Syed Saddiq kekal mengaku tidak bersalah atas tuduhan ubah wang haram RM100 ribu.

Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan pengakuan tidak bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000.Ahli parlimen Muar mengulangi pernyataannya itu ketika pengakuannya direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Suzana Hussin pagi ini.

Hari ini, ditetapkan untuk sebutan semula dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berikutan pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Pada 5 Ogos, bekas ketua Armada Bersatu itu dikenakan dua pertuduhan pengubahan wang haram. Dia mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan dengan tuduhan berkenaan akan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mengikut dua pertuduhan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dia dituduh terlibat dalam pemindahan dana itu dua kali pada 16 dan 19 Jun 2018.

Di bawah Seksyen 4(1) akta ini jika sabit kesalahan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Pada setiap kejadian di Maybank Islamic Berhad, Taman Perling di Johor Bahru, Syed Saddiq dituduh telah memindahkan RM50,000 dari akaun Maybank Islamic Berhad ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera.

Pihak pendakwaan meminta pemindahan kes itu supaya dua tuduhan Syed Saddiq bersubahat dapat didengar bersama-sama dengan dua tuduhan penyelewengan lain yang melibatkan dana sebanyak RM1.12 juta daripada Bersatu. 

Kedua-dua tuduhan penyelewengan itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ketika ditemui media selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, peguam Syed Saddiq, Haijan Omar mengesahkan hasil prosiding di hadapan hakim Suzana.

Peguam menjelaskan Suzana juga menetapkan 30 November untuk sebutan semula kes, sementara menunggu keputusan pendengaran permohonan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguam kepada Syed Saddiq, Haijan Omar berkata ia selepas permohonan pemindahan dua kes anak guamnya didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 25 November nanti.Pada 22 Julai lalu, Syed Saddiq yang dihadapkan ke mahkamah, tidak mengaku bersalah atas dua tuduhan menyalah guna dana Armada berjumlah RM1.12 juta ketika menjadi ketua sayap pemuda Bersatu itu.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM330,000.

Sumber: Malaysia Kini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

TMJ baru saja label Drama Queen pada Syed Saddiq. Sekali Syed Saddiq umum jumlah wang sumbangan yang dia peroleh.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melabel Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai ‘drama queen’ selepas Ahli Parlimen Muar itu memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Tunku Ismail memuat naik komen itu di akaun Instagramnya merujuk laporan portal media berkaitan Syed Saddiq memohon simpati bagi membayar ikat jamin sebagaimana dper1nt4hkan oleh Mhkm4h Seksyen Kuala Lumpur semalam. Menurut komen Tunku Ismail itu, baginda bersimpati dengan rakyat yang dikatakan sentiasa menjadi mngs4 permainan politik.

“Drama queen. Kesian Rakyat yang sentiasa jadi mngs4 permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa. Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah SWT peliharakan rakyat dan negara,” titah Tunku Ismail dalam Instagram miliknya malam tadi.

Terdahulu, Syed Saddiq dalam sesi siaran langsung memohon sumbangan ramai bagi melunaskan ikat jamin serta membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah membabitkan dirinya. Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, dia mempunyai tempoh sehingga Selasa ini untuk menjelaskan ikat jamin berkenaan.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti, ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya. Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mhkm4h dan hk1m. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda. Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” katanya.

Semalam, Syed Saddiq berdepan tdvhan pech amn4h jny4h melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bagaimana pun beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Syed Saddiq umum jumlah sumbangan

I owe my life to Malaysia. 24jam. RM715,573.77. 9836 penyumbang. Thank you. Thank you. Thank you. I am forever indebted. I will never stop until we succeed to build a Malaysia for all Malaysians. A Malaysia where every Malaysian can proudly call HOME. Our HOME.

Saya tutup fundraising kerana dana untuk bayaran bail/wang jaminan sudah lebih mencukupi. Petang tadi, ada pakcik datang ke pejabat saya. Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM10 ke saya. I felt like crying. It’s in moment like this, i am reminded why i joined Politics.

Bukan kerana jawatan atau wang, tetapi untuk membina Malaysia yang maju & bermaruah. Lagi mereka tekan, lagi saya akan lawan. No threats. No intimidation. No offers will ever weaken my resolve to put Malaysia1st. Saya di sini kerana rakyat. Jatuh bangun di tangan rakyat. Terima kasih. Saya terhutang budi kepada semua.

Sumber : Limauasamboi.pw

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.