Terkejut dengan apa yang Nabila cakap. Sekali Sharnaaz Ahmad setuju kalau Nabila nak tapis dulu.

Hubungan mesra antara Sharnaaz Ahmad dan pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz pernah menjadi tumpuan ramai orang. Kemesraan yang terjalin sesama mereka turut mendapat restu dalam kalangan peminat.

Kalau ada jodoh terus kahwin

Menjawab status hubungan mereka, Sharnaaz, 36, berkata dia dan Azira sekadar berkawan biasa. Bagaimanapun, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui ahli kumpulan pop wanita Malaysia, De Fam itu mempunyai ciri-ciri isteri yang diinginkan. Saya serahkan kepada yang berkuasa (Allah). Tapi bagi saya, saya kawan dengan semua orang. Kalau ada lebih (hubungan), biar la antara saya dan dia saja yang tau.

Apa yang saya boleh cakap, Azira seorang yang sangat baik. Dia sangat lembut, susah dia nak tinggikan suara. Sekarang kami berkawan, kalau lebih daripada itu terus kahwin. Apa pun, Jebat kena approve dulu.. dia boleh panggil mummy, okey jalan (teruskan). Masa muda boleh la demand dalam ciri-ciri isteri. Bila dah berusia ini, lebih pada keserasian tapi cantik itu pasti. Azira ada la ciri-ciri itu.

Terkejut dengan respon Nabila

Sementara itu, pelakon filem Jebat menyatakan dia terkejut dengan kenyataan bekas isterinya, Noor Nabila yang berseloroh supaya mana-mana wanita yang memasang niat untuk menjadi ibu tiri kepada Jebat perlu ditapis olehnya terlebih dahulu. Saya pun tak tau tapi terkejut juga bila dia cakap macam tu. Tapi betul la apa dia cakap.. dia ibu kandung Jebat jadi kena tengok la mak tiri. Bapa tiri ini lain cerita, dia tak peduli sangat pasal anak. Nabila kena la tengok siapa yang nak jaga anak dia.

Sharnaaz berkata demikian ketika sesi temu bual bersama Melodi yang disiarkan pada Ahad lalu. Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan berpisah pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat pada 30 Ogos 2018. Sumber: Youtube TV3MALAYSIA Official

Sharnaaz Ahmad buntu fikirkan untuk Jebat Jayden. Sekali Sharnaaz minta pendapat selain dari bagi mak baru.

Pelakon kacak Sharnaaz Ahmad buntu memikirkan hadiah yang sesuai diberikan kepada anaknya, Jebat Jayden Ahmad bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-3 pada 30 Ogos ini. Menerusi laman sosial Instagram, Sharnaaz berkongsi foto terbaru anaknya itu beserta beberapa perkara yang menjadi kegemaran Jebat dan hal ini tidak termasuk memberikan ibu baru.

Antara kegemaran anaknya yang disenaraikan adalah suka menari dan menyanyi, suka kentang dan ayam bakar, suka Spiderman, suka skeleton, suka bulan, suka main air berjam-jam dan suka perempuan cantik. “Aku perlukan bantuan. Hadiah apa nak beli kat budak bertuah ni untuk birthday dia nanti. Selain dari bagi mak baru, tolong bagi idea sat geng. Dah dekat dah 30hb 8 ni
https://www.instagram.com/p/CSqJ8hzhIT2/?utm_source=ig_embed&ig_rid=446be023-d420-4971-b26c-e4dcd2f8a778

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya mengusik supaya Sharnaaz memberikan hadiah ibu baru kepada anak kesayangannya itu. “Mummy muda yang pandai menari dan menyanyi seperti….,” usik seorang wargamaya. “Mak baruuuu,” kata seorang wargamaya.“Bagi mommy baru la mamu oii,” komen seorang wargamaya. “Bagi mami cantik lah,” ujar seorang wargamaya. “Bagi surprise mami baru la,” tulis seorang wargamaya. “Bagi mommy baru untuk dia, boleh teman dia menari, masakkan ayam bakar, mesti dia happy,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, pertanyaan tersebut telah menerima hampir 113,000 tanda suka daripada pengikutnya. Sekadar info, Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 di Petaling Jaya, Selangor. Pasangan itu sah berpisah pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mhk4mah Rendah Sy4riah Wilayah Persekutuan. Ibu Jebat, Nabila selamat diijabkabulkan dengan Engku Emran di sebuah masjid di ibu negara pada 18 Mac lalu. Sumber : Gempak

Tular rakaman usahawan kritik warga emas ni sampai ramai yang anggap tiada adab. Sekali ini respon dari Sharnaaz Ahmad.

Pengasas butik dan influencer terkenal dik.ompaun RM 1,500 selepas video lelaki itu dikatakan mem.arahi seorang warga emas dengan tidak memakai pelitup muka tular di media sosial hari ini. Dalam video berdurasi 49 saat itu menunjukkan individu itu tidak memakai pelitup muka sambil mengeluarkan kata-kata seakan-akan memarahi warga emas di pusat transit gelandangan di Jalan Pahang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, s.iasatan dijalankan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi semalam apabila individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan. Katanya, pihaknya telah memanggil individu itu ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan kejadian itu.

“Kita mengeluarkan k.ompaun sebanyak RM 1,500 kepada individu itu atas kes.alahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di pusat transit gelandangan tersebut. Tindakan ini adalah mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Penc.egahan Dan Pengawalan Sakit Berj.angkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) Pelan Pemulihan Negara 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi prosedur o.perasi s.tandard (SOP) ditetapkan Majlis Kese.lamatan Negara dalam memerangi w.abak C0vid 19. Jelasnya, kega.galan mematuhi SOP membolehkan t.indakan diambil di bawah u.ndang-u.ndang dan peraturan yang masih berkuat kuasa.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, ti.ndakan lelaki tersebut mempersoalkan kepada warga emas itu meny.esal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disif.atkan sebagai b.iadab dan menjatuhkan air muka warga emas terb.abit.

Sharnaaz Tampil Beri Nasihat

Rata-rata rakan artis meluahkan rasa b.engang sebaik sahaja mereka melihat satu video tular berhubung ti.ndakan seorang ahli perniagaan terkenal didkwa meninggikan suara terhadap seorang warga emas. Terbaru, pelakon, Sharnaaz Ahmad turut meluahkan perasaannya sebaik sahaja melihat video tersebut.

Pak cik ada hak untuk saman dia

Aku rasa satu Malaysia tahu pasal dia ni. Aku tak tahu apa sumbangannya kepada negara sampai dia boleh cakap macam tu kepada orang. Adakah dia pakar motivasi dan apakah kejayaan dia yang kita perlu banggakan. Kepada pak cik yang dih1na di khalayak ramai tu, pak cik ada hak untuk s.aman dia. Pak cik ambil la Lamborghini dia. Pak cik boleh pakai dan ajak geng pak cik semua pi relax, walaupun keadaan tengah tak elok. Pak cik s4man dan kita tengok warganet boleh tolong tak guna lawyer ajar dia.

Tak guna m4k1 dan lepas dekat media sosial. Kita lawan guna law biar dia terduduk macam mana pak cik kena. Umum mengetahui, Sharnaaz merupakan salah seorang selebriti yang dipercayai lantang bersuara apabila membabitkan i.su-i.su tular yang berlaku di negara ini.

Berhubung video semalam, Sharnaaz memberitahu bahawa warga emas tersebut boleh mengambil t.indakan u.ndang-u.ndang terhadap ahli perniagaan itu. Ini kerana, individu berkenaan didkwa telah memalukan warga emas tersebut di hadapan khalayak ramai. Di akhir Instagram Story, Sharnaaz memberitahu dia mampu membayar semula wang ahli perniagaan tersebut tiga kali ganda daripada jumlah yang diberikan. Ujar Sharnaaz lagi, ahli perniagaan tersebut perlu belajar mengenai adab terutama membabitkan golongan warga emas.

Carl Samsudin Mohon Maaf

Sumber : Online Malaya

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.