FRU tampil sekat MP Pembangkang dari masuk kawasan parlimen.

Pergolakan politik Malaysia semakin panas apabila ahli parlimen pembngk4ng cuba memasuki Dewan Rakyat, namun kesemua jalan masuk disekat. Mereka berkumpul di Dataran Merdeka dan merancang untuk berarak ke  parlimen hari ini.

Semua ahli parlimen pembangkang dari DAP, PKR, Amanah, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan, Parti Sarawak Bersatu dan Upko berkumpul untuk mendesak pengunduran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya . Parlimen sepatutnya bersidang hari ini tetapi ditangguhkan akibat kes Covid-19. Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung.

Anwar umum perarakan bersurai

10.43am: Persimpangan Jalan Parlimen- Ketua Pembngk4ng, Anwar Ibrahim mengumumkan perarakan itu bersurai setelah polis menyekat mereka memasuki Dewan Rakyat.

FRU sekat MP masuki parlimen

10.35am: Persimpangan Jalan Parlimen – Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) membuat benteng manusia di hadapan jalan menuju parlimen. Seorang pegawai polis yang berdiri di atas trak FRU mengumumkan kepada anggota Parlimen dan petugas media bahawa tidak ada individu yang dibenarkan memasuki parlimen.

“Semua orang, bersurai. Kami tidak akan benarkan sesiapa pun masuk, ” kata seorang anggota dari atas trak berkenaan. Terdapat barisan trak FRU merah diparkir di belakang kenderaan itu. Sementara itu, para ahli parlimen berdiri di hadapan sekatan itu dan melaungkan pelbagai slogan termasuk “daulat tuanku” dan “Muhyiddin undur”.

MP pembangkang mula berarak

10.25 pagi: Dataran Merdeka – Ahli Parlimen pembngk4ng mula berarak menuju Parlimen dari sini. Sebilangan mereka mengangkat sepanduk yang bertuliskan “Mahiaddin dan kabinet letak jawatan” ketika berarak. Mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan melaungkan ‘Reformasi’ ketika berarak.

Dr Mahathir tiba di Dataran Merdeka

10.15 pagi: Dataran Merdeka – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menyertai ahli parlimen pembngk4ng. Ahli Parlimen Langkawi dan pengerusi Pejuang itu juga memberi ucapan ringkas kepada anggota parlimen sebelum menyertai perarakan ke parlimen.