WHI tayang segmen khas buat Siti Sarah. Sampai sebak Fahrin Ahmad masa mengacara.

Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad kelihatan tidak dapat menahan air mata ketika mengendalikan program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI), semalam.

‘Menghayati Nikmat Syukur’

Video :

https://www.instagram.com/tv/CSdpbpvFOeY/?utm_source=ig_embed&ig_rid=4831b158-ccc4-4f7d-9c48-9af5227e01d3

Berbicara mengenai topik Menghayati Nikmat Syukur, segmen ini ditujukan terutama kepada individu yang sedang kehilangan insan tersayang. Segmen ini turut memperingati pemergian penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah yang pergi buat selamanya pada Isnin. Episod kali ini menampilkan beberapa tetamu undangan iaitu Ustazah Asni Mansor, ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi, penyanyi Azharina, pihak pengurusan Indigital Music, Norwati Abd Manan dan wartawan Berita Hiburan, Jaydee Mohamad.

Saya sebak..

Video :

https://www.instagram.com/p/CSeIzi7huKg/?utm_source=ig_embed&ig_rid=6700bde7-562f-4ceb-a663-e72b67920fde

Fahrin atau nama sebenarnya Fahrin Ahmad, 42, berharap agar episod yang dibawakan kali ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan kekuatan untuk mereka bangkit meneruskan kehidupan. Saya sebak..terkenang isteri, anak dan keluarga.. Apatah lagi berontak jiwa manusia yang lemah bila takdir tidak ikut kehendak hati.

Buat semua yang kehilangan.. Diduga dengan takdir yang pada batas akal dan perasaan manusia tidak menyebelahi kita. Semoga petikan ini dapat memberi kalian semangat dan kekuatan untuk bangkit dan meneruskan kehidupan. Bersangka baiklah dengan Allah. Berdamailah dengan takdir.

Terdahulu, Siti Sarah yang hamil lapan bulan telah pergi buat selamanya  di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada Isnin selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil. Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber: @fahrinahmad_fa, @whitv3

Sayu hati Shuib. Ini antara barang Allahyarhamah Siti Sarah yang akan Shuib ingat selamanya dan ini yang Shuib akan buat.

Biarpun ja4sad isteri Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin sudah tiada, barang-barang miliknya dan kenangan manis hidup bersama selama 11 tahun akan mekar dalam ingatan pelawak, Shuib. Shuib atau nama lengkap­nya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, salah satu daripada barangan itu ialah sehelai te­lekung kegemaran 4rwh iste­rinya yang tidak akan dibasuh selama-lamanya. Kata Shuib, telekung berwarna putih yang selalu dipakai pelantun lagu Kesetiaan itu kini menjadi peninggalan pa­ling berharga untuk dikenang dan menemani hidupnya selain empat zuriat mereka.

“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi, memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada pen1nggalannya. Allahukbar. Insya-Allah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana,” kata Shuib usai majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan secara maya malam kelmarin.

Majlis tahlil dan doa selamat melibatkan kira-kira 600 orang itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Kenangan Shuib dan 4rwh isterinya, Siti Sarah.

Bercerita lanjut mengenai kehidupan tanpa isteri di sisi, Shuib memberitahu, ia ibarat mimpi, namun sedikit demi sedikit dia sudah mula mene­lan realiti pahit tersebut. “Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, juara Raja Lawak musim ketiga itu menyifatkan bayi keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan secara operasi pada Jumaat lalu sebagai hadiah paling berharga daripada arw4h isterinya.

“Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami,” katanya. Dalam pada itu, hasrat Shuib untuk menatap wajah Ayash Affan semalam terpaksa dipendamkan atas nasihat pihak hospital bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan c0vid-19.

Pengurus Siti Sarah, Nana Mohammad Rom berkata, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz menghubungi Shuib dan berbincang mengenai lawatan ke atas Ayash Affan yang dilahirkan pramatang.

“Shuib juga memahami si­tuasi pandemik kerana dia juga amat mementingkan kesihatan bayi serta semua yang berada di wad dan sedia menanti sehingga keadaan bayinya betul-betul sihat,” katanya. Alahyarham Siti Sarah, 37, telah pergi pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan akib4t komplikasi disebabkan j4ngkitan c0vid-19. Sumber : -K! ONLINE

Ramai tidak sabar dengan perkembangan terkini Shuib berjumpa dengan Ayash Affan di hospital. Sekali Pengarah Hospital sendiri hubungi Shuib untuk maklumkan perkara ini.

Pelawak popular, Shuib Sepahtu terpaksa menangguhkan hasrat melawat anak keempatnya, Ayash Affan atas saranan hospital, pagi ini. Pengurus Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, Nana Mohammad Rom memaklumkan, ini bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19 terhadap bayi pramatang.

“Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri menghubungi Shuib dan berbincang dengannya, pagi ini. Ini jalan terbaik selepas memikirkan risiko yang boleh memudaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, Shuib terima dengan lapang dada,” katanya kepada BH Online.

Ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin, semalam, Shuib berkongsi perasaan tidak sabar apabila menerima gembira dibenarkan melihat Ayash yang kini masih berada dalam di HCTM buat kali pertama selepas dilahirkan pada Jumaat lalu.

“Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, Shuib terima dengan lapang dada,” katanya kepada BH Online. Ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin, semalam, Shuib berkongsi perasaan tidak sabar apabila menerima gembira dibenarkan melihat Ayash yang kini masih berada dalam di HCTM buat kali pertama selepas dilahirkan pada Jumaat lalu. Namun, di sebalik teruja menatap wajah zuriatnya, bekas penyampai radio Hot FM itu mengakui, perasaannya bercampur baur.

“Saya dihubungi pihak hospital memaklumkan mungkin saya dibenarkan melihat Ayash. Anak-anak pun asyik bertanya. Jika ada rezeki, esok (hari ini) dapat saya bertemu dengan bayi yang menjadi hadiah terakhir 4rwh buat saya. Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab arwah ibunya tidak sempat melihat dan memegangnya. 4rwh sanggup menggadaikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa ini buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya, sebelum pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Tambah Shuib, situasi itu sangat berbeza ketika dikurniakan tiga cahaya mata terdahulu kerana 4rwh berkesempatan melihat dan memeluk anak-anaknya. Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah berada dalam keadaan ditidurkan melahirkan bayi lelaki pramatang selepas menjalani operasi hampir tiga jam bermula jam 2 petang pada Jumaat lalu. Selain Ayash, Shuib dan Sarah dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Sumber : BHARIAN ONLINE

Alhamdulillah. Shuib kongsi berita gembira apabila pihak hospital telefon mengenai khabar Ayyash Affan.

Pada majlis tahlil secara maya itu, Shuib berkongsi berita gembira apabila mendapat perkhabaran dibenarkan melihat anak keempatnya, Ayyash Affan yang kini masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas dilahirkan Jumaat lalu, esok. Namun, di sebalik teruja menatap wajah zuriatnya, bekas penyampai radio Hot FM itu mengakui, perasaannya bercampur baur.

“Saya dihubungi pihak hospital memaklumkan mungkin saya dibenarkan melihat Ayyash. Jika ada rezeki, hari ini dapatlah saya bertemu dengan bayi yang menjadi hadiah terakhir 4rwh buat saya. Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab 4rwh ibu tidak sempat melihat dan memegangnya. 4rwh sanggup menggadaikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya,” luah Shuib.

Situasi itu, katanya, sangat berbeza ketika dikurniakan tiga cahaya mata terdahulu kerana 4rwh berkesempatan melihat dan memeluk anak-anaknya. Terdahulu, majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual turut disertai lebih 600 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan industri termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dan isteri. Sumber : Asas Kehidupan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.