Terkejut bila tiba tiba Anju lari dari tepi jalan. Sampai terpaksa tutup live fb. Rupanya ini yang terjadi pada Anju.

Nama selebriti penuh kontroversi dan sensasi, Zarina Anjoulie Lavocah atau mesra disapa Anju kerap menjadi sorotan media. Ini memandangkan gemar berkongsi aktiviti sehariannya di media sosial.

Walau bagaimanapun, Anju sememangnya tidak lokek memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi. Kali ini, selebriti tersebut telah membuat live FB sebelum mengedarkan ayam mentah secara percuma di tepi jalan dan menghantar sendiri ke orang awam yang berhenti bagi mendapatkan ayam tersebut.

Apa yang menjadi perhatian warganet adalah pada minit ke 0.41 apabila Anju memaklumkan terpaksa menutup live sebelumnya kerana ternampak penerima ayam mentah itu. Dia merasakan perkara tersebut tidak baik dan enggan wajah penerima bantuan didedahkan. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji tindakan Anju dengan menyifatkan apa yang dilakukan itu harus dicontohi.

Ia bukan sahaja menutup aib penerima bantuan tetapi dapat mengelakkan sebarang pertikaian bantuan di kemudian hari. Mereka juga mendoakan agar Anju dimurahkan rezeki dan danap membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Food Anjoulie / belumtengok

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Dikatakan tengah hangat bercinta dengan Zarina Anjoulie. Tak boleh berdiam dah sekali Zoey Rahman bongkarkan sesuatu.

Kuala Lumpur : “Doakan kami.” Itu kata pelakon dan pengacara Zoey Rahman mengenai hubungannya dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie. Kemesraan pasangan itu mulai menjadi sebutan dalam kalangan pengikut mereka dan warganet selepas kedua-duanya kerap membuat sesi siaran langsung di Instagram.

Malah, hantaran dimuat naik Zoey, 36, di Instagram juga seolah-olah memberi gambaran mengenai hubungan cinta yang terjalin. Zoey berkata, dia dan Zarina sudah saling mengenali sejak sama-sama terbabit dalam filem Legenda Budak Stan pada 2010.

“Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.

“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Zoey, sejak hubungan itu mendapat perhatian warganet, dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) dan komen. Ada yang suka dan ada sebaliknya.

“Ramai suka dan ramai juga kritik sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

“Sebenarnya dia ‘masuk air’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.

“Kita ini manusia biasa, jangan menilai orang berdasarkan apa yang nampak. Kita tidak tahu pengakhiran hidup macam mana. Setiap orang ada fasa jahat, baik, jatuh dan bangun. Orang boleh berubah bila-bila masa saja. Sejujurnya, saya tak mampu puaskan hati semua. Mana yang suka, terima kasih. Jika sebaliknya, itu pilihan masing-masing,” katanya.

Ditanya adakah itu hanya sekadar gimik bagi melariskan produk rangkaian Mikaseries, Zoey menafikannya. “Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.

“Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan. Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu,”

Anju nampak mesra dengan Zoey Rahman. Rupanya ini hubungan sebenar Anju dan Zoey Rahman buat ramai yang terkejut.

Nama pelakon Zarina Anjoulie atau Anju sentiasa hangat dengan kontroversi. Namun beliau mempunyai peminat yang tersendiri yang suka menyokong apa yang dilakukannya. Pada 29 Jun 2021, pelakon Zoey Rahman telah memuat naik satu foto bersama dengan Anju untuk memberitahu tentang satu sesi siaran langsung melalui Instagram yang ingin dilakukan bersama pada malamnya.

Melalui siaran langsung tersebut, Anju dan Zoey ada memberitahu tentang persahabatan mereka yang sudah lama bermula ketika mereka mula-mula berlakon dahulu. Zarina turut memuji wajah Zoey kini yang kelihatan awet muda walaupun usianya sudah 36 tahun. Sementara itu melalui ruangan komen, ada warganet yang merasakan mereka kelihatan sepadan.

Baguslah Zoey dan Anju kerana masih lagi mengekalkan persahabatan mereka walaupun sudah lama tidak terlibat dengan projek lakonan bersama.

Sumber: Instagram Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie (HotFM)

Live Instagram Dengan Zarina Anjoulie, Zoey Rahman Diasak Soalan Warganet– “Anju Memang Ambil bahan terlarang Ke?”

Selepas media melaporkan seorang selebriti wanita dithan kerana dikatakan terbabit dengan penyalahgunaan bahan terlarang di Nilai, Negeri Sembilan, nama Zarina Anjoulie, 34, menjadi panas dalam kalangan warganet.

Zarina atau mesra dipanggil Anju dikatakan sebagai selebriti yang ‘kantoi’. Lantaran itu malam tadi, Zarina yang membuat sesi siaran langsung dengan pelakon Zoey Rahman, 36, di Instagram (IG) diajukan soalan mengenai laporan tersebut.

Sesi yang memakan masa antara 10 hingga 15 minit itu dihujani dengan komen penonton yang ingin mendapatkan kesahihan tentang berita itu. Bagaimanapun, Zarina dan Zoey tidak menjawab soalan panas kerana sedang rancak berborak mengenai kecantikan wajah dan pemakaian pendakap gigi. Selepas Zarina keluar daripada live tersebut, Zoey sempat membaca dan menjawab beberapa komen.

“Betul ke Anju ambil bahan terlarang? “Zoey, Anju memang ambil bahan terlarang ke?” antara soalan yang ditanya. Bagaimanapun, pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman menyatakan dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

“Mana lah saya tahu,” jawab Zoey secara ringkas. Terdahulu, seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang di sebuah rumah di Kampung Chalet di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata wanita berumur 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat di rumah berkenaan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Video Anju marah bila ada individu yang baru kenal tiba tiba dah ajak tidur rumah dia. Tak boleh berdiam sekali ini respon Anju buat ramai yang bangga.

Seleps rumah tangga Zarina Anjoulie runtuh pada mac lalu, Semakin ramai lelaki yang cuba menghampirin dirinya. Menerusi Instagram, Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul telah berkongsi satu hantaran video menarik perhatian ramai .

Baru kenal kau beriya nk tido umah aku kenapa?? Jijik … tolong la bawak knek busuk korang else where.

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CQQyopKDF3q/

KOMEN WARGANET:

Sumber:Instagram Zarina Anjoulie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://www.dnq.pw/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas je Anju kantoikan apa yang bekas suami buat. Sekali bekas suami Anju ditahan polis atas sebab ni.

Bekas suami kepada pelakon Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar ditahan di Ibu Pejabat plis Daerah (IPD) Nilai pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Memetik laporan Sinar Harian, Eilyas ditahan susulan laporan polis dibuat Zarina pada Sabtu lalu berkenaan ugtan yang diterima daripada bekas suaminya.

Ketua polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata Zarina mendakwa menerima pesanan berunsur ugtan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.

“Sehubungan itu pada semalam (Ahad), sspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan dithan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 507  dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.

Terdahulu, Zarina ada memuat naik bukti paparan mesej perbualan yang mana Zarina bertanya sama ada dia perlu membayar Eilyas jika ingin dilepaskan, lelaki itu meletakkan harga bayaran berjumlah RM10,000.

Menerusi satu lagi perkongsian, Zarina turut berkongsi laporan polis yang dibuat berkenaan tindakan Eilyas yang pernah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan videonya dalam keadaan aib.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: rotikaya

Tular tentang Anju buat pendedahan tentang bekas suami. Sekali tiba tiba Fara Mendoza pula mula bersuara tentang isu ni.

Tidak lama selepas Zarina Anjoulie membuat beberapa pendedahan mengenai bekas suaminya, Fara Mendoza pula membuat hantaran di Instastory. Walaupun tidak menyebut nama individu hantaran itu ditujukan, namun melihat kemlut antara dua selebriti terbabit sebelum ini, tidak mustahil Zarina atau Anju adalah sasarannya.

“Kalau dah berpisah tu, janganlah buka aib pasangan. Tak elok. Nanti aib awak terbuka sekali. “Tolonglah move on je, mungkin Allah nak uji,” tulisnya di IG Story. Fara bagaimanapun berpesan kepada warganet dan diri sendiri supaya tidak menjadi batu api dan menyibuk hal orang lain.

“Jangan nak melaga-lagakan pasangan tu lagi. “Jangan suka cakap lebih-lebih tentang kehidupan orang, takut apa yang kita cakap berbalik pada kita suatu hari nanti,” ujarnya yang meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain.

Fara dalam masa sama meminta mana-mana pasangan berpisah supaya berfikiran positif dan tidak menuding jari antara satu sama lain.

Sumber: cari

Bekas suami Zarina Anjoulie terkejut apabila dikatakan buka aib. Sekali Eilyas tampil jelaskan hal sebenar.

Eilyas akui ada menghantar mesej melafazkan tal4k terhadap Zarina di Instagram.
Selepas dilempar pelbagai tudvhan kononnya sering mengvgut untuk membuka 4ib bekas isteri yang juga pelakon Zarina Anjoulie, bekas suaminya iaitu Eilyas Azhar tampil mempertahankan diri. Eilyas bagaimanapun terkejut dengan tuduhan berkenaan kerana menurutnya dia adalah individu yang sedaya upaya cuba menutup maruah bekas isterinya itu ketika mereka masih bersama.

“Saya tak pernah membuat ugvtan seperti yang didkwa Zarina. Selepas kami berpisah, memang saya ambil keputusan untuk berdiam diri sebab dah move on… tak pernah terfikir nak post fasal dia lagi. Paparan skrin laporan polis pertama terhadap Eilyas namun Zarina memadamnya selepas beberapa minit dimuat naik.

“Dekat mana saya 4ib dan burukkan dia? Sedangkan bila dia buat IG live ternampak lutut dan peha sikit pun, saya akan tutupkan aurat dia demi jaga maruah dia sebagai isteri ketika itu. Tak ada siapa nak serabut… saya nak hidup dengan tenang. Buat apa saya nak hidup dalam keadaan serabut macam itu,” kata Eilyas.

Pada Sabtu Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul tampil membuat laporan polis kedua terhadap Eilyas selepas mendkwa divgut bekas suaminya itu. Kali pertama laporan polis dibuat pada bulan lalu selepas Eilyas didakwa menceroboh rumahnya hanya untuk merakam foto 4ib.

Dalam pada itu, Eilyas atau lebih mesra disapa sebagai Yas sudah menerima panggilan daripada pihak polis yang memintanya untuk hadir memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat Zarina. Memang benar saya lafazkan tal4k dia menerusi Instagram tapi itu pun selepas dia provok saya. Bagaimanapun, Eilyas memberitahu dia tidak mengetahui mengenai laporan polis pertama yang dibuat Zarina pada bulan lalu memandang tiada panggilan polis yang diterima.

“Ya… lebih kurang pukul 2 pagi tadi saya ada terima panggilan daripada pihak polis yang meminta saya untuk hadir ke IPD Nilai bagi memberi keterangan mengenai laporan polis yang dibuat Zarina. Hari ini, pukul 3 saya pergi ke sana untuk memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut. Tapi mengenai laporan polis bulan lalu itu memang saya tak tahu apa-apa. Kalau betul ada laporan polis, mesti polis akan hubungi saya tapi bulan lalu memang tak apa-apa panggilan daripada pihak polis pun,” ujarnya.

Sementara itu, Eilyas juga membuat pengakuan dia ada melafazkan tal4k menerusi Instagram seperti yang didakwa namun tindakan tersebut disebabkan provokasi daripada Zarina. Eilyas hadir ke IPD, Nilai untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Zarina terhadapnya.

“Memang benar saya lafazkan dia menerusi Instagram tapi itu pun selepas dia provok saya. Sebenarnya saya belum lafaz masa dia post dekat IG umum sudah berpisah kali kedua. Kenapa muat naik hanya paparan skrin mesej pendek saya minta transfer duit untuk lafaz? Kenapa tak buat screen record dari awal perbualan kami di mana dia provok saya untuk lafaz ? Saya ada bukti tapi memikirkan keluarga saya, saya pilih untuk berdiam diri. Tapi sekarang, kalau kes ini masuk mahkamah, kebenaran akan terbongkar,” katanya.

Menerusi laporan pada 3 Mei lalu, Zarina mengesahkan dia sudah bercerai dengan Eilyas selepas rujuk buat kali pertama pada 2 awal Mac lalu. Ia merupakan pengumuman perpisahan kali kedua dengan Eilyas kerana pada 27 Januari lalu, Zarina pernah memaklumkan perkahwinan mereka sudah berakhir selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.