Isteri nampak perubahan pelik pada suami selepas mereka beli rumah. Lebih Mengejutkan suami lepas balik kerja msti basuh baju. Akhirnya perbuatan suami terbongkar bila isteri intip senyap2 dan ini suami dia sorokkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Kita teruskan dengan kisah saya. Sejak kebelakangan ini suami saya selalu balik ke rumah pada waktu subuh, terus mandi, dan mencuci baju.Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia pasti terus mencuci bajunya.

Saya dan suami sudah menikah setahun lebih. Sebenarnya, kehidupan kami biasa saja, setelah bercinta beberapa lama kami pun merancang untuk bernikah. Kerana kami dilahirkan di kampung, biasanya cuma perlu daftarkan diri di jabatan agama saja, kami tidak adakan kenduri pun.

Kami juga tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat, setelah setahun bernikah, akhirnya suami mendapat kenaikan gaji dan kami boleh menyimpan duit sedikit. Ditambah dengan wang yang dipinjam dari saudara mara, akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah kecil.

Pada hari kami mendapat kunci rumah kami, suami memelukku dan berkata. Sayang, abang janji akan membahagiakan keluarga, mulai sekarang, kita dah mempunyai rumah, sayang mesti bersiap sedia, aku akan berjuang untuk keluarga Sayang mesti jaga kesihatan, kita akan segera dapatkan cahaya mata.

Saya hanya mengangguk bahagia mendengar semua ini. Saya tak tahu apa salah saya, atau suami yang berubah, sejak kami membeli rumah. Disebabkan pinjaman yang mesti dibayar, ekonomi kami merudum dan kami hadapi banyak tekanan.Tapi sejak itu, suami selalu berkata bahawa dia mesti buat kerja lebih masa, mulanya saya sangkakan dia hanya akan bekerja lebih masa seperti biasa. Tapi katanya dia mesti kerja lebih masa setiap hari, dan pulang lewat malam sampai ja,m pada 1 atau atau 2 pagi.

Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia mesti mencuci bajunya. Suatu hari aku nekad pulang kerja lebih awal dari biasa dan menunggu di depan pejabatnya. Ternyata, suami aku tidak bekerja lebih masa! Selepas habis waktu kerja dia terus keluar pejabat, tapi dia tidak terus pulang ke rumah.

Ini membuatkan saya semakin yakin yang suami berlaku tidak setia! Mana taknya masa balik dia terus mandi dan cuci baju mungkin sebab takut aku terbau wangian wanita lain. Tetapi saya nampak dia masuk ke sebuah restoran barbeque.

Masa itu saya berada di seberang jalan memerhatikan suami, saya lihat dia keluar dengan baju putih dan mula memanggang daging. Suami aku memang pernah ceritakan yang dulu dia suka memanggang daging di rumahnya dan semua orang cakap daging panggangannya memang sedap.

Melihatnya sedang memanggang daging, saya mulai menitiskan air mata. Saya memutuskan untuk menyeberangi jalan dan duduk di restorannya. Seorang pelayan datang bertanyakan pesanan, Saya cuma meminta segelas minuman, dan tolong hantarkan kepada tukang masak yang sedang memanggang daging itu.

Pelayan itu merasa aneh dengan permintaan saya, namun dia tetap melakukannya, saat menerima minuman itulah, suami aku mengangkat kepalanya dan melihat aku. Lalu meminum habis minuman itu dan terus menghampiri aku. Sayang, macam mana kamu boleh sampai disini?

saya terus memeluknya dan berkata, Saya tunggu abang balik kerja. Malam itu suami menjelaskan semuanya. Dia tidak letih dan boleh bekerja lebih masa, dia cuma nak mendapatkan pendapatan sampingan. Saya kata padanya, saya pelik kenapa setiap hari balik kerja abang terus mandi dan cuci baju.

Rupa-rupanya abang takut saya terbau bau asap dan daging, saya dah syak abang dah ada perempuan lain, itu sebabnya saya pergi intip abang. Suamiku kemudian memeluk aku dan menciium kening aku, macam mana abang nak berlaku tidak setia?

Awak adalah wanita paling sempurna buat abang, tak ada orang yang boleh menggantikan awak !Adakah masih wujud suami seperti ini.? Sebagai seorang wanita kita perlu percaya pada suami kita kerana suami lah tempat kita bakal mendapat syurga. Apa pendapat anda ? Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral Sumber : Trasformasi

Adik Beradik Sebelas Orang. Adik Beradik Lain Hantar Duit Tapi Hanya Seorang Sahaja Yang Jaga Nenek. Sampai Satu Hari Tergamak Abang Sulung Tuntut Sesuatu Ini Kat Nenek

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera kepada semua pembaca tegar. Terima kasih diucapkan kepada pihak admin seandainya luahan hati aku ni dapat dipamerkan untuk bacaan orang ramai. Acap kali juga aku berfikir, betulkah tindakan aku dengan menghantar luahan ini untuk bacaan khalayak awam sedangkan ini bersangkutan aib keluarga aku sendiri.

Tapi akhirnya aku ambil keputusan dan mengambil masa untuk meluahkan isi hati yang terbuku selama ini. Semoga cerita ini dapat membuka mata-mata kalian di luar sana. Segala yang baik, jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan.

Bismillah. Sedikit latar belakang, kisah ini bukanlah kisah aku. Ini kisah mak aku, dan aku sebagai anak saban hari semakin menipis kesabarannya. Aku tak mampu lakukan apa-apa untuk melindungi mak aku. Mak aku adalah anak perempuan ke-dua tertua dalam adik-beradiknya yang seramai sebelas orang. Ya, Sebelas orang.

Tiga lelaki dan selebihnya perempuan. Benarlah orang kata, kerana harta mampu membtakan mata sesiapa. Memutuskan tali persaudaraan walaupun dari drh daging yang sama. Nenek dan atuk memang orang berharta. Atuk dah bertahun bertemu Penciptanya. Tinggallah nenek yang kini uzur, sudah tak mampu berjalan dan lemah. Cuma, mulut dia masih berbisa seperti tak ingat tnah prsemadian.

Sewaktu hayat nenek, tiada satu pun kenangan indah yang aku boleh ingatkan kepada dia. Yang aku ingat hanyalah seorang nenek yang acuh tak acuh pada cucu, sukakan harta dunia dan bermulut jahat. Aku memang tak sukakan nenek aku, masa kecil pun dia mana suka aku. Sikap dia yang pilih kasih tu buat aku rasa neutral je pasal dia. Nak kata sayang pun tidak, nak kata tak suka pun tidak.

Mak ada seorang adik perempuan aku berikan nama cik Peah. Dulu hubungan kami sekeluarga sangat rapat. Mak dan Cik Peah aku tu boleh dikatakan ‘bestfriend’ walaupun ‘sisters’. Semua benda buat bersama. Tapi tak taulah di mana salahnya, hubungan itu merenggang sehingga membuatkan permusuhn antara mak dan si Peah tadi.

Tak cukup itu, si Peah siap menjaja cerita bukan-bukan kepada adik beradik lain konon-kononnya mak suka harta. Sumpah, wallahi, Mak aku bukan macam tu. Rumah sewa nenek memang banyak. Sebelum ni adik bongsu mak, aku namakan Kiah yang kutip duit sewa sebab dia yang jaga nenek. Mereka pun dah bersetuju siapa jaga nenek, duit itu milik mereka sebab itulah duit nak digunakan buat perbelanjaan nenek.

Lagipun nenek walaupun sakit, dia masih minta duit. Dia akan mengmuk kalau dia tak dapat pegang duit. Tapi Peah macam gelap mata pasal duit, dia tak kasi Kiah kutip lagi. Kemuncak semua ni, apabila Kiah tengah mengandung, si Peah dan adik-beradik yang dah termakan hasutan halau Kiah dari rumah pusaka (Yang diwariskan kepada KIAH ye kawan-kawan).

Kiah mengadu pada mak dan mak cadangkan si Kiah duduk di rumah sendiri yang dia sewakan pada orang lain sebelum ni. Maka usailah masalah. Nenek? Si peah hulur kat adik beradik lain yang jaga dan dia kutip duit sewa. Dia Cuma bagi RM300 kepada pak sedara aku sedangkan pak sedara aku tu bukannya orang senang.

Lampin pakai buang orang tua mahal ye kawan-kawan. Kesian Pak sedara aku. Rupanya orang yang disokong adalah duri dalam daging. Peah juga beli tanah pusaka yang diwariskan buat pakcik dengan harga yang rendah. Pakcik memang orang susah, kerana nak sebuah rumah, pakcik ambil juga dan bina rumah guna duit tadi.

Kalau korang ingat masalah dah selesai, ternyata belum. Akhirnya tiada satu pun yang mampu tahan menjaga nenek. Nenek kan dah seperti kanak-kanak pemikirannya. Asyik mengmuk, mulutnya tak sakit pulak, itu yang aku pelik tu. Akhirnya nenek diserahkan semula pada Mak. Mak pun jagalah nenek, tapi kali ni perjanjiannya dah lain.

Duit sewa rumah tu dibagi-bagi ikut rumah sewa di atas tanah masing-masing. (ikut perjanjian, selagi nenek hidup selagi tu semua tanah dan rumah sewa adalah milik nenek. Tapi tuhlah, masing-masing dah kelabu mata dengan $$). Dengan duit sewa rumah kat tanah mak, mak hantar nenek ke rumah penjagaan daily care.

Petang je mak ambil. Makan pakai nenek pun guna duit tu. Malas dah nak berbalah antara adik beradik. Dia buat hal dia je. Mak aku tak kerja. Ayah pun tak kerja, hanya sewakan bot pada orang lain. Kami duduk berjauhan, kadang-kadang ayah balik kampung untuk lawat mak. Ayah pun dah redhakan mak jaga nenek nun di utara sedangkan kami di selatan.

Tadi, aku terbaca status whatsapp kakak aku. Ada lagi yang datang mengganggu kami. Kali ni abang sulung mak pula. Rasa kecewa pun ada. Selama ni mana Pak Long untuk jaga nenek? Merajuk sebab harta tak diberikan mengikut faraid. Tetapi kenapa tanggungjawab tak nak pulak ikut Islam?

Sedangkan syurga mak aku di sisi ayah aku, tapi mak aku yang jaga nenek. Pak long lelaki kan? Syurga paklong adalah Nenek. Kenapa pak long tak jaga nenek barang sehari? Selama ni pak long diamkan diri je. Duduk dalam negeri yang sama pun jarang-jarang nak melawat nenek. Aku tak taulah korang puas ke baca cerita yang macam tak berapa nak sampai ni. Sebenarnya banyak lagi kejadian yang aku tak sebut. Sebab aku terlalu malu dengan apa yang menimpa keluarga aku. Tapi ada beberapa perkara yang aku nak highlight kat sini.

Mak ayah, silalah hibahkan harta sebelum pergi menghadap illahi. Kerana harta, anak-anak berbalah. Institusi kekeluargaan pecah. Nenek aku pernah ckp “Selagi aku hidup, korang tak payah sibuk-sibuk pasal harta aku”. Tengok apa dah jadi? Takdir Tuhan, Allah dah tarik nikmat akal rasional untuk berfikir. Akhirnya diri dijadikan bola oleh anak-anak. Semua berkira untuk menjaga ibu seorang sebab rasa diri tak mendapat keuntungan.

Sepanjang hayat kita, jangan hambakan diri pada harta. Aku rasa ini kifarah untuk nenek aku. Sepanjang dia hidup, dia bertuankan duit. Sampai umur dah senja pun masih fikir duit. Itu aja meniti di mulut walaupun dah sakit. Anak-anak jangan pernah lupa tanggungjawab terhadap ibu. Terutamanya bagi anak lelaki. Mereka kunci ke syurga kalian. Benarlah kata orang, sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.

Ibu jangan pernah bersikap pilih kasih dengan anak-anak. Nenek aku, memang ada anak favourite. Aku rasa si Peah tu makan hati sepanjang membesar. (sebenarnya mak pun sama. Mak ckp perkara yg sampai sekarang buat dia terkilan adalah bila nenek taknak support dia masuk UM tapi nenek tak kesah keluar duit untuk anak-anak lelaki). Tapi akhirnya anak favourite tu tak menjaga dia pun.

Kepada lelaki bergelar suami, InshaAllah ada pahala menanti kalian sekiranya kalian redha jika isteri kalian ingin menjaga ibu dan bapanya, Terima kasih ayah, ayah permudahkan urusan mak. Aku harap perkongsian aku ni tak terlalu membosankan para pembaca.

Doakan mak aku dapat syurga yang indah atas setiap kebaikan dia lakukan sebagai anak. Dan doakan aku adik beradik tak bergduh kerana harta. Doakan kami sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain, Dan juga, doakan aku jadi anak yang berbakti. Amin.