Tarik Balik Lap0ran Polis? Ini Keputusan Mahkamah Isu Pavithra, Suami

Kemelut rumah tangga pasangan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai di Mahkam4h Sesyen pagi ini apabila suami Youtuber terbabit, M. Sugu mengaku tidak bersalah memiliki senj4ta berbah4ya di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada Selasa lepas. 

Menurut The Star, peguam Sugu, Mahinderjit Singh berkata, Pavithra juga telah menarik balik lap0ran polis yang dibuat terhadap suaminya pada Rabu lepas (22 Julai 2020). 

Tambah peguamnya lagi, kes ini hanyalah berkaitan salah faham suami isteri dan mereka berdua juga sudah mempunyai dua anak berusia 2 dan 8 tahun.

“Isterinya hanya mampu membayar ikat jamin antara RM5,000 dan RM10,000,” kata Mahinderjit.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan tetapi peguam Mahinderjit Singh memohon jaminan kerana ia merupakan kes keg4n4san rumah tangga.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertudvh dikehendaki melap0r diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.

Mahk4mah juga menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

M. Pavithra, 28, yang turut berada di mahk4amah dilihat sedang serius berbincang dengan peguamnya dan enggan memberi sebarang ulasan kepada wartawan.

Kita doakan yang baik-baik saja buat pasangan ini. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : LobakMerah