Sufian Suhaimi rasa macam sedia untuk berumah tangga.

NAMA Sufian Suhaimi tidak pernah lekang dengan lagu genre cinta.

Kronologi lagu-lagu bertema cinta dihasilkan seolah-olah menggambarkan kehidupannya yang sepi tanpa adanya cinta.

Setahun tanpa single baharu, dia kini tampil dengan lagu Cinta Tak Bertepi dengan video lirik lagu terbabit dimuat naik di saluran YouTube Aries Music bermula 26 Julai lalu.Menikmati lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik Wan Saleh itu tentunya mengundang cakap-cakap Sufian, 29, mendambakan kehadiran seorang wanita bagi mengisi kekosongan hatinya.

Sekali lagi, Sufian menegaskan bahawa karya itu bukanlah mengenai kehidupan peribadinya.

“Lagu ini bukan berkenaan kisah cinta saya. Ia berkenaan perasaan saya yang diluahkan untuk pendengar muzik kita.Ia berkaitan sama ada saya masih di hati pendengar atau sebaliknya,” katanya membuka cerita. Bagaimanapun, Sufian mengakui dirinya memerlukan seorang teman hidup sebagai tempat untuk berkongsi rasa dan cerita.

“Ya, saya tak berselindung menantikan kehadiran teman hidup. Tak tahulah kerana pandemik Covid-19 buatkan saya rasa begini. Mungkin sebab banyak cerita orang yang semakin ramai berkahwin ketika pandemik ini, jadi rasa nak tamatkan zaman bujang itu ada.

“Tapi saya belum lagi ada jodoh. Saya sentiasa berdoa moga dikurniakan jodoh serta mohon peminat doakan saya dapat jodoh yang baik untuk diri dan keluarga,” katanya.

Pernah melalui episod sedih putus tunang dengan seorang pelakon popular, Sufian akan terus berkahwin sekiranya bertemu pasangan yang sesuai.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh memang saya nak terus kahwin. Apapun saya kena hati-hati dan kenali hati budinya dulu kerana kita nak cari pasangan hidup yang kekal selamanya.

“Mestilah saya nak yang serasi dan ada sefahaman. Lagi elok kalau keluarga dapat kenal juga. Namun, dalam situasi sekarang, saya sendiri pun tak boleh rentas negeri nak jumpa keluarga di Johor,” katanya.

Sementara itu, Sufian gembira video lirik lagu Cinta Tak Bertepi sehingga kini sudah mendapat lebih 135,271 tontonan.

Baginya jumlah tontonan ini sudah cukup menggembirakan kerana lagu itu dilancarkan dalam keadaan penuh kekangan dek pandemik Covid-19 selepas kali terakhir tampil dengan single Janji yang mencecah 10 juta tontonan.

Sebagai kesinambungan kepada kehadiran lagu ini, Sufian turut membuat perancangan untuk mengadakan persembahan secara virtual untuk peminat-peminatnya.

Video lirik Cinta Tak Bertepi boleh ditonton di YouTube rasmi Aries Music dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, i-Tunes, Deezer dan KkBox.

Perniagaan semakin maju.

Sufian yang mengeluarkan Zikir Pillow kini rancak mempromosi produk baharu, Guitar Pillow iaitu kerjasama babypian.hq X Haqiem Rusli.

“Idea asal buat Guitar Pillow ini datangnya daripada Zikir Pillow yang saya hadiahkan untuk anak angkat. Selain zikir, ada juga ayat al-Quran. Bila ramai orang suka produk ini, saya fikir untuk pelbagaikan lagi.

“Selain daripada suara saya, ada juga suara Haqiem berzikir dan trak zikir kami bersama. Kami memang kawan rapat dalam industri muzik,” katanya.

Dia bersyukur perniagaannya masih boleh beroperasi dan kakitangannya masih dapat bekerja.

“Tiada yang terpaksa dihentikan. Bahkan waktu pandemik kita ada ambil beberapa kakitangan baru. Saya gembira dengan adanya perniagaan dapat berikan sesuatu kepada masyarakat,” katanya.

Sufian kini turut mengembangkan sayap sebagai pelakon apabila membintangi drama bersiri 20 episod berjudul Kampung Kolestrol arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

Keluarga besar 24 beradik tinggal satu rumah bikin terlajak meriah. Unik bila semuanya sekolah pondok dan terlibat dengan pertandingan hafazan sampai ke peringkat ini.

Kehadiran cahaya mata sememangnya dianggap sebagai penyeri dalam sesebuah rumah tangga. Bayangkan pula pasangan yang dikurniakan bilangan anak yang ramai, sudah tentu riuh rendah rumah dengan tel4tah dan gelagat masing-masing. Begitu juga dengan keluarga pemuda ini yang mana dia dikurniakan adik beradik yang ramai iaitu 24 orang!

Adik bongsu Mukmin yang berusia 12 tahun menjadi johan hafazan Al-Quran 10 juz peringkat negeri Terengganu 2021 dan menjadi perserta paling muda yang menyertainya.

Perkongsian satu video yang dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok mengundang perhatian warganet apabila meraih 1.1 juta jumlah tontonan. Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Mukmin Jalaluddin Al Muttaqi berkata kesemua 24 adik beradiknya itu adalah daripada dua orang ibu dan sebapa.

“Saya merupakan anak kelima daripada 24 adik beradik dan kami mempunyai dua ibu. Ibu pertama ada 15 orang anak dan ibu kedua pula sembilan orang anak. Kini usia kami semua dalam lingkungan 35 tahun hingga yang bongsu berusia 12 tahun,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.

Menariknya, menurut pemuda yang senang disapa sebagai Mukmin ini, kesemua mereka tinggal di dalam sebuah rumah yang sama yang dibuat dua bahagian. “Walaupun situasi p4ndem1k, keluarga kami tetap meriah. Yang bujang dan yang masih kecil semua duduk di rumah sama, kecuali ada dua orang adik beradik tinggal di negeri lain. Adik beradik yang dah berkahwin pun tinggal di kawasan berdekatan rumah kami, hanya ambil masa kurang 15 minit saja.

“Hari-hari memang meriah, tapi kalau raya, lagilah meriah. Tak payah tunggu saudara mara datang pun adik beradik sendiri dah ramai. Selalunya kalau bab warna tema baju raya, kami ada dua warna. Begitu juga juadah raya… semuanya atas ibu. Biasanya masak jenis yang berlainan dan kita bertukar-tukar,” ujarnya yang menetap di Dungun, Terengganu.

Bercerita lebih lanjut, Mukmin berkata antara ‘kesvlitan’ yang dihadapi apabila mempunyai adik beradik ramai dirinya adalah sering tertukar nama atau kedudukan adik beradik sendiri. “Ada antara kami yang diberi nama panjang macam saya sendiri… itu memang sus4hlah nak ingat lebih-lebih lagi kalau spontan ditanya. Begitu juga kalau orang tanya ni adik yang ini, yang itu nombor berapa?

Sebahagian adik beradik lelaki Mukmin bersama bapa mereka.

“Ayah saya sendiri pun kadang-kadang tertukar nama anak sendiri atau terkel1ru kedudukan kami adik beradik,” ujarnya ketawa kecil. Sebagaimana yang dihadapi individu lain yang mempunyai bilangan adik beradik ramai, Mukmin turut mengakui dia sendiri pernah berdepan dengan situasi di mana orang akan terkesim4 apabila mengetahui jumlah adik beradiknya.

“Reaksi terkejut atau terkesima itu benda biasa. Boleh dikatakan 99 peratus orang yang jumpa akan beri reaksi sedemikian. Tapi pernah juga banyak kali berdepan situasi tak enak seperti diperli sampai kaitkan ibu bapa kita pula. Lebih-lebih lagi adik beradik kami ramai yang memilih untuk tidak mengikuti pendidikan di sekolah formal.

Ada antara kami yang diberi nama panjang macam saya sendiri… itu memang sus4hlah nak ingat lebih-lebih lagi kalau spontan ditanya.

“Ada dua orang yang habis belajar hingga darjah enam, ada yang setakat darjah empat. Namun kami semua ‘home school’ iaitu diajar oleh ibu sendiri. Kemudian majoriti adik beradik lebih cenderung bersekolah pondok. Bukan ayah tak mampu, tapi kami yang cenderung ke arah itu. Kebanyakannya termasuk saya belajar dekat pondok di Thailand, tapi sekarang sebab p4ndem1k, semua ada dekat Terengganu saja. Alhamdulillah, dua daripada kami pernah wakil hingga ke peringkat antarabangsa dan ramai yang wakil peringkat negeri dalam pertandingan hafazan,” ujarnya lagi.

Mukmin (kanan) ketika mula-mula mahu menceburkan diri dalam dunia bisnes.

Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular, Mukmin yang kini menjalankan bisnes sendiri berkata dia sekadar suka-suka berkongsi di media sosial sebagai kenangan.

“Biasalah, ramai yang terkejut dan tanya salasilah keluarga. Tapi rupa-rupanya ramai juga yang ada adik beradik ramai, ada belasan dan ada juga hampir 30 orang sebab daripada tiga ibu.

“Apa pun pada pendapat saya, penerimaan masyarakat pada ketika ini lebih positif berbanding zaman saya kecil dulu. Pernah je ada yang tanya ayah, takkan semua anak nak jadi ustaz? Mereka bimbang masa depan kami tak terjamin.

“Bukan saya nak menidakkan sijil sekolah atau pendidikan formal, tapi kita perlu lihat dunia ini daripada perspektif lebih luas dan bersifat terbuka. InsyaAllah bab rezeki, syarat utamanya adalah kena rajin. Itu saja,” katanya lagi.

Komen warganet:

Sumber: Mstar

Ada pula wanita datang ketuk cermin kereta sambil dukung anak. Rupanya ini yang keluarga ini ingin minta.

Seperti yang kita sedia maklum, nak hidup pada zaman sekarang semuanya perlukan duit dan masih ramai dikalangan orang kita yang menghadapi masalah yang melibatkan kewangan. Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang individu dikenali sebagai Pe Chey di facebook yang meraih lebih 3 ribu tanda suka dan lebih seribu perkongsian.

Kisah ini berlaku ketika lelaki ini menghampiri keretanya, dia didatangi oleh seorang wanita mendukung anak yang mengetuk-ngetuk cermin kereta. Di bawah ini adalah perkongisan beliau yang mendapat perhatian warganet.

” Bang, minta maaf, boleh tak belikan saya susu anak dengan beras? Saya tak ada duit bang. anak menangis lapar. ” Seelok sahaja aku hampiri kereta, usai belikan barang untuk asnaf, seorang wanita mendukung anak, mengetuk cermin kereta. Isteri ketakutan. Dia ingatkan sindiket apa. Mana suami adik? Meh-meh ikut abang masuk Ecornmart. Meh beli apa perlu.”

Wanita Ketuk-ketuk Cermin Kereta Sambil Dukung Anak, Lepas Itu Muncul Suaminya Datang Dengan Wajah Malu-malu. Suaminya keluar daripada kereta. Malu-malu dia. Ketara muka orang bermasalah. Banyak memikir mungkin. Kita golongan marhaen.

” Kau kerja apa dik? Ada kerja lagi tak ?”. ” Saya kelindan lori bang. Takde trip jauh bila PKP ni. Gaji pun banyak lari. Maaf bang menyusahkan.” ” Tak apa, kau masuk, abang tunggu kat kaunter. Ambiklah apa perlu.” Dia segera masuk. Di tangannya, ada sekampit beras 10 kilo dan paket susu anak. ” Bang, boleh saya ambil pampers anak satu?” ” Ambik dik, tak apa.” Aku ambilkan sepaket cokelat KitKat. Anaknya 2 orang ada dalam kereta. Kecil lagi.

Masa kat kaunter nak bayar, ” Bang, saya ada banyak ni je, ambillah. ” Dia tunjukkan not sepuluh ringgit pada aku. ” Tak apa. Kau simpan. Guna elok-elok.” ” Terima kasih bang. Besar jasa abang tolong ni. Nanti saya gaji, saya bayar. Bagi nombor telefon abang. ”

” Tak payah dik. Ini abang bayar guna duit Dana Kita. Kau doakan penyumbang dan abang murah rezeki. Abang NGO Dana Kita dik.” Sambil aku tunjukkan di telefon, apa tu Dana Kita. Dia mengangguk. Mukanya berubah. ” Ya Allah bang, memang tuhan jumpakan kita.” ” Ye dik, kau jumpa orang yang betul hari ni.’

Aku lambai anaknya sambil suakan paket KitKat. Anaknya berebut sambil ketawa. Ini kisah benar yang berlaku petang tadi. Ajaib. Tuhan pertemukan aku dengan mereka yang terdesak hidupnya. Mereka kadangnya tak tahu kat mana nak mintak bantu. Sedihnya.

Inilah aku, cikgu Mohd Fadli Salleh dan semua AJK Dana Kita lakukan sepanjang PKPB ini. Kami bergerak setiap hari tanpa henti. Ada kisah yang sempat kami kongsikan dengan kalian, ada yang tak sempat nak dikarang. Kami kena bantu mana yang termampu. Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Maybank, 564221646925. Seringgit daripada anda sangatlah bermakna. Sumber: Facebook Pe Chey

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.