Selamba je syarikat ni minta pekerja berbaju lengan panjang untuk sorok gelang pink. Siap nak pecat perkerja lagi kalau ada yang report.

Semalam, negara kita sekali lagi mencatatkan rekod kes harian jangkitan COVID-19 tertinggi selepas sebanyak 23,564 kes direkodkan. Difahamkan, dengan peningkatan tersebut, angka keseluruhan kes positif Malaysia kini adalah 1,513,024.

Peningkatan kes harian itu menimbulkan kerisauan ramai. Pun begitu, masih ada juga sesetengah individu yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Lebih parah, pihak terbabit dikatakan telah mengarah para pekerjanya yang sedang menjalani tempoh kuarantin untuk bekerja meskipun sedang memakai gelang pink.

Menurut The Vocket yang memetik perkongsian di laman sosial Facebook, satu screenshot telah tular dimana pekerja sebuah syarikat diminta untuk memakai baju lengan panjang ketika ke pejabat untuk menyorokkan gelang kuarantin yang dipakai. Difahamkan, perbuatan terbabit bertujuan untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Tidak cukup dengan itu, arahan terbabit turut diikuti dengan satu peringatan dimana mana-mana pekerja yang melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa akan dibuang kerja berkuat-kuasa serta-merta.

Memetik World of Buzz, admin kumpulan Facebook terbabit menjelaskan bagi pihak warganet yang enggan dikenali bahawa syarikat berkenaan dipaksa untuk tutup sementara selepas ramai pekerjanya disahkan positif wabak COVID-19.

Dikhabarkan, syarikat terbabit mempunyai 200 orang pekerja dan 126 daripadanya dikatakan telah disahkan positif wabak maut itu. Manakala, 70 pekerja yang lain telah dipakaikan gelang pink dan diminta untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah.

Dalam pada itu, difahamkan, 4 orang pekerja syarikat terbabit sudah pergimenghadap illahi selepas disahkan positif COVID-19. Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu sudah menerima 2.5 ribu reaksi warganet dan sudah dikongsikan sebanyak 1.5 ribu kali. Rata-rata pengguna laman sosial berang dengan tindakan syarikat terbabit. Malah, ada juga yang meminta supaya nama syarikat tersebut dikongsikan kepad umum.

Boleh pula saran pesakit positif covd 19 untuk keluar rumah hirup oksigen. Sekali ini yang warganet buat.

Sudah beberapa minggu kes positif harian Covid-19 di Malaysia melebihi angka 20,000 kes. Sudah tentu ramai yang khuatir dan merasakan wabak tersebut semakin menular di sekeliling kita. Disebabkan kes positif harian terlampau banyak, mereka yang disahkan telah dijangkiti wabak tersebut namun tidak mengalami sebarang komplikasi serius, dibenarkan melakukan kuarantin kendiri di rumah sahaja.

Keluar rumah jogging

Namun, penjagaan prosedur operasi standard (SOP) harus diperketat dan tidak dibenarkan keluar atau bergaul dengan orang yang negatif wabak di kawasan awam. Akan tetapi, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @pvncessfatin, dia telah memuat naik kembali satu video yang diperoleh dari TikTok berkenaan seorang wanita positif Covid-19 yang sewenangnya keluar berjoging di luar rumah.

Padam akaun  & video di TikTok

Menerusi video tersebut, pemilik akaun yang positif Covid-19 itu membuat pesanan supaya pesakit-pesakit Covid-19 janganlah asyik berkurung sahaja kerana kita perlukan oksigen sihat. Dia juga sempat menasihati jiran-jiran supaya tidak takut dengan pesakit Covid-19 selagi mereka tidak datang menghampiri. Walau bagaimanapun, menurut @pvncessfatin, pengguna akaun TikTok itu sudah memadam video tersebut termasuklah akaun Tiktoknya sekali selepas tindakannya mendapat kecaman ramai pihak.

Orang sekeliling harap berhati-hati

Jadi, menerusi makluman daripada orang awam di media sosial, pengguna Twitter itu telah dapat mengenalpasti lokasi tempat wanita tersebut berjoging dan meminta penduduk di kawasan tersebut lebih berhati-hati kerana bimbang berlaku jangkitan yang lebih meluas andai tidak disedari akan kehadiran mereka yang degil serta enggan mematuhi arahan yang ditetapkan.

Dekat rumah tak dapat oksigen free ke?

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meluahkan rasa geram di Twitter @pvncessfatin. Mereka juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita tersebut kerana boleh membahayakan orang lain disebabkan perangai degilnya yang mementingkan diri sendiri.

Sumber: Twitter @pvncessfatin

Lain sangat dengan Malaysia. Individu ini dedah cara China kawal Covid 19. Terkejut hanya sebab 1 kes China terus buat lockdown.

Meskipun pernah menjadi negara pertama yang menjadi punca penyebaran wabak COVID 19 ke seluruh dunia, China nampaknya kini semakin berjaya mengawal wabak tersebut dari terus merebak ke pelusuk lain di negaranya.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Vincent Lee, dia membandingkan cara pengurusan wabak COVID 19 di Malaysia dengan negara China yang jauh lebih tegas dan tersusun hingga berjaya mengekang virus itu terus merebak.

Satu kawasan jadi ‘red zone’ hanya kerana 1 kes COVID 19 

Vincent menerusi videonya telah memaparkan sebuah kawasan berisiko tinggi yang mana lockdown telah dilaksanakan di sana kerana wujud satu kes positif. Di kawasan yang menempatkan lebih 30 blok apartmen itu,

kesemua kedai-kedai yang berdekatan telah diarahkan tutup dan mereka juga mempunyai kawasan checkpoint yang mana ia menjadi satu-satunya pintu keluar masuk ke dalam kawasan itu.

Dek kerana kerajaan terlalu tegas dengan undang-undang mengekang wabak ini, penduduk di sana memang akan patuh dengan peraturan ditetapkan.

Malah tak cukup dengan itu, pihak kerajaan juga katanya akan membuat ujian COVID 19 secara berterusan di kawasan berisiko tinggi hingga mereka yakin untuk tarik semula perintah lockdown di kawasan itu. @cardevect

Video tersebut mendapat pelbagai respon warganet yang berharap kerajaan Malaysia menjadikan situasi di China sebagai contoh untuk melakukan lockdown secara betul dan dapat menurunkan kes COVID 19.

Sumber: TikTok

Apa-apapun diharapkan bukan saja kerajaan yang perlu lebih tegas dalam penetapan undang-undang berkaitan PKP, rakyat juga pada masa yang sama perlu patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Semoga negara kita pulih dari wabak ini tidak lama lagi.

Biar betul kit ujian hanya ambil masa 10 ke 15 minit untuk dapat keputusannya. Ianya akan mula dijual mulai tarikh ini dan ini cara bacaannya.

Kit ujian kendiri pantas antigen COVID-19 buatan Malaysia akan dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini, kata MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD). Memetik laporan portal Berita Harian, kit tersebut yang digelar ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19’ merupakan yang pertama dihasilkan di Malaysia. Menurut Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak, kit terbabit dapat mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung. Difahamkan, kit itu hanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk dilakukan.

“Kewujudan antigen akan ditentukan melalui jalur berwarna merah jambu atau ungu pada kit. Sekiranya sampel tidak mempunyai antigen SARS-CoV-2, tiada jalur warna yang akan muncul, jadi, hasil ujian adalah negatif. Sebagai pengawalan prosedur, jalur warna yang kelihatan pada kit mengesahkan persampelan yang betul tanpa mengira sama ada wujud atau tidak antigen SARS-CoV-2 dalam sampel,” katanya.

Menerusi hasil kajian, sebanyak 242 sampel air liur atau calitan hidung diuji dengan kit ini dan keputusannya menunjukkan sensitiviti kit ini berada pada tahap 91.23 peratus. Ketepatannya pula difahamkan adalah 100 peratus. Selain Malaysia, MeDKAD merancang untuk menembusi pasaran di negara lain di Asia, Asia Barat dan Eropah. Untuk info, Salixium juga digunakan secara meluas di Perancis, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terutama sekali di Dubai. Sumber: Berita Harian

Lepas ni tak perlu beratur panjang dan menunggu lama. KKM dedah cara ujian Covid 19 terbaru yang boleh buat sendiri di rumah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan akan memulakan ujian COVID 19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam waktu terdekat ini. Perkara tersebut dinyatakan menerusi perkongsian Twitter KKM yang juga menyatakan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaannya dan dijangka selesai minggu hadapan.

KKM akan memulakan ujian #COVID19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam waktu terdekat. Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaannya dan dijangka selesai minggu hadapan.

Menurut Astro AWANI, Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mendapati dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan COVID 19 mencapai tahap sensitiviti 90%.

Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. “MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham

Dua ujian kendiri (Rapid Antigen test) air liur telah selesai dikaji oleh IMR untuk saringan Covid-19. Kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90%. MDA sedang memperincikan panduan pengunaan dan InshaAllah akan selesai minggu depan.

Pada Mei lepas, Noor Hisham juga memaklumkan terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian tersebut untuk dijual di farmasi tempatan. Menerusi penggunaan kit ujian air liur itu juga, individu tak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk buat saringan awal bagi kesan COVID 19. Semoga usaha DG Hisham membawa hasil yang baik kepada kita semua.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.