Sulam Bedak Tak Sah Bawa Solat, Safiey Illias Minta Wanita Muslimah Tak Tertipu – “Proses Dia Macam Buat Tatu ..”

Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Illias tampil menjelaskan mengenai sulam bedak sama ada mesra wuduk untuk wanita beragama Islam bawa ketika bersolat.

Safiey, 27, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias berkata sulam bedak tidak sah kerana proses yang dilakukan sama seperti membuat tatu dan warnanya akan kekal selama tiga hingga enam bulan.