Ini tarikh bila orang ramai akan dapat duit bantuan prihatin rakyat – Pengarah Belanjawan

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia menambah peruntukan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sekiranya jumlah permohonan oleh mereka yang layak menlngkat.

Menurut Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican ia berbanding peruntukan 6.5 bili0n yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

“6.5 bili0n peruntukan adalah berdasarkan unjvran yang dijalankan pihak Kementerian Kewangan, tetapi apa yang akan dibuat oleh pihak Kementerian Kewangan adalah menetapkan kriterla kelayakan terhadap isi rumah dan individu bujang.

“Jika mereka menepati kriterla, mereka akan diluluskan dan kita tidak menggunakan kaedah yang terawal yang akan dapat sebaliknya, siapa yang menepati krlteria, mereka akan terima.

“Jika kita memerlukan pervntukan lebih, kita akan laksanakan,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara.

Bayaran BPR akan melalui dua fasa dengan bayaran pertama sebelum Aidilfitri 2021.

Johan berkata tarikh permohonan baharu BPR juga akan dimulakan sebelum akhir Januari 2021.

Tambahnya Kementerian Kewangan yakin pemberian BPR akan merancakkan ek0nomi negara melalui perbelanjaan bantvan berkenaan.

“Golongan kumpulan rentan biasa akan belanjakan kesemua bantvan yang mereka terima untuk keperluan harian mereka jadi ia akan mengerakan aktiviti ekon0mi,” katanya.

BPR mengantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan jumlah individu yang dijangka menerima manfaat mencecah 8.1 jvta orang.

Antara yang layak menerima BPR iaitu isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantvan sebanyak 1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantvan sebanyak 1,800.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara 2,501 hingga 4,000 dan mempunyai seorang anak akan menerima bantuan sebanyak 800, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantvan sebanyak 1,200.

Manakala individu bujang bervsia 21 tahun ke atas dengan pendapatan 2,500 ke bawah pula akan menerima bantvan 350.

Sumber : AstroAwani/TV3