“Saya Minta Maaf Sangat-Sangat,”- Sharifah Sakinah

Menerusi rakaman video rancangan bual bicara Hard2Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, pelakon Sharifah Sakinah mengatakan dia bakal meninggalkan tanah air dan berpindah ke luar negara tidak lama lagi.

Seperti yang diketahui umum, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired mengh1dap peny4kit ‘Attention-Deficit Hyperactivity Disorder’ atau ADHD menjelaskan status kesihatan kini agak tervk dan perlu menjalani raw4tan khusus.

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya nak anda semua faham yang kesihatan m3ntal saya semakin tervk ketika ini.

“Sebab itu saya merancang untuk tidak tinggal di Malaysia dan saya akan berpindah ke luar negara selepas ini,” katanya.

Sakinah ketika dihubungi MH memberitahu dia akan menetap di luar negara untuk seketika waktu untuk menjalani raw4tan pemulihan kesihatan mental dirinya.

Sebelum ini, Sakinah memaklumkan akan berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarganya selepas drama terakhir lakonannya, Aku Yang Kau Gelar Isteri tamat pada Isnin lalu.

Sekadar informasi, Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada tahun lalu.

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei lalu.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.