Terkini. Ini antara suasana hiba di sekitar Tempat Persemadian Siti Sarah di Tempat Persemadian Sungai Pusu.

Ramai rakan selebriti tidak putus memanjatkan doa buat penyanyi popular, Allhyrh4m Siti Sarah Raissuddin, 36, yang ditidurkan dan berada dalam keadaan k0ma sehingga menghembuskan nafas terakhir, subuh ini.

Jika semalam laman sosial, Instagram (IG), Facebook dan Twitter dibanjiri dengan doa dan harapan teman seperjuangan, hari ini pula kebanyakannya masih terkejut dengan kehilangan penyanyi lagu Semakin itu akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam tidak sedarkan diri.

Antaranya, pelakon, Sariyanti dan suaminya, Jep Sepahtu. “Pergi dalam reda suaminya. Banyak mendoakan, banyak yang sayang, Masya-Allah. Semoga syurga buatmu Sarah. Kuatkanlah hati anak-anak ini ya Allah, tabahkanlah hati suami dan keluarganya. Satukanlah mereka disyurgamu,” tulisnya dalam IG.

Tidak kurang juga meluahkan perasaan masih terkejut dengan perkhabaran duka itu seperti penyanyi, Adira Suhaimi. “Macam baru semalam berbalas Direct Message (mesej langsung) dengan kakak. Hari ini dapat berita rasa macam jantung ini nak jatuh. Tapi Allah lebih sayangkan kakak, sekarang kakak berehatlah,” tulisnya.

Begitu juga pelakon, Uqasha Senrose yang meluahkan perasaan sedih tidak dapat melihat penyanyi itu menyanyi pada majlis perkahwinannya. “Ya Allah berita yang mengejutkan, Kak Sarah, 4rwh orang yang sangat-sangat baik. Ya Allah, ia sangat sukar untuk aku menerima semua ini. Suasana Terkini Sekitar pengurusan Siti Sarah di Tempat Persemadian Sungai Pusu.  Sumber : News Viral

Tular rakaman pelukan Siti Sarah dan anak anaknya undang sayu. Tak sangka ianya merupakan pelukan terakhir mereka.

Video pelukan terakhir Allhyrh4m Siti Sarah Raissuddin dengan tiga anaknya yang dimuat naik di Instagram penyanyi itu pada 4 Ogos lalu, kini tular di media sosial. Video berdurasi 52 saat yang menunjukkan Siti Sarah yang berkerusi roda dan memakai alat bantuan pernafasan berpelukan dengan anak-anaknya dengan wajah Allahyarham yang sayu. Difahamkan, video berkenaan diambil ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital selepas tahap oksigennya menurun pada 4 Ogos lalu.

Di Tik Tok, menerusi perkongsian video itu dengan keterangan ditulis, ‘Tak sangka ini pelukan terakhir anak-anak dia’ berserta dua emoji tangisan yang dimuat naik pemilik akaun @cikmirr kini tular dan mendapat pelbagai komen memilukan daripada warganet. Tinjauan Harian Metro di Instagram Allhyrh4m mendapati video itu mendapat lebih lebih 3.3 juta tontonan dan hampir 10,000 komen yang rata-ratanya menulis komen duka dan mendoakan keluarga Allhyrh4m tabah.

Video :

https://www.instagram.com/p/CSLUTT3B6ve/?utm_source=ig_web_copy_link

Siti Sarah disahkan telah pergi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini. Sebelum itu, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu. Pada hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum operasi dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan 4rwh selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang. Terdahulu, Siti Sarah bersama suami, Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6. Sumber : hmetro

Siti Sarah belum stabil daripada sakit Covid 19. Ini keadaan bayi dalam kandungannya.

“Siti Sarah masih belum stabil”. Pelawak Shuib berkongsikan keadaan isterinya juga penyanyi, Siti Sarah masih belum stabil selepas dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini semalam gara-gara tahap oksigen yang semakin menurun.

Menerusi hantaran di laman instagram, Shuib berkongsikan tangkap layar panggilan video bersama Sarah dan menulis kata-kata semangat buat penyanyi tersebut. ” Alhamdulillah. Semoga ibu semakin sihat. Walaupun kadang-kadang oksigen masih tak stabil, tapi ibu kena kuat semangat okay. Terima kasih kepada yang mendoakan. Semoga kita semua kuat dalam menempuh ujian Allah. Allah uji, Allah sayang,” katanya.

Sementara itu, Sarah menerusi hantaran Instagram story ada memuat naik gambar anak-anaknya dan meluahkan rasa rindu kepada mereka. Rindu anak-anak ibu. Ya allah, lindungilah suamiku, anak-anakku dan keluargaku,” Katanya.

Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, semalam. Namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans. Oksigen menurun, doakan Siti Sarah dan kandungan selamat.

“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah dibawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini.” katanya kepada harian metro.

Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaru di instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan. “Saya mohon doakan isteri saya. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah maha segalanya,” katanya. Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak positif Covid 19

Pasangan selebriti popular, Siti Sarah dan suaminya Shuib Sepahtu serta tiga cahaya mata disahkan positif Covid 19 semalam. Berita duka itu dimaklumkan penyanyi lagu semakin itu menerusi laman instagram, tengahari ini.

Siti Sarah dan keluarganya menjalani ujian saringan Covid 19 selepas pembantu rumah disahkan dijangkiti pandemik berkenaan pada Ahad lalu. “Dukacita dimaklumkan kami sekeluarga positif Covid 19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada. Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini. Kami serahkan semuanya kepada Allah,” Tulisnya.

Siti Sarah yang kini sedang hamil 7 bulan tidak dapat menyembunyikan kerisauan terhadap bayi dalam kandungannya. ” Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah.

” Doakan kami segera sembuh,” katanya. Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG. untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman iG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya. Sumber : My Sumber

Disebabkan tahap oksigen yang semakin menurun. Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke hospital.

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu dibawa dengan ambulan sekitar pukul 6.30 petang semalam (Rabu) bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Perkara tersebut dimaklumkan pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Sementara itu, suaminya Shuib turut memohon agar semua pihak turut mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan dijauhkan daripada segala masalah.

“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”,tulis Shuib menerusi satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium  anak-anak sebelum dibawa ke hospital.

Video :

https://www.instagram.com/p/CSJ8Db-B7qx/?utm_source=ig_web_copy_link

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus mavt tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber – K! ONLINE.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.