Alhamdulillah Syida Melvin dedah berita gembira. Lepas hampir 2 tahun kelahiran anak sulung kini dikurniakan lagi rezeki.

Pelakon Syida Melvin mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandvngannya kini memasuki minggu yang ke-26. Perkara tersebut dimaklumkan adik kepada Syatilla Melvin ini menerusi satu perkongsian yang dibuat di Instagram beberapa hari lalu. Syida, 24, atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, berkongsi foto sejurus selesai melakukan pemeriksaan kandvngan di sebuah hospital.

“Harini, setelah 1 tahun 7 bulan lepas kelahiran anak sulungku @safasafeera kami kembali ke tempat bersejarah ni. Tak tau kenapa masuk2 ja hospital tadi utk checkup, terus rasa sejuk kaki tangan. Sebab teringatkan moment beranak last year Feb20. Whatever it is, itulah moment yg paling Cda rindu & suka sangat. Kalini Cda buat checkup dgn Doc @drimeldabalchin sama macam dekat Pia dulu. Hampa tolong doakan semua nya berjalan lancar ok? #26weekspregnancy,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para pengikutnya turut menzahirkan dedikasi tahniah dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan. Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut berkongsi foto imbasan (ultrabunyi) 3D di Insta Stories dengan kapsyen ‘3 months to go! Assalamualaikum Baby Adik.’

Imbas kembali, Syida mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 32, yang juga anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarh4m Datuk Dr Maznah Hamid pada Januari 2019. Anak perempuan sulung mereka, sulung, Safa Safeera pada 20 Februari 2020. Foto: Instagram Syida Melvin Sumber : MH

Namak macam dah hamil. Ramai yang ucapkan tahniah lepas Neelofa muat naik gambar nampak macam mengandung. 

Jika sudah namanya Neelofa, apa sahaja dilakukannya pasti akan mengundang perhatian ramai. Terbaharu, selebriti berniqab itu menarik perhatian ramai menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak beriisi seperti wanita yang sudah berbadan dua.

Dakwaan tersebut timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari memuat naik sekeping gambar mereka berdua. Menerusi foto yang memaparkan bekas pengacara MeleTOP itu disisinya suaminya, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat menuai pujian ramai.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan ‘baby bvmp’, sementelah sudah lebih tiga bulan bergelar isteri. “Baby bvmp. Alhamdulillah jika betul,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Wah, nampak maca pregnant (mengandung),” celah seorang lagi pengikut. Komen tersebut turut disambut beberapa peminat lain yang menyifatkan busana jenama berkenaan sesuai untuk dipakai wanita hamiil.

“Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisii tu,” tulis seorang pengikut. Ura-ura pemilik empayar jenama Naelofar itu hamiil telah hAngat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang daripada pengesahan dikeluarkan daripada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mahupun suaminya. Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan svcinya bersama pengacara Next To Neelofa itu. Sumber : KOSMO ONLINE

Lama menyepi ingatkan dah selesai kes Neelofa. Rupanya ini punca kes perbicaraan Neelofa dan suami ditunda.

Pengurusan membabitkan kes selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau sinonim digelar PU Riz yang didakwa tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), ditunda kepada 15 Julai ini, lapor Harian Metro pada Jumaat.

Peguam M Haresh yang mewakili pasangan terbabit berkata, kes itu sepatutnya disebut semula pada 23 Jun ini tetapi ditangguhkan sekali lagi oleh pihak mahkamah disebabkan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Pihak mahkamah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini (sebutan semula kes Neelofa dan suami) pada 15 Julai depan selepas kerajaan melanjutkan tempoh PKP 3.0,” katanya dihubungi hari ini.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di pusat perniagaan Nilai 3 dekat sini, 2 Mei lalu. Mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau ditahan hingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu. Noor Neelofa, 32, pula ditvduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh yang sama. Sumber : Harian Metro

Baru semalam Neelofa sumbangkan katil dekat Hospital Melaka yang berharga hampir Rm100k sekali warganet perasan benda ni pulak.

Tanpa niat dan keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, sukar untuk individu istiqamah dalam melakukan penghijrahan ke arah perkara kebaikan. Jika diperhatikan secara terperinci, setiap ibadat dalam Islam akan disertai dengan kewajipan memasang niat. Antaranya, ia terangkum dalam rukun solat, selain prasyarat supaya ibadat puasa diterima Allah SWT hatta turut dituntut ketika menunaikan zakat.

Ia dapat dikaitkan hikmah amalan memasang azam setiap kali tiba tahun baharu termasuk mengajak manusia supaya sentiasa berpegang kepada niat. Usahawan serta selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa dikatakan telah memberi sumbangan sebanyak 15 katil elektronik bagi kegunaan pesakit C0VID-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital Melaka.

Neelofa sumbang 15 katil

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir di akaun TikToknya, petugas barisan hadapan berkenaan memaklumkan bahawa Neelofa telah menyumbang sebanyak 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit-pesakit C0VID-19.

Di dalam video berkenaan, doktor itu turut mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Neelofa atas sumbangan katil yang sangat diperlvk4n pada ketika ini.

Bagi mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital Melaka dan juga rakyat negeri melaka, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Neelofa di atas sumbangan 15 buah katil untuk kegunaan pesakit C0VID-19.

Sticker Sumbangan Neelofa

Dalam pada itu, terdapat segelintir dari warganet yang mempersoalkan tanda nama Neelofa di katil berkenaan “Berkenaan Sticker Sumbangan Neelofa tu ada yg cakap itu Pihak hospital yang buat..Tolong jangan berfikiran negatif..”

‘Terima kasih Neelofa di atas sumbangan’. ‘Nampak tak Neelofa sedekah diam-diam je’ Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan berterima kasih kepada Neelofa kerana telah menyumbangkan katil berkenaan kepada pihak hospital. Malah ada juga di antara mereka yang memuji tindakan Neelofa yang bersedekah secara diam-diam.

Sumber : TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.