Suhaimi Saad lahir rasa hormat pada guru yang tolak vksin. Tapi boleh pula dia gelarkan orang yang sudah ambil vksin dengan gelaran ini sampai buatkan ramai yang tak puas hati.

Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad meluahkan rasa hormat terhadap 779 orang guru di negeri Johor yang menolak untuk menerima vksin C0vd 19. Suhaimi atau Mosus di laman sosial Instagramnya telah memuat naik hantaran bertulis; hanya orang bodoh yang akan mematuhi peraturan bodoh.

Malah, menerusi ruangan kapsyen suami kepada Ina Naim ini turut mendoakan guru-guru tersebut dipermudahkan urusan mereka. Daripada penulisan tersebut Suhaimi juga seolah-olah menggelarkan individu yang sudah mengambil vksin sebagai lembu.
Cikgu bukan orang orang bodoh macam kebanyakan warganet lembu,” tulisnya.
Sebelum itu, Suhaimi telah memuat naik tangkap layar berita mengenai Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang mahu bertemu dengan 779 guru menolak vksin. “Uishh..ramai tu…Kalau cikgu 779 tolak, murid tak tahu la berapa pulak. Kenapa la cikgu-cikgu ni nak tolak benda yang halal, suci dan selamat eh.“Musykil jugak,” katanya sinis sambil menyertakan tanda pagar #tolakvksin.
Perkongsian :

https://www.instagram.com/p/CS3nQlhhSLF/?utm_source=ig_embed&ig_rid=24bec5df-0231-49e6-b764-19a4c5076473

Terdahulu media melaporkan seramai 779 guru di negeri Johor menolak untuk menerima vksin C0vd 19.Turut dilaporkan guru-guru tersebut akan dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk diberikan penerangan mengenai kepentingan vksin supaya golongan terbabit menerimanya. Laporan berita tersebut turut mendapat perhatian TMJ, Tunku Ismail Ibrahim yang bertitah akan bertemu Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru menolak untuk menerima vksin C0vd 19, bagi mencari penyelesaian isu itu.
Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat. “Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.”Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam ciapan berkenaan. Sumber : Gempak

Lebih 700 cikgu yang tolak vksin. Sekali TMJ tampil dedahkan tindakannya buat ramai yang terkejut.

Dewan Undangan Negeri hari ini dimaklumkan bahawa seramai 779 guru di negeri ini menolak untuk menerima vksin C0VD 19. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang. Justeru, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan kepada kumpulan guru terbabit mengenai kebaikan vksin supaya mereka sedia menerima svntikan.

 

 

 

 

 

 

 

“Kerajaan Johor akan memanggil lebih 700 guru yang menolak vksin itu secara individu bagi diberi penerangan dan kaunseling supaya mereka faham kepentingannya apatah lagi sesi persekolahan dijangka dibuka Oktober nanti. Hingga 19 Ogos lalu, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor sudah menerima dos pertama vksin C0VID-19. Seramai 23,746 guru sudah lengkap kedua-dua dos svntikan vksin.

“Bagi anggota kumpulan pelaksana (AKP) pula, seramai 6,539 atau 91.43 peratus sudah menerima dos pertama dan seramai 2,816 pula atau 39.37 peratus sudah lengkap kedua-dua d.os. Bagi staf sokongan operasi pula, seramai 9,236 atau 71.49 peratus sudah menerima d.os pertama dan seramai 7,030 atau 54.42 peratus lagi sudah lengkap kedua-dua dos s.untikan v.aksin,” katanya menjawab soalan tambahan Nor Hayati Bachok (Amanah- Maharani) berkenaan kadar v.aksinasi guru di negeri ini dalam persidangan DUN Johor, hari ini.

TMJ mahu jumpa

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan kira-kira 779 guru yang menolak menerima vksin C0vid-19, bagi mencari penyelesaian i.su itu. Tunku Ismail menerusi dua ciapan di akaun Twitter baginda hari ini bertitah, pertemuan itu akan diadakan dalam masa terdekat. “Keutamaan kami adalah untuk mengatasi p.andemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Insya Allah kita boleh selesaikan masalah ini dengan cara berhemah,” titah baginda dalam ciapan berkenaan.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan apabila seorang warganet berkongsi laporan berita Harian Metro berkenaan seramai 779 guru di Johor menolak untuk menerima v.aksin C0vid 19. Kredit : HM

Ramai yang luah rasa bangga dengan sifat dua individu ini. Kini TMJ tampil nak taja Umrah dan sesuatu ini sampaikan buat Ebit Lew rasa cukup malu.

” Sebak dapat berjumpa TMJ. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan.” Demikian perkongsian pendakwah terkenal, Ebit Lew melahirkan rasa terharu apabila DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenan menerima mengadap dirinya hari ini.

Menerusi perkongsian di Iaman sosial peribadinya, Ebit Lew dilihat berbual mesra dengan TMJ di istana. Umum sedia maklum, nama TMJ sering menjadi bualan hangat warganet. Ini kerana baginda suka berkongsi hal semasa dan menjawab soalan rakyat di laman Instagram.

TMJ hadiahkan RM200 ribu, taja pergi umrah

Ebit Lew dalam perkongsian di laman Instagramnya turut berkongsi bahawa TMJ juga menghadiahkan RM200,000 bagi misi kebajikan yang diusahakan oleh pendakwah terkenal itu.” Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tuanku juga ingin taja semua ‘team’ saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam kembara Johor.

” Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh rakyat Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam, mendidik anak muda dan naikkan institusi pendidikan,” tulisnya. Ebit Lew turut memaklumkan bahawa Tunku Ismail kerap memberi semangat kepadanya sejak mula melakukan kerja kebajikan.

Ebit Lew malu sangat, TMJ layan dia macam kawan

” Saya malu sangat. Terharu akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sedangkan saya orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan TMJ selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga. Kata beliau yang paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tetapi berjaya,” katanya.

” Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ. Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” tulis Ebit Lew.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat pertemuan kedua-dua individu yang sentiasa berada di hadapan dalam membantu golongan kurang bernasib baik ini. Ebit Lew pastinya akan dikenang sebagai individu luar biasa dalam menyalurkan bantuan kepada setiap golongan susah di seluruh pelusuk negara. Sementara TMJ pula pastinya akan diingati sebagai seorang anak raja yang sering menyantuni rakyatnya terutama di negeri Johor dan menghulurkan sumbangan peribadi. ” Ustaz telah buka ramai mata pemimpin. Harap lepasni ramai ahli politik, menteri2 boleh bekerja sama dgn ustaz. Tahniah ustaz. Kami sayang ustaz” tulis Safiq.

Sumber: Trending Sangat

Sahabat Ebit Lew tampil dedahkan salah satu sifat Ebit.

Saya antara sahabat yang menyaksikan Ebit Lew, orang yang betul-betul susah miskin, dihn4, dikenakan, diketawakan. Kemudian, Allah takdirkan kekayaan datang kepadanya yang bukan sedikit. Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu itu kisah 14 tahun dulu masing-masing belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang.

Dulu kami kerja selang satu meja waktu di Company Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ini antara yang selalu datang kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat. Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sangat. Saya beli barang-barang hiasan, dan hias dengan bunga-bunga warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja.

Ustaz Ebit ini tiada satu hari tidak sembang kisah Nabi. Kalau dengar Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah para sahabat. Bila dia ada masalah, dia datang cari saya dan terus cerita pung pang pung pang apa orang kvtvk dia. Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni mendirikan rumah tangga. Kemudian dia keluar dengan jemaah tabligh, dia call saya kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya.

Saya pilih dan minta kedai gubahkan dengan sangat cantik. Tak lama saya terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dengan senyum manis. Ya tuhan, hati saya sangat berbunga. Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup-cukup.

Kata dia, “Cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati. Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian-sekian tempat.. saya tanya dia.. “Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit.. Nanti macam mana kalau duit habis?” (soalan saya 14 tahun dulu waktu tak faham hakikat memberi) dan saya tahu dia memang tak ada duit. Ebit jawab.. “Takpe Laila.. Keluar je jemaah dulu.. Nanti Allah ganti”

Dulu keretanya buruk sangat. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Orang ketawakan dia. Kawan-kawan kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni.. lembik.. Sapa nak dengar cakap ko.. Sapa nak dengar ko ceramah.. Tak laku”. Memang orang kenakan dia cukup-cukup, ketawakan dia cukup-cukup..

Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yang dia nak buka 10 cawangan tahun lepas. Akhirnya Allah makbulkan dalam 2 bulan. Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam-macam perancangan dia yang dia bagitahu saya, Allah bagi semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah!

Sampai kes orang sakit hati, vgut ke.. Tu perkara biasa. Sampai dia kata, kadang Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah. Tapi saya tahu, tu kata-kata saja. Kata-kata orang yang letih sangat berjuang dengan karenah pelbagai pihak tapi cintanya pada usaha dakwah Nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah.

Lailaha illa Allah tu tak pernah dilupakan walaupun sekejap. Amalan dia yang saya takkan lupa yang saya tengok di ofis selama 4 tahun tiap2 hari tanpa gagal. Rajin sangat berusaha, Qailulah, Cara tidur ikut sunnah Nabi, Selalu belanja kami, Senyum setiap hari, Nangis bila berdoa, Dhuha 6 rakaat dan lebih, Solat jemaah & bersiap awal ke Masjid tanpa gagal, Berbuat baik dengan isteri tanpa gagal, Amalan memberi hadiah buat isteri, Berbuat baik dengan mak ayah, adik beradik, Keluar dakwah, Amalan doa khusus dan macam-macam lagi. Nampak macam biasa-biasa… Kita pun tahu amalan tu.. Tapi dia ada amalan memaafkan orang dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.. Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.