Jangan Mudah Tertipv! Kepada Pemilik Nama “Miera” Tolong Jangan Gunakan Nama Saya Untuk lariskan produk suplemen – Dr Amalina

SEORANG wanita dikenali sebagai Miera tiba-tiba menjadi sebutan ramai selepas kisah mengenainya dikongsi Dr Amalina Che Bakri menerusi Twitter pada Rabu.

Menurut Dr Amalina, wanita itu secara selamba menggunakan namanya sebagai ‘pelaris’ kepada produk makanan tambahan yang dijual.

Jelas anak Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana produk dan memohon agar tidak dikaitkan lagi.

“Saya diberitahu ada penjual produk yang menggunakan nama saya untuk menjual produk suplemen beliau.

“Saya minta saudari ‘Miera’ ini berhenti menggunakan nama saya. Saya tidak pernah ‘endorse’ mana-mana produk.

“Sila ikut nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit diabetes,” ujarnya menerusi Twitter.

Bukti yang dikongsi di Twitter.

Dalam muat naik itu, Dr Amalina turut berkongsi beberapa foto sebagai bahan bukti.

Difahamkan, individu tersebut menggunakan wajah Dr Amalina dan poster seakan-akan tajuk berita yang seolah-olah mengaitkan dirinya dengan produk tersebut.

Saya minta saudari ‘Miera’ ini berhenti menggunakan nama saya.
DR AMALINA CHE BAKRI

Tambah Dr Amalina lagi, dia memberi nasihat kepada orang ramai agar membuat rujukan kepada pakar dan jangan terpedaya dengan janji manis penjual produk sedemikian.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 3,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesal atas tindakan penjual itu yang menggunakan nama Dr Amalina tanpa kebenaran.

Dr Amalina mendedahkan namanya digunakan oleh seorang penjual produk makanan tambahan.

“Kalau benar perkara itu, Dr Amalina buat laporan polis.

“Bagi surat peguam kepada syarikat itu.

“Bahaya ni doktor. Apa-apa nanti doktor yang terbabit,” tulis beberapa netizen.

Sumber : Mstar