Saya hanya mampu terdiam dan melihat anak saya dan menantu tidur sekatil sambil berpelukkan depan saya

Perkongsian ini saya mahu ceritakan tentang apa yang berlaku pada hari kemtian Madiha.

Ramai kawan-kawan saya dan suami yang berikan komen, mahu tahu apa yang berlaku pada hari itu.

Bagaimana dengan Basit pada hari itu dan bagaimana penerimaan Basit.

Berat hati saya mahu menjawab permintaan kawan-kawan. mereka sungguh-sungguh tanya saya mengenai itu.

Saya akan ceritakan di sini, situasi hari itu. Hari kami kehilangan Madiha.

Cerita saya ni hasil perbualan saya dengan Basit selepas perkongsian pertama dikeluarkan.

Basit tidak ada Facebook, hanya ada Istagram. saya pun tak arif lah, benda-benda budak zaman sekarang.

Jadinya, dia tak tahu tentang perkongsian pertama saya, sehinggalaha saya tunjuk dan ceritakan kepadanya.

Sesudah itu, saya ambil Keputusan untuk kongsikan cerita ini pula.

Yang ingin baca kisah sebelum ni antara Basit dan Madiha, boleh KLIK SINI

3 hari sebelum pemergian Madiha, tengah hari itu, dia ceritakan kisah mimpinya.

Masa tu dia kelihatan sangat berseri, segar sungguh. Petang tu suami saya balik, bawa pakaian kotor kami untuk cuci.

Saya dan anak bongsu saya temankan Madiha di hospital. Hospital tempat Madiha berubat di Kuala Lumpur, rumah saya dan suami di Negeri Sembilan. Basit pula kerja.

Malam tu dalam pukul 1 pagi, ada 2 orang jururawat masuk ke bilik kami sambil menyorong satu alat. saya tak tahu lah mesin apa.

Lepas itu, ada seorang doktor masuk beritau kepada saya, Madiha pelu di X-ray.

Dia minta saya dan anak bongsu saya duduk jauh dari katil itu kerana tak mahu terkena radiasi. Saya dan anak bongsu keluar dari bilik Madiha.

Masa nak berkalan keluar, nak sarung selipar, Madiha panggil perlahan. “Mak,” tanggannya melambai lemah kepada saya, tidak mahu saya pergi.

Di luar, saya termenung, Saya tengok Madiha berbeza sekali keadaannya dengan waktu siang tadi.

Malam itu dia nampak sangat lemah, bercakap pun tak kuat suaranya. Mungkin dia penat, sebab petang tu dia tidak tidur.

Beberapa minit lepas tu, saya nampak doktor keluar dari bilik Madiha, kata dia, mereka suspek Madiha ada jangkitan kuman.

Tapi masih tak pasti sebab kena mohon nak buat scan esk pagi.

Lepas tu kena rujuk pegawai farmasi, mungkin kena tukar ubat lain kalau betul ada jangkitan kuman.

Saya terus telefon Basit maklumkan perkara itu. Saya tahu Basit jadi tak keruan, esoknya selepas tamat shif, dia minta cuti 4 hari untuk jaga Madiha di hospital.

Dua hari sebelum Madiha pergi, dia jadi sungguh tak bermaya, lembik. Mungkin ubat kimoterapi masih menyerang dirinya.

Dia makan sikit sahaja. Petang tu dia minta kepada suami saya, belikan di pizza. Dia mahu makan pizza.

Suami saya pergi cari pizza untuk dia makan. Basit suapkan pizza, semulut sahaja dia makan, lepas tu dia tidur. Maghrib tu, dia jadi tak sedar.

Seorang doktor masuk check, lepas tu doktor panggil lagi seorang doktor check, sudahnya, ada 4 orang doktor keliling katil tu.

Saya, suami dan anak keluar dari bilik Madiha. Hanya Basit kami tinggalkan di dalam.

Dekat setengah jam, semua jururawat dan doktor keluar. Basit keluar tak lama lepas tu, kata Basit, dia sudah menghubungi keluarga Madiha di kampung.

Mereka akan usaha untuk pulang segera. Cuma, masalahnya, ayah Madiha mungkin tidak bleh tinggalkan kerjanya, tiada yang ganti.

Suami saya segera kirimkan wang minyak untuk keluarga Madiha bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Kami berdoa malam itu, suapaya mereka sampai dengan selamat, kerana kereta ayah Madiha sedikit uzur. Kami takut mereka terhenti di tengah perjalanan.

Satu jam sekali, suami saya hubungi ibu Madiha untuk pastikan mereka baik-baik sahaja.

Malam tu sampai ke Subuh saya tak boleh tidur. Saya urut mesra tangan dan kaki Madiha. Si Basit pula tidur sekatil dengan Madiha malam tu.

Dia pelok erat isterinya. Suami saya pula tidak boleh toleh muka Basit dan menantunya. Air matanya mengalir.

Selalu saya tanya, kenapa Abang menangis? Dia sedih, dia tidak mahu anak dan menantunya rasa ujian seberat itu.

Tapi apa kan daya dia, dia hanya mampu melihat. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih terseksa tengok anak menantu saya begitu, tapi saya perlu kuat.

Bukan sahaja untuk Basit dan Madiha, untuk suami saya juga. Jika saya lemah, saya tidak tahu bagaimana kami akan dapat jalani ujian itu.

Pukul 9 pagi, keluarga Madiha tiba di hospital. Madiha masih tidur. Lepas sarapan, kami naik ke bilik, Madiha sudah terjaga. Dia baru sahaja mandi dan makan pagi bersama Basit di bilik.

Dia sangat gembira melihat ibu bapanya datang dari kampung.

Dia bersungguh-sungguh kata kepada suami saya, boleh tak kalau kita makan besar hari ni. Suami saya kata, boleh. Madiha nak makan apa?

Madiha jawab, nak makan tomyam. Saya pun tanpa melengah, bawa balik besan saya ke Seremban.

Kami nak masak tomyam di rumah, dan bawakan kepada Madiha petang itu. Suami saya setuju. Kami tinggalkan Madiha dengan Basit sahaja di bilik.

Lepas Asar, kami bertolak ke hospital dan makan bersama. Semua orang dapat makan tomyam masakan ibu Madiha. Saya sengaja minta dia masak lebih.

Kami berikan sikit kepada bilik-bilik lain dan mereka yangtengah bertugas.

Madiha gembira sungguh dapat makan bersama, tengok tv bersama dengan semua orang. Tak habis-habis dia asyik ulang.

“Sukonyo hari ni dih, semua ada” kata dia. Sayu hati saya dengar kata-kata Madiha.

Malam tu Madiha muntah. Doktor masuk sekali lagike bilik untuk lihat keadaan Madiha.

Masa tu sekitar jam 11 malam. Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa balik keluarga Madiha ke rumah kami terlebih dahulu dan datang semula selepas Subuh. Mereka setuju.

Malam tu, saya telefon Basit, tak berangkat. Sampai lah pukul 4 pagi, Basit telefon semula.

Katanya, Madiha baru habis diperiksa dan terpaksa di hantar ke HKL disebabkan ada alatan yang tidak dapat berfungsi waktu itu.

Saya mengucap panjang, takut mendengarnya. Lepas Subuh, kami terus ke hospital.

Hari yang ini, hari yang dahsyat, kami tak pernah sangka, itu lah kali terakhir kami melawat Madiha di hospital. Masuk sahaja bilik, Madiha nampak sangat tak bermaya.

Dia terbaring sambil memegang erat tangan Basit. Dia memandang sepi ke wajah ibu ayahnya. Lama pandangan itu. Perlahan-lahan saya nampak air mata Madiha turun.

Lepas itu dia panggil Basit, dia minta Basit belikan air coca-cola untuknya. Madiha sangat gemarkan air coke itu.

Ketika dia masih sihat, ke mana sahaja kami pergi makan, Madiha mesti akan order air coke dan ais. Itu kegemaran dia. Air bergas lain, dia tidak minum, hanya coca-cola sahaja.

Semua tak bagi dia minum air tu, tapi Basit katam tak mengapa, dah lama Madiha tak minum.

Beri sahaja. Seteguk cukup. Basit pun keluar dari bilik mencari air tu.

Beberapa minit selepas Basit keluar, Madiha semakin melemah. Dia minta ayahnya dan suami saya berdiri ditepinya.

Dia minta dirinya untuk bangun bersandar. Di salam, dipeluk cium ayahnya.

Dia memohn maaf kepada ayahnya dan suami saya. Suami saya teresak-esak menangis.

Diusap kepala Madiha lembut, saya tak pernah menyangka suami saya begitu sedih daripada saya.

Dia tidak henti-henti meminta Madiha untuk kuatkan semangat. Lepas tu, Madiha gagahkan diri, dia berpaut tangan suami saya dan ayahnya, mahu berdiri.

Perlahan-lahan dia pergi kepada saya dan ibunya. Menangis saya melihat sendiri

Madiha melutut dan menciom kaki ibu kandungnya. Ibunya menangis sambil memegang Madiha.

Madiha kucup kaki ibunya, mencium ibunya, memeluk erat ibunya sambil memohn maaf dan ucap terima kasih.

Saya memgang lembut Madiha, takut dia terbalik dan rebah.

Sesudah itu, Madiha mencium kaki saya. Diminta beribu ampun dan maaf kepada saya berulang-ulang kali.

Saya menangis sepenuh hati, di tepi saya, suami memegang erat bahu saya. Dipeluk cium saya sepuasnya. Saya masih ingat kata-kata terakhir Madiha waktu itu,

“Mak, tanpa Mak, tanpa Baba, Basit tidak akan ada di dunia ini, Madiha juga tidak akan di dunia ini.

Madiha ada kerana Basit ada. Kami diciptakan Allah untuk bersama. Terima kasih Mak dan Baba. Jaga makan minum Madiha selama ini.”

Selebihnya saya tidak ingat, yang pasti beribu perkataan maaf. Bila suami dan ayah Madiha memapah Madiha semula ke katil, sekali lagi Madiha muntah.

Anak bongsu saya segera panggil doktor di luar. Saya pula meraung-raung panggil nama Basit.

Mahu dia segera balik. Takkan lah begitu lama membeli air coke. Suami saya telefon, tiada jawapan.

Bilik jadi huru hara sebab doktor dan jururawat berlari masuk dan keluar. Ramai doktor yang masuk dan minta kami tinggalkan bilik.

Madiha tenat, ada drah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Kelibat si Basit masih belum kelihatan.

Saya tak mampu nak teruskan penceritaan bila terkenang kembali peristiwa ni, bergugguran air mata saya.

Kalau kalian nak saya sambung cerita ini silalah nyatakan diruang komen. Insyaallah ada sambutan saya teruskan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Keluargabahagiafun