Tak pasal pasal staf PPV kena marah gara gara tak tolong buatkan sesuatu ini. Ada juga yang buat macam ni.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kelonggaran kepada individu yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Cov1d-19. Selepas ini, mereka yang sudah dibenarkan merentas daerah hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksin ketika ditahan di sekatan jalan raya.

Namun, apa yang mengecewakan adalah apabila ada pihak tidak bertanggungjawab dilaporkan menjual sijil digital vaksin palsu kepada orang ramai di media sosial dengan harga RM15. Bukan itu saja, seorang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan individu anti vaksin yang memintanya untuk tukar status vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Taknak vaksin tapi nak keluar sijil di MySejahtera

Menurut Nor Azlin, individu tersebut telah menghubunginya di Whatsapp dan meminta tolong untuk ‘adjust’ status vaksin di aplikasi MySejahtera. Dia kata dia tak nak divaksin. Tapi nak di MySejahtera dia keluar sijil yang dia telah divaksin.” Tak pernah lagi sepanjang berkhidmat di PPV ada orang Whatsapp nak minta tolong yang pelik pelik macam ni.”

Bukan taknak cucuk tapi tak percaya vaksin

Berdasarkan perbualan di Whatsapp, individu tersebut berkata dia bukan tidak mahu mendapatkan suntikan vaks1n Covid-19 tetapi dia tidak percaya dengan vaks1n. “Kawe bukan toksey cocok tapi kawe ni tak cayo ko vaksin. Semua ni ada agenda yahudi demo tahu dop!! Kalu boleh biar dalam MySejahtera kawe nampak macam vaksin dah tapi hakikatnya kawe tak vaksin lagi. Haa gitu laa!!”

Kalau bayar 2 juta pun tak akan bantu

Menurut Nor Azlin lagi, dia akui berasa kecewa selepas mendengar permintaan tidak masuk akal tersebut. Malah katanya, jika dibayar dengan harga yang tinggi sekali pun, dia tidak akan membantu individu tersebut. Kalau pun tuan bayar saya 2 JUTA sekali pun, saya tak akan bantu tuan. Tuan seolah olah tak menghormati kerja kami buat dan menganggap permintaan tuan itu satu permintaan yang remeh.”

Status Di Fb Pasal

Dia bagaimanapun menolak permintaan tersebut dengan baik dan menjelaskan mengapa dia tidak boleh membantu individu itu seperti yang dimahukan. Namun, individu tersebut kemudian menghemburkan kata kesat kepada Nor Azlin membuatkannya bertindak untuk block individu terbabit.

Nor Azlin melalui status di Facebook itu turut berpesan kepada individu berkenaan untuk menjaga bahasa dan tutur kata serta menghormati pekerjaan orang lain. Jaga lah bahasa tuan. Saya tahu saya cuma seorang sukarelawan di PPV. Tapi kita perlu menghormati semua orang tak kira lah dia tu siapa sekali pun.” Saya mohon maaf sebab saya block tuan.” Sumber : Lobak Merah

 

PPVIN Pusat Konvensyen Midlands terpaksa ditutup hari ini. Biar betul sampai macam ni sekali orang yang datang.

Sebelum ini, tular sebuah rakaman video mengenai sikap pekerja asing yang didkwa tidak mematuhi SOP ketika berada di sebuah Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, Selangor.

Ditutup hari ini

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menyatakan PPVIN ditutup sehari bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin. Pihak pengurusan PPVIN berkenaan yang membuat keputusan (berhubung penutupan PPVIN).

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan rakaman video yang memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu. Pihak penyelaras PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan itu berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Sumber: Bernama

Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.