Menitik air mata jantan aku lepas tengok anak Amin Idris buat kejvtan video call ketika live

Sepanjang bulan Ramadan, pelbagai program menarik yang bersiaran di televisyen. Antaranya ialah program Borak Dulu #baruberbuka yang bersiaran secara langsung di RTM jam 7 malam.

Amin Idris telah bertindak sebagai pengacara dan program kendaliannya itu telah mengundang beberapa selebriti jemputan untuk sama-sama bertukar pandangan.

Sebak tengok masa berbuka, nangis waktu live

Namun, menerusi satu video yang tular di media sosial mengenai sedutan siaran langsung Borak Dulu #barubuka benar-benar menyentuh hati warganet apabila pengacaranya, Amin Idris menitiskan air mata apabila menerima kejutan.

Pada awalnya, pihak studio memaklumkan menerima panggilan dari seseorang bernama Wardah. Ketika Amin memberikan salam, ia dijawab dengan “Daddy apa khabar? Daddy rindu akak tak?” sehingga pengacara tersebut bingung.

Keadaan talian yang agak terganggu itu membuatkan Amin tertanya-tanya perihal soalan yang diajukan sebelum dia menyedari pemanggil tersebut adalah anaknya yang berada di sekolah berasrama.

Selepas beberapa ketika, dia juga menitiskan air mata dan anaknya yang dikenali sebagai  Qistina  turut terdiam seribu bahasa serta hanya mampu menangis merindui bapanya.

Link video : tiktok

Tak sedar pemanggil anak sendiri

Amin Idris juga sempat memuat naik momen hiba itu di ruangan Instagramnya dengan mengakui langsung tidak menyangka bahawa panggilan itu dari anaknya.

Dia mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi kerana memberikan kejutan yang bermakna buat dirinya kerana dia memang merindui Qistina yang kini tinggal di asrama.

Melihat daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai faham kenapa panggilan berkenaan sedikit delay kerana Amin Idris tidak memandang monitor dan baru menyedari pemanggil itu anaknya setelah menjeleng sedikit monitor ditepi.

Mula2 lawak, lama2 sebak!

Sehubungan dengan itu, ramai yang turut sama menitiskan air mata melihat situasi sebak antara anak dan ayah yang berlaku secara spontan. ada diantara mereka juga turut mengalami perkara sama apabila terpisah dengan anak-anak yang belajar jauh dari rumah.

Bestnya seorang ayah panggil anak sayang

Dua kali tengok, dua kali nangis

Dah tengok sampai habis baru faham

“Dengan aku pun berair mata”

Automatik nangis sama

Sumber: RTM Malaysia, Amin Idris

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: