Disebabkan kecewa dengan tindakan warganet. Kini Tauke ucap selamat tinggal pada dunia industri dan dia dedahkan ini pula caranya untuk dia cari sumber pendapatan.

Biarpun dirinya tidak didkwa atas kes pemrdg4ngan manusia seperti ditvduh sesetengah orang pada awal bulan ini, Tauke Jambu bertekad dengan pendiriannya sebelum ini untuk tinggalkan dunia hiburan yang diceburi sejak bertahun-tahun silam. Kata pelawak itu, dia tidak bercadang mengubah pendirian meskipun tidak lagi terpalit dengan dkwaan menjadi bap4 aym selepas polis mengesahkan tidak akan mendkwanya di mahkamah.

“Saya tetap tinggalkan dunia hiburan. Sekali saya dah cakap A, begitulah maksud saya. Memang saya tak akan kembali lagi dalam dunia hiburan, insya-Allah,” katanya.

Pemilik nama sebenar Zamratul Amri Zakaria itu sebelum ini pernah berkata, dia terkilan apabila dimk1, dihn4 dan ditvduh bermacam-macam sehingga membuatkan dirinya tawar hati untuk terus berada dalam industri. Semalam media melaporkan polis Negeri Sembilan memberitahu Tauke tidak akan didkwa di mahkamah selepas ditahan bagi membantu siasatan kes pemrdgng4n manusia bagi tujuan eksploitasi s3ks.

Sebaliknya, kata polis, pelawak terbabit ditahan hanya bagi membantu siasatan kes berkenaan. Tauke, 45, berkata dia bersyukur apabila nama dan reputasinya kembali dibersihkan selepas dilemparkan pelbagai tohmahan dan caci-m4k1 warganet yang beranggapan dia sememangnya bersalah.

Jangan cakap bur.uk pada orang

Katanya, manusia memang terlalu gemar menjatuhkan hukum tanpa usul periksa hingga mencemarkan marvah orang lain. “Memang saya bersyukur selepas dibuktikan saya tak bersalah. Tapi saya amat sedih dan terkilan kerana masyarakat gemar membuat andaian sendiri. Paling lega adalah keluarga saya. Mereka sangat lega sebab tomahan dilemparkan bukan hanya pada saya tapi juga pada mereka. Apabila nama saya dah bersih, mereka tak perlu lagi menerima kritikan dan mak1an tersebut,” katanya.

Tauke berkata, sebelum ini sudah dinafikan berkali-kali bahawa dia bukan bap4 aym namun masih terdapat segelintir pihak yang tetap melemparkan tohmahan kepadanya. Justeru, dia berpesan agar orang ramai segera menghentikan komen yang boleh memudaratkan. “Hentikan ftn4h dan komen tak elok bermula dengan diri sendiri. Caranya jangan sesekali bercakap buruk pada orang,” katanya.

Tauke Nak Berniaga

Ditanya cara menjana pendapatan selepas ini, kata Tauke, dia percaya rezeki yang disediakan Allah amat luas dan masih boleh terus menjalankan kehidupan dengan baik biarpun tidak bergelar selebriti. “Sekarang saya usahakan jual produk kecil-kecilan. Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut kunjungi Instagram saya,” katanya. Sumber : Trending Sangat

Tak pasal pasal nama kena petik. Tauke Jambu nafi dirinya dtngkap polis gara gara kes ini.

Pelawak Tauke Jambu menafikan dirinya dit4hn polis berhubung kes pem3rdgng4n orang bagi tujuan eksploitasi s3ks di sebuah hotel di Kuala Pilah, kelmarin. Menurut laporan Harian Metro, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria berkata, dia langsung tiada kaitan dengan jny4h tersebut sebaliknya berada di rumah ketika ini.

“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.  Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” kata pelawak berusia 45 tahun itu.

Walaupun namanya tiba-tiba ‘dipetik’ warganet, pelakon filem Abang Long Fadil itu tidak marah selain menganggap ia sesuatu yang lucu. “Rasa kelakar pula bila nama saya dikaitkan dalam perkara ini.  Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini.  Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak terkenal direman empat hari dimana seorang wanita turut diselamatkan polis daripada menjadi mangsa pemerdagangan. Malah, suspek lelaki berusia 40-an itu turut dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran. Sumber: Harian Metro

Tular ratu cantik tmbuk polis di SJR. Kini warganet seolah olah dapat teka siapa individu tersebut.

Kecoh semalam apabila berita tentang bekas ratu cantik Malaysia ditahan selepas dia bertindak menumbuk pihak polis serta selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Federal Highway. Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam, di mana wanita berusia 28 tahun itu bertindak agresif kerana dipercayai mabuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, wanita berkenaan memandu bersama rakannya dan ketika tu mereka datang dari arah Kuala Lumpur dan menghala ke Petaling Jaya.

“Namun sebaik tiba di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan, Susulan itu, anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya,” katanya. Tambahnya lagi suspek telah bertindak menumbuk anggota polis semasa cuba ditahan, dan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk. Wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Suspek kini ditahan rem4n selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya. Menurutnya lagi, wanita tersebut dan rakannya disahkan positif gnj4 selepas melihat hasil saringan awal ujian air kencing.

Warganet dapat syak siapa Ratu Cantik dimaksudkan?

Kesinambungan daripada kejadian itu, warganet mula berteka-teki siapa individu dimaksudkan selepas merujuk kepada klu bahawa suspek berusia 28 tahun. Antara nama yang disebut-sebut ialah Brynn Lovett, iaitu Miss World Malaysia 2015 yang dilahirkan pada 28 Februari 1993. Walaupun ramai yang buat andaian, bahawa dia adalah ratu cantik dimaksudkan sebab kebetulan umurnya adalah 28 tahun. Namun ia nya dilihat tak betul sama sekali.

Menurut sebuah portal hiburan, Brynn ada memuat naik story di Instagramnya menyatakan bahawa dia baru saja dapat suntikan dos keduanya dan sedang berehat di rumah. Siapa agaknya ratu cantik dimaksudkan tu eh? Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.