Polis memberi kenyataan berhubung saman yang akan diberikan pada mereka yang pakai cermin mata hitam selepas satu audio tentangnya tular

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan polis mengeluarkan sam4n kepada individu yang memakai cermin mata hitam ketika memandu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan tiada peruntukan undang-undang menyatakan memakai cermin mata hitam atau gelap adalah satu kesalahan seperti yang didakwa dalam satu rakaman audio yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

“Antara kandungan mesej dalam audio yang tular berkenaan berbunyi ‘info kepada pemandu kereta atau lori yang memakai cermin mata gelap atau Ray-Ban tanpa masalah penglihatan yang melalui sekatan jalan raya, polis akan mengenakan sam4n sebanyak RM500 dan tiada kompaun’.

Rakaman Audio Yang Tular.

“Perakam suara ini turut menyatakan dirinya telah disam4n atas kesalahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran mesej tidak benar dan sentiasa memastikan kesahihan sesuatu mesej tersebut sebelum dimuat naik atau dikongsi dalam laman sosial.

KOMEN NETIZEN:

“Jgn nk mengarut boleh tak..aku memandu ke..bawak motor ke kena pakai cermin mata gelap..kalau tak silau sampai susah nk fokus memandu atau bawak motor”

“Mungkin dia salah dengar, polis sam4n sbb cermin gelap, oleh kerana dia ada masalah pendengaran, benda yg dia dengar, cermin mata gelap, kebetulan time tu dia pakai rayban/riben pasar malam, tu yg dia bg info salah, terkejut dia pakai spec hitam kena sam4n”

Sumber : HMETRO ONLINE / INFO ROADBLOCK JPJ/POLIS