Dr Noor Hisham tampil ucapkan takziah atas kehilangan Siti Sarah. Malah individu berpengaruh lain turut zahirkan ucapan takziah.

Kepulangan penyanyi Siti Sarah ke negeri abadi kira-kira pukul 5.13 pagi tadi selepas hampir 65 jam bertarung nyawa akibat Covid-19 memberi impak kepada orang ramai selain mendapat ucapan takziah daripada pelbagai pihak. Antara yang memuat naik ucapan takziah itu ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau tadi.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raisuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terk0rban akibat Covid-19, Al Fatihah,” tulisnya ringkas. Sementara itu, ucapan takziah atas kehilangan Siti Sarah turut dirakamkan individu berpengaruh lain antara pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun dan Ebit Lew. Menurut Asma, beliau meminta orang ramai untuk mendoakan Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah pergi agar mendapat keampunan dan rahmat Allah.

“Duhai Almarhumah Siti Sarah, jua buat semua ibu yang tabah, walaupun sebahagian kalian telah rebah, menjadi sebahagian sejarah musibah, menjadi satu muhasabah buat ummah. Akhirnya takdir Allah mengatasi semuanya, dengan seribu hikmah dariNya, tersingkap di dunia atau di akhirat sana,” katanya.

Ebit Lew pula mendoakan agar Shuib dan anak-anak akan bersama Siti Sarah di syurga kelak. “Siti sarah banyak kali bertanya untuk bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim saya bantu sekolahkan, semoga Allah beri syurga firdaus buatnya,” jelasnya. Sumber -K! ONLINE

Lepas kongsikan keadaan terkini Siti Sarah Shuib dedahkan nama anak yang dipilih oleh isterinya.

TIADA apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan. Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. “Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.
Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bertrng nywa menentang Covid-19. Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani operasi selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang. Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas nasihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini. Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku. “Tipu la kalau cakap saya ni ok (emosi stabil)… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya. “Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari.

Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti. Shuib bersama isterinya Sarah dan anak-anak. “Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh sebak.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.
Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Pengurus umumkan Siti Sarah dah selamat bersalin. Tapi apa yang Shuib update buat ramai yang sebak.

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang hari ini. Perkembangan itu dikongsikan pengurusnya, Nana Mohd. Rom dalam satu kenyataan yang dikongsikan sebentar tadi.

“Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar. Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu Nana memaklumkan doktor yang merawat dan memantau keadaan penyanyi tersebut bakal melakukan satu operasi untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Nana, keadaan isteri pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu itu juga dilaporkan baik sejurus selepas bacaan Yasin dilakukan buatnya sebentar tadi. “Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa menyertai bacaan Yasin untuk kesejahteraan Siti Sarah tengah hari ini. Memang berat ujian yang perlu dihadapi oleh Shuib sekeluarga.

Siti Sarah teruk

Melalaui kemas kini terkini dari Shuib, isteri beliau walaubagaimanapun dalam keadaan teruk. Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan teruk.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini. Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan teruk. “Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak teruk.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertrng nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepad dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.

Rata-rata rakan artis turut mendoakan Siti Sarah dan memberi sokongan moral kepada Shuib supaya tabah “Alhamdulillah untuk bayi dan tahniah. Sama sama kite doakan untuk Sarah. Ya Allah permudahkan urusan kami semua ya Allah.”

“Semoga Allah permudahkan. Berkat Jumaat, hamparan doa makbul. Ya Mujib. Makbulkanlah segala doa hambaMu” Sama-sama kita doakan urusan Siti Sarah di permudahkan.

Baru dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi. Shuib dedahkan keadaan terkini isteri buat ramai yang sebak.

Kuala Lumpur: “Sarah dah ditidurkan. Minta tolong doakan dia,” kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom mengulas situasi terkini penyanyi terbabit.

Menurut Nana, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraan penyanyi itu, majlis bacaan Yassin diadakan tengahari ini yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf. “Ini adalah inisiatif kami sebagai rakan-rakan untuk pinjamkan kekuatan kepada Sarah dan juga bayi di dalam kandungannya.

“InsyaAllah, Allah akan mendengar rintihan dan permintaan kita,” katanya. Pada pagi hari ini, Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil.

Perkara ini dimaklumkan oleh suaminya pelawak Shuib yang memberitahu, keadaan Siti Sarah juga tidak berapa baik selain memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

“Assalammualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke Unit rawatan Rapi disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin. Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memtong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid 19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu. Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Kredit : HM

Oksigen semakin menurun. Shuib tampil bersuara dedahkan keadaan terkini Siti Sarah buat ramai yang terkejut.

Sarat hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah Raissudin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun. Pengurusnya. Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music memberitahu Sarah dibawa menaiki ambulans sekitar pukul 6.30 petang Rabu bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” kata Nana.

Update Terbaru Keadaan Siti Sarah

Assalammualaikum Salam Jumaat semua, Pg td isteri sy telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebabkan oksigen yg tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik. SY MOHON DIHARI BAIK, HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DLM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UTK MEREKA.SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA, AMIN

Sementara itu, suaminya pelawak Shuib Sepahtu memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan isteri serta anak dalam kandungan. “Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,”, tulisnya.

Shuib turut berkongsi video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital. Terdahulu, Siti Sarah dan Shuib serta tiga anak mereka, disahkan positif C0VID-19. Menerusi hantaran di laman sosial, Sarah berkata mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah mereka didapati positif virus berkenaan, Ahad lalu.

“Dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif C0VID-19. Ini semua ketentuan Allah. Kami menerima dengan hati yang terbuka dan lapang dada. “Saya mohon semua mendoakan kami sekeluarga mengharungi kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari ini.

“Kami serahkan semuanya kepada Allah,” tulisnya. “Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa terjadi sebagai satu hikmah. “Doakan kami segera sembuh,” katanya. Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.

“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,” katanya.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami. Kredit: IG ShuibSepahtu

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.