Takiyuddin dilaporkan telah masuk hospital gara gara ini. Sampai Najib pun tampil berkongsi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Lembah Klang sejak Jumaat lalu akibat komplikasi jantung. Difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), itu terpaksa menjalani operasi selama tiga jam dan akan dibenarkan keluar esok. Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya turut berkongsi kejadian yang telah menimpa Takiyuddin itu.

“Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di hospital untuk rawatan. Sama-sama kita doakan agar diberikan kesembuhan segera,” tulis Najib. Sumber -K! ONLINE.

Sampai ambil masa 30 minit desak Takiyuddin jawab soal isu proklamasi darurat. Sampaikan ini yang berlaku.

Hari kedua Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini hangat dengan beberapa ahli parlimen meminta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai proklamasi d4rvrat yang ditamatkan.

Mereka mengambil masa selama kira-kira 30 minit ‘menggasak’ Takiyuddin sebelum penerangan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Gobind Singh Deo (Dap-Puchong) meminta penjelasan apakah tindakan menamatkan proklamasi darurat itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, ia adalah satu perkara yang penting kerana ia berkaitan dengan perjalanan sesi parlimen kali ini. Turut mengambil bahagian beberapa ahli parlimen pembngkang termasuk Hanipa Maidin (Amanah-Sepang), RSN Rayer (Dap- Jelutong), dan M Kulasegaran (Dap- Ipoh Barat).

Ia menjadikan suasana kecoh dan memaksa Timbalan Speaker Datuk Seri Azalina Othman Said mengarahkan mereka duduk untuk membolehkan sidang diteruskan. Menjawab soalan berkenaan, Takiyuddin berkata, beliau akan memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat Isnin ini seperti yang diumumkan Speaker Datuk Azhar Azizan Harun semalam. Keadaan itu menyebabkan Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah-Pulai) bangun mencelah.

Salahuddin: You jump the gun. Azalina: Yang Berhormat (YB)… kalau saya Speaker biarlah saya cakap. Saya faham, semua orang tahu isu yang banyak orang tanya. Salahuddin: You (Takiyuddin) make a mistake. Takiyuddin: Jangan emosi… Bang Din jangan emosi. Azalina: YB duduk YB… Saya pengerusi majlis, biarlah menteri jawab. Biar saya buat ruling, saya bagi YB enam orang untuk Point Of Order, saya sudah berlaku adil, bagilah saya peluang buat kerja… kalau tak, YB gantilah saya jadi Timbalan Speaker.

Dewan Rakyat dimaklumkan semalam, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini dan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Ia berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.Sumber : hmetro

Pihak polis tampil buka siasatan tentang Ahli Parlimen di Kedah yang boleh pula buat macam ni. Siap elok bincangkan program ini pula.

Polis membuka kertas siasatan berhubung gambar seorang Ahli Parlimen bergelar Datuk di negeri ini yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2020.

“Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan dan kita akan panggil beberapa saksi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dalam gambar yang tular di media sosial, Ahli Parlimen terbabit yang juga bekas timbalan menteri dilihat duduk bersila di atas meja sambil minum teh serta bersembang bersama beberapa individu secara terbuka dalam satu program bantuan. Berikutan itu, orang ramai mempertikai tindakan Ahli Parlimen berkenaan sedangkan negeri itu masih berada dalam tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). Sumber : Metro online

Sebak bila bapa B40 menangis teresak esak di radio gara gara tak mampu nak bagi pendidikan terbaik untuk 5 orang anak.

“SAYA memang tak berkemampuan. Anak saya lima orang. Saya sedih sebab anak saya ketinggalan.” Demikian luah seorang bapa sambil menangis teresak-esak ketika berkongsi kesusahan hidupnya dengan stesen radio Suria.fm pada Isnin pagi.

Menerusi Segmen Team Pagi Suria yang dikendalikan deejay Issey Fazlisham dan Ajak Shiro, pemanggil lelaki yang dikenali sebagai Abang Hamdan itu meluahkan pandangannya mengenai topik ‘Murid Tak Join Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh digntung sekolah’.

Dalam nada sebak, lelaki itu bercerita mengenai kesukaran yang dialami keluarganya sehingga dia sebagai ketua keluarga tidak mampu menyediakan keperluan bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk anak-anaknya ketika ini.

Menurut pemanggil tersebut, dia hanya merupakan seorang pekerja yang berpendapatan rendah, justeru adalah mustahil untuknya menyediakan keperluan seperti gajet untuk setiap anak-anaknya agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran apatah lagi mengajar mereka di rumah.

Ajak dan Issey turut tersntuh ketika mendengar kisah pemanggil berkenaan. “Saya bukan orang senang, saya orang susah… jadi keperluan untuk alam maya ni kurang… saya kerja biasa-biasa. Bukan kerja bagus, gaji mahal macam orang lain.

“Betullah apa orang (pemanggil) cakap yang pagi tadi tu, lain padang lain belalang… semua satu Malaysia tak sama. Ada yang berkemampuan, ada yang tak berkemampuan,” ujarnya. Lebih menyntuh hati, lelaki itu meluahkan betapa dia sedih dan terkilan kerana tidak mampu memberi yang terbaik untuk pendidikan anak-anaknya.

“Mereka nak belajar, saya nak tolong ajar saya tak pandai. Saya tak boleh pksa diaorang. Kita suruh diaorang belajar, tapi bila mereka tanya balik (berkaitan pelajaran), kita tak dapat jawab. “Saya pagi-pagi dah tak ada dekat rumah, keluar cari rezeki tapi anak tak sekolah. Saya sedih… saya tak boleh nak cakap apa lagi.

“Saya tak ada tempat nak bercerita. Saya harap orang atasan ni akan pandanglah golongan B40,” katanya sambil menang1s dalam perbualan tersebut. Kisah lelaki tersebut turut dikongsikan di akaun

Instagram Suria.fm serta tular di beberapa platform media sosial yang lain, sekali gus mengundang sebak warganetyang seakan-akan dapat menyelami situasi yang dihadapi lelaki berkenaan. Selain meluahkan rasa simpati, ada warganet yang menawarkan bantuan untuk mengajar secara sukarela kepada anak-anak lelaki tersebut.

Antara komen warganet yang turut tersentuh dengan kisah lelaki berkenaan. “Tolong bagi contact number pakcik ni. Saya tak dapat bantu dari segi kewangan. InsyaAllah saya boleh bantu anak-anak pakcik ni belajar. “Betul… tak semua orang senang, kaya, duduk di bandar. Usahlah susahkan mak ayah yang kerja mencari rezeki untuk anak-anak. “Rakyat tengah susah, janganlah menyusahkan rakyat lagi,” demikian antara komen warganet. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.