Akhirnya Intan Najwa Tampil Beri Penjelasan Kenapa Dia Sering Dilihat Tidak Memakai Pelitup Muka Ketika Keluar

Perkara itu nampaknya mengundang pertanyaan netizen-netizen yang hairan dengan tindakan Intan yang tidak mengenakan pelitup muka ketika berada di kawasan awam.

Isu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan merentas negeri adalah antara 3 perkara yang hangat diperkatakan dan sangat sensitif ketika ini.

Bagi mereka yang sudah mematuhi garis panduan seperti yang disarankan oleh kerajaan, agak wajar bagi mereka untuk berasa marah dan kesal jika seseorang individu itu sewenang-wenangnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Terbaharu, pelakon yang semakin meningkat naik iaitu Intan Najuwa memuat naik beberapa video outfit of the day (OOTD) beliau di laman Instagram, namun tidak mengenakan pelitup muka

Perkara itu nampaknya mengundang pertanyaan netizen-netizen yang hairan dengan tindakan Intan yang tidak mengenakan pelitup muka ketika berada di kawasan awam.

Tidak berdiam diri, Intan tampil menjawab salah satu komen yang dilemparkan terhadapnya di Instagram.

Menurut Intan, video yang dimuat naik itu semuanya dirakam ketika beliau berada di kawasan perumahan dan tidak sesak dengan ramai orang.

Malah Intan juga mendakwa bahawa beliau juga sentiasa memakai pelitup muka jika berada di luar kawasan dan berharap kenyataannya itu menjawab kepada persoalan individu berkenaan.

Penat juga apabila menjadi public figure ni, kena sentiasa berhati-hati dengan setiap apa yang dipaparkan atau di muat naik di laman sosial.

Nasihat min, sebaiknya buat masa ini, muat naik video yang tidak akan menimbulkan fitnah atau menyentuh sensitiviti masyarakat lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan dengan pematuhan SOP.

Sumber : Instagram Intan Najuwa

Via https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-sering-dilihat-tidak-memakai-pelitup-muka-ketika-keluar-intan-najuwa-tampil-jawab-persoalan-netizen/.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: