Caprice sedia susun strategi. Kali ni tak mahu ulang kesilapan ikut emosi.

Caprice berkongsi perkara itu menerusi video di Instastory. Hampir 40 hari mengikuti misi kemanusiaan untuk Gz4, penyanyi rap Caprice terus dihimpit tekanan yang belum diketahui puncanya. Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, perjuangan demi ummah yang dilaungkannya selama ini seolah-olah memakan diri selepas terdedah dengan pelbagai maklumat penting.

“Waktu sukar untuk saya… yang betul-betul memakan diri kita apabila mempunyai semua maklumat, kebenaran dan bebanan atas bahu tapi terpaksa berdiam sementara. Setiap hari saya di sini, saya bertemu dengan beberapa orang penting yang mahu saya kongsikan kebenaran. Sebab ia bukan saja beri kesan kepada Palestin tapi Malaysia juga,” katanya menerusi perkongsian terkini di Instagram.Untuk rekod Caprice berangkat ke Cairo, Ms1r pada 23 Jun lalu dan dia kini masih berada di sana bagi meneruskan misinya seorang diri. Caprice pernah cuba untuk mengadakan sesi Instagram live pada 21 Julai lalu untuk membuat beberapa pendedahan yang didkwa penting namun terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan. Dia juga pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat teguran terbuka kepada personaliti dakwah, Ebit Lew berhubung misi ke Gz4. Mengulas lanjut mengenai maklumat yang terus menghantui hidupnya itu, Caprice berkata dia sedang menyusun strategi sebelum membuat sebarang pendedahan.

Kita fikir pergi Cairo dan Gz4, bantu orang Plst1n, buat sesuatu yang baik dan pulang.

“Saya tidak mahu ulang kesilapan yang sama dalam keadaan emosi dan gila. Tapi waktu sekarang, saya perlu susun strategi betul-betul. Susun pelvrv, lain kali saya temb4k ia menjadi logik. Ramai suruh saya buat kerja dengan cepat, buat video… tapi ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Sementara itu, Caprice mengakui dia tidak menjangka misinya ke Gz4, Plst1n akan menjadi lebih serius malah buat pertama kali dia menangis memohon agar Allah membuang bebanan yang ditanggungnya.

“Sejujurnya saya tak jangka misi ini menjadi sedalam ini. Kita fikir pergi Cairo dan Gz4, bantu orang Plst1n, buat sesuatu yang baik dan pulang. Saya percaya ini kali pertama saya sujud dan menangis memohon agar Allah membuang bebanan atas bahu saya tapi ml4ngnya ia masih ada. Dalam hati saya, ini adalah bebanan yang perlu saya bawa dan tamatkan. Jujurnya, banyak pintu sudah buka di negara ini untuk saya dari Malaysia. Bagi saya, kita kena usaha lagi Insya-Allah kalau tiada pintu lagi, saya akan pulang,” katanya. Sumber : Mstar

Caprice ulas isu soal kedudukan Ordinan Darurat. Sekali sempat pula dia sindir seseorang ini.

Ibarat memulangkan paku buah keras, penyanyi rap Caprice sempat menempelak sekumpulan artis yang memerlinya ketika berlaku kontroversi baru-baru ini. Caprice menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) berkata, dia akan membawa pulang air zam-zam, keychain dan piramid kepada artis-artis yang telah mengirimnya.

“Saya pernah terlepas cakap dekat satu IG Live dengan penuh emosi yang saya takkan balik Malaysia selagi kerajaan tak tukar. Tapi ada artis yang buat lawak, yang nak kirim air zam-zamlah, keychain piramidlah…Hang tunggu sat tak lama lagi ceq (saya) akan bawak satu piramid turun Malaysia,” tempelaknya.

Sebelum itu, menerusi rakaman ‘What Is On The News Today’ Caprice telah menyentuh tentang isu mengenai pembatalan darurat yang tidak mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Terdahulu media telah mengeluarkan Kenyataan penuh Istana Negara mengenai kedudukan Ordinan Darurat.

Baginda telah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu, apabila Kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan Baginda.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun, semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

“Caprice Tolong Saya Beli P4tung Fir4aun Ek”-Zizan

Terdahulu Sharnaaz sempat live ig dengan beberapa rakan artis buat ramai terhibur. Zizan dalam nada bergurau sempat pesan kepada Caprice untuk belikan p4tung fir4aun kerana Caprice berkemungkinan akan balik melalui Egypt. Namun apa yang buat ramai berdekah, Shukri Yahya telah kirim Caprice air zamzam sampai kena b4han dengan Zizan. “Air zam zam tu dekat mekah, Shuk jangan macam ni. Tak tengok Jejak Rasul ke” balas Zizan

Video :