan hilang pvnca pendapatan.

Sumber : FMT

Sebanyak 865 Kes Baharu Positif Hari Ini. KKM Ulas Lebih Lanjut Berkenaan Peningkatan Kes Dan Peratus Yang Melibatkan Tiga Kluster Terbaru Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah .PUTRAJAYA – Sebanyak 865 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini melibatkan sebahagian besar dikesan di Sabah.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 643 kes iaitu 74.3 peratus di Sabah.

“Ini (bermaksud) lebih ujian makmal telah dapat dijalankan di Sabah dan yang dihantar ke Semenanjung,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, sebanyak 154 kes iaitu 17.8 peratus pada hari ini adalah terdiri daripada kluster pnjara.”Ia adalah Kluster Pnjara Kepayan, Kluster Pnjara Seberang Perai, KlusterTembok dan termasuk empat kes saringan tahanan Pnjara Tapah,” katanya.

Terkini 4 Kluster Baharu COVID19 Dikesan Termasuk Tiga Negeri Di Semenanjung. KKM Dedahkan Punca Berlakunya Kluster Inii Dan Harap Maklum

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat (4) lagi kluster baharu Covid-19 setakat Ahad (18 Oktober 2020) jam 12 tengah hari.Menerusi sidang media terkini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keempat-empat kluster tersebut melibatkan tiga negeri di Semenanjung iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan serta Kota Kinabalu, Sabah.Berikut merupakan perincian empat (4) kluster baharu Covid-19 seperti yang dilaporkan hari ini oleh KKM:

1) KLUSTER BAH LAYANGAN.Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah Rembau di Negeri Sembilan.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15654) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 142 individu telah
disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19, 67 individu negatif dan 62 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER ALMA.Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke18066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID19.Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 183 individu telah
disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif Covid-19, 43 individu negatif dan 133 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER AUTO.Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sebanyak sembilan (9) kes dikesan positif Covid-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

4) KLUSTER PENJARA KEPAYAN.Kluster baharu ini dikenal pasti di Kota Kinabalu di negeri Sabah.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19628) yang telah dikenal pasti positif Covid-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 48 lagi kes positif Covid-19.Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 170 individu telah
disaring, di mana 49 kes dikesan positif Covid-19, 121 individu negatif dan tiada individu menunggu keputusan.Sumber: Sidang Media KKM

TERKINI: 871 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini, Antara Paling Tinggi Pernah Dicatatkan

Sebanyak 871 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 setakat Ahad (18 Oktober 2020), jam 12 tengahari.Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 7,049 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 871 kes positif, terdapat lima kes import di negeri Selangor yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 701 orang pada hari ini di mana menjadi jumlah kes sembuh tertinggi sejak Covid-19 melanda negara.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 13,262.Sehingga kini, terdapat 86 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.Manakala, terdapat tujuh (7) kes pemergian sekaligus menjadikan jumlah pemergian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 187 orang.

TERKINI: 701 Pesakit Covid-19 Disahkan Sembuh Hari Ini, Jumlah Tertinggi Pernah Dilaporkan

Angka 701 adalah jumlah kes sembuh dilaporkan hari ini dan ia adalah jumlah kes sembuh tertinggi pernah dilaporkan dalam satu hari! Terima kasih petugas-petugas kesihatan! Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 13,262 kes.

Laporan Kadar Nilai R Naught. KKM Dedah Kadar Nilai R Naught Mula Turun Kepada 1.5 Selepas 4 Minggu Gelombang Ketiga Mula Berlaku

Menerusi sidang Khas Perkembangan Terkini Nilai R, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) sewaktu permulaan gelombang ketiga pada 20 Sept adalah 2.2, turun kepada 1.5 selepas empat minggu.Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, nilai Ro ketika itu adalah 3.5. Nilai R ini telah berjaya diturunkan sehingga 0.3, iaitu susulan impak positif tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan serta pematuhan oleh rakyat kepada Perintah dan SOP yang diperkenalkan. Sebagaimana yang diunjurkan pada 16 Julai 2020, kita mencapai kes penularan tempatan sifar, ujarnya.

COVID-19: Jangkitan berisiko cecah 1,300 kes sehari menjelang hujung Oktober

PUTRAJAYA: Angka jangkitan baharu COVID-19 berisiko mencecah hingga 1,300 kes sehari menjelang hujung bulan ini, sekiranya semua pihak gagal meningkatkan tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan nilai Ro atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini.

Nilai Ro merujuk kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu bilangan individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.Jika nilai Ro ialah 1.5, bermakna satu kes positif boleh menyebarkannya kepada antara satu hingga dua individu lain.”Berdasarkan graf nilai Ro ketika ini yang masih berada pada unjuran 1.5, kes baharu boleh mencecah antara 1,200 hingga 1,300 sehari menjelang 31 Oktober depan.

“Ini perkara yang kita bimbangkan. Namun, adalah tidak mustahil untuk kita menurunkan nilai Ro itu jika ada kerjasama padu daripada semua pihak bersama Kementerian Kesihatan.”Ketika gelombang kedua, nilai Ro mencecah 3.5 tetapi kita berjaya melandaikan lengkuk sehingga ia turun kepada 0.3.”Oleh itu, tidak mustahil untuk kita menurunkannya sekali lagi,” katanya pada sidang media COVID-19, hari ini.

Seorang Pegawai Pnjara Seberang Perai Positif Covid-19

GEORGE TOWN, 18 Okt (Bernama) — Seorang pegawai pnjara di Pnjara Seberang Perai, di Jawi dekat sini disahkan positif COVID-19 semalam, kata Pengarah Pnjara Pulau Pinang Roslan Mohamed.Tanpa mendedahkan umur dan jantina, Roslan berkata, pegawai itu merupakan antara 26 orang daripada Kluster Penjara Jawi yang ujian saringan COVID-19 disahkan positif semalam, dan beliau kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Ini adalah kes pertama membabitkan pegawai penjara, selepas 53 banduan di situ (Penjara Seberang Perai) positif COVID-19. Sebaik keputusan ujian saringan diterima, pihak petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat saringan terhadap kontak rapat pegawai terbabit, dan kami masih menunggu keputusan mereka.

“Pihak pnjara ketika ini sentiasa memantau perkembangan terkini dengan teliti dan setakat ini kami belum tahu bagaimana pegawai berkenaan mendapat jangkitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.Roslan berkata semua 25 bnduan yang disahkan positif COVID-19 semalam adalah banduan yang sedang menjalani hkuman dan mereka yang juga baharu masuk bulan lepas ditempatkan di blok bersama penghuni baharu yang juga positif sakit itu sebelum ini.

Beliau berkata ketika ini semua 53 bnduan yang positif COVID-19 itu menerima rawatan di dalam pnjara dan dilaporkan dalam keadaan baik serta stabil.Dalam pada itu, beliau berkata semua 160 kes positif baharu di Pnjara Reman Pulau Pinang yang dilaporkan semalam, adalah terdiri daripada banduan dan tiada pegawai atau kakitangan pnjara di situ yang positif setakat ini.

“Berlaku peningkatan ketara di penjara itu dan kami juga meningkatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani situasi berkenaan, setakat ini fasiliti di pusat rawatan di penjara tersebut mencukupi untuk menampung bnduan yang positif COVID-19.Sehingga semalam, Pulau Pinang mempunyai dua kluster utama iaitu di Pnjara Reman Pulau Pinang dan Pnjara Seberang Perai, menjadikan kedua-duanya adalah penjara ketiga dan keempat di negara ini yang dijangkiti COVID-19, selepas Tawau di Sabah dan Alor Star di Kedah.Setakat ini, Kluster Pnjara Reman mencatat 160 kes aktif baharu semalam menjadikan jumlah kes COVID-19 positif adalah 377 dengan satu pemergian, manakala Kluster Pnjara Jawi pula merekodkan sebanyak 54 kes.

— BERNAMA

Ternyata Ucapan Dari Plaza Sungei Wang Raih Perhatian Orang Ramai. Lebih Menarik Perhatian Bila Ucapan Tersebut Buat Shopping Mall Yang Ada Kes Covid19 Jadi Perhatian Orang Awam

Tular beberapa hari lepas tentang perkongsian daripada salah satu pusat membeli belah terkenal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu Plaza Sungei Wang tarik perhatian ramai. Berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda di negara kita, terutamanya beberapa minggu lepas banyak kes positif berlaku di pusat membeli belah di sekitar bandar Kuala Lumpur dan Selangor.

Bukan itu sahaja, pandemik Covid-19 ini memberi cabaran kepada ekonomi negara. Banyak perniagaan yang tercundang akibat wabak ini.Jadi, perkongsian daripada laman Facebook rasmi Plaza Sungei Wang ini seakan-akan memberi kata-kata semangat kepada ‘rakan-rakan’ mall di seluruh Malaysia khususnya. Apa yang menarik perhatian adalah boleh dikatakan ke semua ‘rakanya’ membalas komen dengan kata semangat.

“It has been a very difficult time, for each and everyone of us.
Worry not, as we will rise again once all this ends.
Hold tight, as we will get through this together.
Don’t give up, as we will fight together as one.”
Ini komen balas daripada kedai-kedai di seluruh Malaysia yang menyentuh hati, terutamanya daripada GSC.Sumber: Plaza Sungei Wang