Doktor dedah bila Zahid Hamidi boleh hadiri Mahkamah. Sekali Timbalan Pendakwa Raya tampil tanya satu soalan ini buat ramai terkedu.

Doktor pakar sebuah hospital swasta hari ini memaklumkan Mhkm4h Tinggi di Kuala Lumpur bahawa pesakitnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘mungkin’ boleh menghadiri prosiding kes rasvahnya membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang ditetapkan pada 6 September ini.

Dr Mohd Shahir Anuar dari Avisena Specialist Hospital di Shah Alam, yang merawat Presiden Umno itu, berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes Ahmad Zahid, juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Hakim Sequerah: Pada pandangan Doktor, adakah pesakit dalam keadaan ini boleh hadir ke mhkm4h pada 6 September. Beliau perlu duduk di dalam mhkm4h sepanjang prosiding kes ini tetapi beliau juga dibenarkan berehat. Dr Mohd Shahir: Mungkin boleh, tetapi tidak boleh lebih 40 minit. Beliau tidak boleh duduk terlalu lama, beliau harus melakukan beberapa latihan peregangan.

Semalam, mahkamah itu dijadualkan mendengar hujah di akhir kes pendkwaan namun prosiding tersebut terpaksa ditangguhkan apabila Ahmad Zahid dimasukkan ke hospital pada Ahad susulan luka yang dialaminya selepas terjatuh. Susulan itu, Sequerah telah mengeluarkan sepina kepada doktor itu untuk hadir ke mhkm4h bagi menjelaskan keadaan kesihatan Ahmad Zahid dan prosedur yang perlu dijalaninya serta menentukan tempoh pemulihan.

Pada prosiding hari ini, Dr Mohd Shahir berkata Ahmad Zahid telah memaklumkan bahawa beliau terjatuh ketika berada di tandas Rabu lepas sejurus selepas solat Asar serta mengalami kesakitan di bahagian leher dan toraks.

“Beliau tidak mengalami kepatahan tulang belakang. Semalam beliau menjalani prosedur intervensi kesakitan bagi mengurangkan sakit belakang akibat cakera teranjak yang dialaminya,” katanya. Ketika ditanya tempoh yang akan diambil oleh Ahmad Zahid untuk berjalan seperti biasa, Dr Mohd Shahir berkata “beliau boleh berjalan seperti biasa tetapi tidak boleh duduk terlalu lama. Hakim Sequerah: Jadi berapa lama beliau boleh duduk? Dr Mohd Shahir: Biasanya, bagi setiap 30 hingga 45 minit, beliau perlu bangun dan melakukan latihan peregangan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mengapa prosedur intervensi kesakitan dilakukan semalam dan bukan pada hari tertuduh dimasukkan ke hospital, Dr Mohd Shahir berkata beliau perlu menstabilkan keadaan pesakitnya terlebih dahulu memandangkan sudah diberi ubat.

Raja Rozela: Doktor, adakah kamu tahu bahawa tertuduh pergi ke Istana Negara pada 19 Ogos. Beliau juga telah menghadiri majlis angkat sumpah pada 21 Ogos iaitu sehari sebelum beliau dimasukkan ke hospital.

Saya menyaksikan upacara itu dari mula sampai habis, pesakit kamu berada di sana. Kesakitan yang dimaklumkan kepada kamu tidak menghalang beliau memandu atau dibawa oleh pemandu sehingga ke Istana Negara dan beliau duduk di sana sekurang-kurangnya sejam atau lebih sehingga majlis berakhir.

Kesakitan itu tidak dapat menghalang beliau, atau tidak menghalang beliau. Saya katakan kepada kamu bahawa beliau sebenarnya berpura-pura sakit kerana beliau telah dilihat oleh semua rakyat di seluruh negara bahawa pada dasarnya beliau mampu berjalan, mampu duduk dan mampu bergerak ke Istana seperti biasa.

Dr Mohd Shahir: Saya tidak setuju. Sebagai doktor, kami perlu percaya kepada pesakit kami. Saya telah memastikan bahawa kesakitan itu adalah benar, oleh itu kami telah menjalankan pemeriksaan seperti MRI (pengimejan resonans magnetik) dan imbas CT (imbasan tomografi berkomputer) ke atas beliau.

Kepada soalan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal sama ada anak guamnya diberikan ubat tahan sakit bermula dari hari beliau terjatuh hinggalah berada di Istana Negara mungkinkah ubat itu melegakan kesakitan Ahmad Zahid, saksi tersebut menjawab “Ya mungkin juga.”

Pada akhir prosiding, peguam itu meminta Dr Mohd Shahir memeriksa tempat duduk di kandang tertuduh dan menyoal sama ada ia sesuai diduduki Ahmad Zahid dan doktor tersebut berkata tempat duduk sedemikian adalah tidak sesuai bagi pesakit yang mengalami cakera teranjak dan sakit belakang. “Mungkin kamu boleh sediakan sebuah kerusi yang mempunyai kusyen,” katanya.

Kelihatan Zahid Hamidi berada di sebelah bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika Ismail Sabri angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-9 Mhkm4h kemudian mengekalkan tarikh 6 Sept untuk mendengar hujah di akhir kes pendakwaan.

Pada 19 Mac lepas, pendakwaan telah menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi. Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya ialah pecah amanah jny4h, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. Sumber– Bernama

Ismail Sabri tampil luangkan masa ziarah Zahid Hamidi. Dan ini lah keadaan terkini Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas jalani operasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menziarahi Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu hantaran di laman Twitter berkongsi sekeping gambar berhubung lawatan tersebut.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri @IsmailSabri60 melawat Datuk Seri Zahid di hospital. Meski sudah di puncak, tidak lupa pada ketuanya. Tanda setia pada persahabatan, kasih sayang dan saling menghormati. Amalan yang baik jadi teladan,” tulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu. Semalam, anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah menerusi laman Instagram, berkongsi sebuah video memaparkan bapanya ditolak masuk ke dewan bedah untuk menjalani prosedur melibatkan kecederaan tulang belakang.

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan esok bagi mendengar penjelasan seorang doktor pakar sebuah hospital swasta berhubung keadaan kesihatan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran ketidakhadirannya pada perbicaraan kes rasvah, pec4h amn4h dan pengubahan hr4m hari ini. Sehubungan itu, sapina dikeluarkan kepada Pakar Perunding Sakit Intervensi, Hospital Pakar Avisena Shah Alam, Dr. Mohd. Shahir Anuar agar beliau hadir memberi penjelasan berkaitan prosedur yang dijalankan terhadap Ahmad Zahid.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, mahkamah perlu mengetahui prosedur berkenaan serta tempoh yang diperlukan untuk memastikan tertvduh benar-benar pulih bagi membolehkannya hadir pada prosiding akan datang. “Mahkamah tidak boleh membenarkan sebarang penangguhan lagi dan akan memanggil doktor berkenaan menjelaskan keadaan kesihatannya serta prosedur yang dijalankan,” ujar beliau. Hakim Collin pada asalnya bercadang untuk mengeluarkan sapina kepada doktor berkenaan dan mengarahkan beliau hadir ke mahkamah pada sebelah petang.

Bagaimanapun, peguam Hamidi Mohd. Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan, doktor pakar itu ketika dihubungi sejurus sidang ditangguhkan beberapa minit memberitahu, beliau tidak berkelapangan hari ini. Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan, Presiden UMNO itu tidak dapat hadir kerana akan menjalani prosedur pada bahagian tulang belakangnya di sebuah hospital swasta.

Menurut peguam bela, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama. Beliau dimasukkan ke wad sejak Ahad lalu. Hisyam turut memaklumkan, pihak pembel44n mempunyai empat topik penghujahan yang mana salah satunya melibatkan isu-isu perlembagaan.

Video :

https://www.instagram.com/p/CS8TjwjBLqH/?utm_source=ig_embed&ig_rid=3c3e7880-cd92-43e7-97e2-78d0e07bfb95

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, pihaknya dimaklumkan melalui surat berhubung ketidakhadiran Ahmad Zahid pagi ini. Bagaimanapun, ujarnya surat itu tidak menyatakan bahawa tertvduh bersetuju prosiding penghujahan dijalankan tanpa kehadirannya.

Raja Rozela berkata, jika penghujahan berlangsung tanpa kehadiran Ahmad Zahid, dikhuatiri akan memperlihatkan seolah-olah haknya selaku tertuduh dinafikan. Beliau turut membayangkan jika perbicaraan diteruskan, mungkin prosiding boleh diakses secara maya demi berlaku adil kepada tertvduh.

Namun Hakim Collin berpendapat, Seksyen 264 Kanun Tatacara Jny4h menyatakan kehadiran tertvduh perlu bagi mengelak wujud situasi yang membawa kepada perbicaraan yang tidak sah. Sehubungan itu, beliau berpendapat adalah lebih baik tertuduh hadir bagi membolehkan beliau mengeluarkan arahan kepada peguam jika terdapat sebarang isu berbangkit. Sumber : Viral News

Zahid Hamidi sah positif Covid 19. Namun ini pula hasil ujian semua pegawai dan kontak rapat lain.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif Covid-19. Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun didapati positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya.

Sumber rapat kepada Ahmad Zahid yang dihubungi Bernama berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijangkiti Covid-19 kategori satu dan tidak bergejala. Dalam pada itu, Annuar dan Nik Mohamad Abduh masing-masing secara berasingan mengesahkan mereka negatif virus itu.

Annuar ketika dihubungi Bernama berkata: “Saya baik dan sihat,” manakala Nik Mohamad Abduh juga dalam respons ringkas kepada Bernama berkata: “Alhamdulillah negatif,”. Pegawai Komunikasi Strategik kepada Mohd Rashid, Muhammad Afiq Mohd Hanif berkata, selain Ahli Parlimen Batu Pahat itu, semua pegawainya juga didapati negatif Covid-19 selepas menjalani saringan di Parlimen pada Jumaat.

Beliau berkata, Mohd Rashid juga bukan kontak rapat kepada mana-mana individu yang dilaporkan positif virus itu. “Semua pegawai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah negatif selepas ujian (saringan) yang dijalankan di Parlimen dan Datuk Mohd Rashid juga negatif. Datuk (Mohd Rashid) ada buat ujian sendiri (di klinik swasta) tadi dan keputusannya juga negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima laporan penuh daripada ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Khamis dan kelmarin di Dewan Rakyat. Terdahulu media melaporkan hasil saringan itu, sekurang-kurangnya 35 individu termasuk beberapa Ahli Parlimen dikatakan positif Covid-19. Saringan Covid-19 itu dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan pencegahan penularan wabak menjelang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok. Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.