Terpisah Hampir 20 Tahun . Wanita ini Sebak Bersemuka Dengan Rosyam Noor.

Kehilangan individu yang kita sayang memang menyedihkan lagi-lagi ia melibatkan kedua ibu bapa sendiri. Lebih menyedihkan, apabila mereka ‘pergi’ begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang khabar. Namun, sebagai hambaNya kehidupan perlu diteruskan seperti biasa dan akur dengan percaturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Seperti perkongsian seorang wanita menerusi sesi live Instagram bersama Datuk Rosyam Noor, menceritakan dia sudah 20 tahun tidak berjumpa dengan ayahnya. Apa yang lebih mengejutkan, apabila wanita ini mendakwa rupa pelakon kacak itu mirip seperti ayahya.

Disoal ke mana ayahnya pergi, wanita ini menjelaskan dia sama sekali tidak tahu akan keberadaan ayahnya dan sekarang menetap bersama ibu dan enam adik beradiknya yang lain. Wanita ini juga turut menceritakan usia ayahnya sudah mencecah 50 tahun.

Datuk muka Datuk macam muka abah saya. Saya rindu, abah saya hilang dah dekat 20 tahun. Saya tinggal dengan mak dengan 6 orang adik beradik. “Saya tak tahu lah Datuk, waktu dia tinggalkan saya adik saya kecil lagi. Saya tak terkata bila dapat cakap dengan Datuk sebab selama ini saya teringin sangat nak jumpa Datuk. Sebab muka Datuk sebiji macam abah saya.”

“Saya nak cari dia Datuk, saya kahwin guna wali hakim. Adik saya nombor 2 kahwin pun guna wali hakim juga.”

Menerusi sesi tersebut, Rosyam Noor juga sempat memberikan nasihat kepada wanita ini supaya tidak putus mendoakan buat bapanya dan berharap boleh berjumpa satu hari nanti.

Kita doakan yang baik-baik apa-apa pun dia tetap ayah awak, kita tak tahu apa permasalahan dia entah hidup entah mati kan, kita doakan. Kalau dia hidup kita doakan kita boleh jumpa dia.

Apa yang berlaku dulu antara mak awak dengan ayah awak mungkin ada masalah sikit-sikit. Dia bukan tak sayang awak, dia sayang tapi mungkin ada benda-benda lain yang tak dapat dia elakkan. Kalau tak jumpa dekat sini, doa dekat Allah jumpa dekat syurga InsyaAllah ya, Banyakkan sedekah Al-Fatihah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sebak dengan kisah wanita ini dan pada masa yang sama turut mendoakan supaya mereka sekeluarga boleh bersatu semula.

Ebit Lew terkenang pesan akhir bapa. Tak sangka perkara ini menjadi antara pesanan terakhir dari bapanya.

Khabar duka yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mengenai pmergian ayahanda tersayang sememangnya turut membuatkan rakyat Malaysia berasa hiba. Beliau yang baru sahaja selesai menjalankan kuarantin wajib setelah pulang dari luar negara disambut dengan berita pemergian bapa yang beberapa waktu terlantar sakit.

Dalam perkongsian terbaru pendakwah tersebut, beliau telah memuat naik beberapa gambar dan video semasa proses pengurusan allhyrham Haji Ibrahim Lew Abdullah yang dilakukan di Muadzam Shah, Pahang.

Video :

https://www.instagram.com/p/CRRtdcrFSbm/?utm_source=ig_embed&ig_rid=86a690eb-5879-49d5-a663-92fd0a90d9a3

Terus pesan buat kebaikkan.

Ebit Lew juga sempat menulis beberapa pesanan yang pernah dititipkan allhyrh4m kepadanya seperti teruslah berbuat kebaikkan dan tidak merisaukan keadaannya walaupun ketika itu sedang sakit. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan yang bapanya merupakan individu yang kuat bekerja namun tidak pernah meminta apa-apa kerana semuanya diberikan kepada orang lain.

Perkongsian beliau telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan salam takziah buat pendakwah tersebut. Mereka juga mendoakan agar roh allahyarham terus dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga yang tertinggi bersama-sama orang yang beriman.

Sumber: Instagram Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular ramai yang tak puas hati akan reaksi dari DSV soal bendera putih. Sekali DSV tak nak disamakan dengan Ebit Lew sampai bagi komen macam ni pulak.

Gara-gara k3s video tul4r membabitkan pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang telah mengvlas tentang kempen #benderaputih ternyata telah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada .

Kata netizen, kenyataan DS Vida disifatkan sebagai tidak sensitif dan mementingkan diri di kala rakyat sedang bergelut dengan pelbagai kesulitan ketika pandem!k ini.

Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA.. Tidak berdiam diri, usahawan itu tamp1l menjelaskan niat sebenar di sebalik kenyataannya di mana dia hanya ingin menyuntik semangat kepada orang ramai untuk berusaha mengubah diri.

Katanya lagi, dia menyokong kempen #benderaputih tapi dalam isu tersebut bukan semua orang sanggup angkat bendera putih semata-mata hanya ingin mendapatkan bantuan. “Sama juga kalau angkat bendera putih pun, bukannya bantuan terus sampai dalam tempoh lima minit. Kalau banyak alasan macam mana nak kaya?” ujarnya lagi. Dia dalam pada itu turut meminta orang ramai agar tidak membanding-bandingkan dirinya dengan pend4kwah terkenal, Ebit Lew.

“Saya bukan Ebit Lew, aku dari susah sekarang senang, Dia dia aku,aku. Tidak sama diciptakan. Kalau semua diciptakan sama maka tiadalah orang sesak tiadalah orang kaya.”

Sumber: beautifulnara

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DSV akui lebih bahagia dengan anak anak daripada orang yang macam ni. Sekali ramai pula yang setuju dengan perkongsian tersebut.

Hampir empat tahun berpisah, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida mengakui kini hidup selesa bersama anak-anak meskipun tanpa kehadiran insan bergelar suami di sisi. Kata Vida lagi, lebih membimbangkan jika bertemu dengan pasangan yang salah terutamanya jika dapat lelaki jenis biawak hidup yang malas bekerja.

“Realiti Zaman sekarang, berkasih sayang bagai nak rak tapi kosong. Nak beli itu ini utk diri sendiri pun tak boleh. Tambah dapat jenis biawak komodo hidup. Kerja malas. Tau nak makan tidur. Betul la kan?Bukan jenis saya laa kalau macam tu. Baik saya bahagia dengan anak anak. Dah cukup,” katanya.

Perkongsian Vida di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut bersetuju dengan pendapatanya itu. Kata warganet lagi, jika sudah memiliki semuanya mengapa perlukan lelaki lagi. Dalam pada itu, ramai mendoakan semoga Vida bahagia bersama anak-anaknya dan terus berjaya dalam perniagaan. Terdahulu, perkahwinan ketiga Datuk Vida bersama Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir pada 2017 selepas mendirikan rumah tangga selama 3 tahun.

Sumber:Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.