Reaksi Nourul Wahab Bertukar Bila Tengok Adik Ini – “Kalau Jumpa Adik Ni, Auntie Sunatkan Sekali Lagi,”

Penyanyi Nourul Wahab ada memberikan reaksinya berhubung isu satu video bercumbu yang kini diperkatakan ramai di media sosial sejak Khamis.

Menurut Nourul, tindakan remaja lelaki berkenaan disifatkan agak keterlaluan dan harus diberikan pengajaran.

“Auntie kalau jumpa adik ni, auntie sunatkan sekali lagi!

“Gatai no dia nak cium-cium anak dara orang no. Biasa tu. Tau la handsome.

“Jangan nak dok gedik viral sangat. Mai sini auntie talbiah kat telinga tu. Gatai no,” tulisnya.

Reaksi tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Kerana Terluka itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan bintang berkenaan.

Sumber: Twitter Nourul Depp