Suami gaji RM1k sahaja tapi sanggup pakai telefon mahal sampai terpaksa hutang. Sekali ini yang suami buat bila tengok anak dan isteri tiada lauk untuk makan.

Foto sekadar hiasan. Beberapa hari ni aku dan suami bermasam muka je sebab kan duit bajet untuk dapur dan bajet untuk minyak keta buat pergi kerja larik dari bajet.. apa tidaknya suami masih macam bujang tak pikir pasal anak, tak pikir pasal dalam rumah, suami beli telefon harga 2k lebih sedangkan gaji suami hanya Rm1300 sebulan.

Demi nak beli telefon mahal sanggup suami pinjam ipar duai, pinjam mak.. abang dia.. aku ni suri rumah tangga sepenuh masa hanya jaga anak kami berumur 2 tahun lebih.. Baru2 ada pasaraya nak buka dekat kampung suami so aku ni pergi la interview sebab nak cari duit buat beli baju anak, keperluan anak dan untuk diri sendiri..

Suami bila tak ada duit minyak mula la aku ni jadi maaangsa amarah dia.. Buat muka masam 24 jam.. bila aku bagi cadangan suruh cari kerja yang dekat je dekat pekan tak mau, alasan tak ada banyak masa la..

tak selesa la sebulan jak duit untuk minyak mau 600 ringgit.. Jalan pergi kerja jak amik masa 3 jam ulang alik 6 jam.. lari bajet minyak, lari bajet tayar.. aku yang suri rumah ni pun boleh pikir lagi cari kerja dekat yang mampu tanggung .. Suami bila tak ada apa buat lauk hanya diamkan je.. Anak tak makan pun tak ambik tahu… Suami tak mau dengar apa yang aku cadangkan..

Bila je tak ada duit mula la tak tegur aku dan anak ni, sekarang ni kalau pun suami gaji cuma bayar hutang2 dia ..loan keta, minyak keta.. untuk rumah air lampu memang tungak tinggal tunggu di potong je.. Untuk dapur suami beli beras, susu anak, yang lain memang tak ada.. Hari2 bagi anak makan nasi goreng..

Anak pun bosan nak makan benda sama tiap hari pagi petang siang malam.. doakan saya dpt kerja nanti ye.. bole beli makan anak sedap2.. Hanya mampu menangis di caaci d maaki sebab meyusahkan dia suami di hin4 macam macam .. Semenjak suami ungkap perkataan bbi kat aku.. hati aku tawar nak bersama.. outomatik hilaang selera nak bersama.. .melainkan suami yang meminta tu pun sebulan belum ada nak bersama rasa jijik dengan perangai suami yang tak tahu malu. yang tak tahu di untung.

aku ni setiap hari jaga makan pakai dia .. Bila rasa macam kusut aku pasti jadi maangsa padahal aku ni selalu bagi pendapat cadangn kalau suami ada brcerita masalah.. Sedih sangat kalau bukan kerana anak Dah lama aku tibai otak suami aku ni sebab bikin hati aku panas je…

Disebabkan bekas suami rindu nak makan air tangannya. Wanita ini sanggup tunaikan permintaan siap makan bersama anak anak.

Perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima dan dilalui, namun ianya bukan penamat segalanya kerana Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang. Biarpun telah berpisah, ramai yang masih berkawan dengan bekas pasangan mereka. Begitulah seperti yang dilalui oleh wanita ini.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok wanita itu berkongsi kisah yang mana dia masih berkawan dengan bekas suaminya. Difahamkan lagi, pada suatu hari bekas suaminya itu menghantar mesej teringin makan mee goreng air tangan wanita yang dikenali sebagai Dayah tersebut.

Bekas suami text, minta tolong masak

Malah apa yang lebih mengharukan adalah apabila dia juga sanggup membeli bahan-bahan sebagai persediaan untuk memasak mee goreng tersebut.

Rindu makan bersama anak2

Tanpa berfikir panjang, ibu kepada 2 anak itu pun menunaikan permintaan bekas suaminya yang pada masa sama ingin makan bersama anak-anak mereka. Di akhir video, kelihatan si bekas suami sedang makan mee goreng tersebut sambil melihat anak-anak mereka bermain kolam di hadapan rumah. Meninjau ke ruangan komen, tindakan wanita itu meraih pujian warganet kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya demi anak-anak mereka.

Mungkin jodoh tak panjang tapi dia tetap ingat

Kongsi pengalaman

Tak semestinya dah berpisah kena bermasam muka macam tak kenal

Difahamkan lagi, mereka berdua mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun ditakdirkan berpisah tahun lalu. Kini, masing-masing telah membawa haluan berbeza dan hidup bahagia.

 

Sumber : Trending sangat

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.