Status Hubungan Sharnaaz Dan Nabila Terbongkar Akhirnya..Lebih Mengejutkan Sharnaaz Ahmad Pergi Bercuti Dengan Bekas Isterinya Jadi Tanda Tanya Pada Warganet.

Meskipun pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah berpisah sejak 9 Julai lalu, hubungan mereka dilihat sangat baik sehingga menerima pujian warganet. Malah sebelum ini, Noor Neelofa turut melahirkan rasa kagum dengan sikap profesional Noor Nabila dan Sharnaaz demi kebahagian anaknya Jebat Jayden.

Terbaru, Sharnaaz dilihat bercuti di Langkawi bersama keluarga Noor Nabila menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Instagram milik Jebat Jayden. Untung Jebat dapat rasa kasih sayang kedua-duanya sekali. Warganet doa semoga mereka berdua bersatu kembali.

Comelnya..

Perkongsian itu menarik perhatian warganet yang rata-ratanya tumpang gembira dengan kerjasama mereka dalam membesarkan anak-anak. Tak kurang juga mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih. Terdahulu Noor Nabila pernah memberitahu hubungan mereka kini lebih tenang dan matang. Malah mereka berdua sangat baik demi anak-anak.

Alhamdulillah hubungan kami makin elok

Saya dan Sharnaaz menangani masalah ini. Alhamdulillah makin lama, makin elok. Kita berkerjasama apa terbaik untuk Jayden. Saya banyak  berkomunikasi dengan Sharnaaz . Kebelakangan ini lebih baik dan tenang berbanding sebelum ini banyak ketegangan.

Menurutnya, dia tidak menafikan pada awal perkahwinan hubungannya dengan Sharnaaz agak tegang. Namun demi anak dia berdua mencapai kata sepakat berdamai. Dan kini hubungan mereka semakin baik. Kita lebih betulkan di minda dan dekat hati. Kita buang yang lepas. I taknak brbalah, taknak berdend4m dengan Sharnaaz. I taknak Jebat dibesarkan dalam suasana macam itu, vibe itu.

So far now, tiada lagi perkara yang menimbulkan ketegangan. I nak Jebat luangkan masa dengan ayah dia. I nampak dia lebih ayah ayah, senyum dan tenang.Nabila turut mendoakan kebahagiaan Sharnaaz memandangkan Sharnaaz seorang yang manja. Dia turut meminta agar orang ramai mendoakan kebahagian dia dan juga bekas suaminya.

Sumber : TV9MALAYSIA Official, Jebat Jayden

Rupanya Sharnaaz Ahmad Tknk Pun Jatuhkan Talak Kat Noor Nabila. Akhirnya Noor Nabila Tampil Bongkarkan Punca Dia Berkeras Mintak Sharnaaz Jatuhkan Talak. Warganet Tergamam Bila Tahu Punca Sebenar Mereka Berpisah.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor, 35, melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini. Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh tersebut selepas Sharnaaz atau

nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak bersetuju terhadap permohonan tuntutan perpisahan yang difailkan isterinya, Nor Nabila. Terdahulu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya Sharnaaz selaku defendan tidak bersetuju terhadap permohonan tersebut.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais memohon defendan menjelaskan alasan tidak bersetuju terhadap permohonan anak guamnya, Nor Nabila, 34. “Saya mohon supaya defendan menerangkan alasannya kerana di media sosial dia (defendan) kata akur dan bersetuju,” katanya.

Bagaimanapun Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi berkata, defendan tidak perlu menyatakan. Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini? Sharnaaz: Betul. Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu?. Sharnaaz: Tidak. Ahmad Muttaqi kemudian mengarahkan kedua-dua pihak membawa wakil pada prosiding akan datang.

Nor Nabila yang juga kakak kepada usahawan, Neelofa memfailkan permohonan perpisahan pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Nor Nabila selaku plaintif dalam permohonannya menyatakan empat alasan perpisahan antaranya tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.

Defendan juga did@kwa hanya memberi nafkah yang tidak mencukupi iaitu RM500 walaupun berkemampuan. Nor Nabila mend@kwa tidak wujud lagi persefahaman antara mereka berdua walaupun pelbagai cara mengatasi masalah itu dilaksanakan.

Sharnaaz dan Nor Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Jebat Ahmad yang berusia setahun. Nor Nabila ketika ditemui di luar mahkamah tidak dapat menahan sebak dan berharap anak mereka menjadi keutamaan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sinar harian

Dikatakan Sudah Tinggal Sekali Dengan Isteri. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Sharnaaz Ahmad Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Tentang Rumahtangganya.

Pelakon Sharnaaz Ahmad memilih untuk berbaik dengan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila untuk ‘co-parenting’ bagi kebaikan anak mereka, Jebat Jayden. Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz menyatakan perkara yang diutamakan sekarang ini adalah untuk membesarkan Jebat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Kami berbaik untuk ‘co-parenting’ dengan keadaan sekarang ini. Jadi, tak ada benda yang menyakitkan hati antara satu sama lain sebab yang penting adalah untuk membesarkan Jebat bersama-sama. “Nak kata ke arah rumah tangga semakin elok itu subjektif.

Apa yang saya utamakan sebagai seorang manusia adalah nak berkawan dengan dia. Dia adalah wanita dan ibu kepada anak saya dan kami matang dalam menguruskan hal ini. “Saya bapa kepada Jebat. Saya tak boleh buang masa dan abaikan tanggungjawab seperti makan minum dan pakaian Jebat. Saya urus dan belikan.

“Macam Nabila, dia laksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Setiap hari saya berhubung dengan Nabila tanya pasal Jebat. “Kalau saya nak jumpa Jebat, saya bagitau Nabila. Kadang-kadang saya belikan ‘extra’ makanan dan hantar kepada Nabila dan Jebat. Saya bertindak sebagai seorang kawan yang matang,” katanya.

Tambah pelakon filem p0lis Evo 3 ini, dia merasakan ini bukanlah masa yang sesuai untuk membincangkan soal rumah tangga mereka. Bagi pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini, dia hanya ingin Jebat gembira sebagai anaknya dan Nabila.

“Untuk kami bincang soal perkahwinan, saya rasa mungkin tak sesuai. Itu saja. Tetapi untuk ‘co-parenting’, saya tak ada masalah. Saya nak Jebat gembira. “Mungkin sebagai suami isteri kami tak berjaya, tapi ‘co-parenting’ kami berjaya. Apa salahnya?” katanya lagi.

Ketika ini, kes perpisahan Sharnaaz dan Nabila masih berjalan. Pasangan ini bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK