Ramai sangat yang cuba ingkar SOP pada musim raya haji ni. Sekali PDRM tampil dedah tindakan polis sekiranya tuan rumah terima tetamu.

Polis Melaka tidak teragak-agak mengheret pemilik kediaman ke balai polis sekiranya didapati menerima tetamu yang melakukan perjalanan rentas sempadan negeri tanpa kebenaran pada Hari Raya Aidilfitri ini. Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, seramai 94 petugas pemantau akan dikerahkan di ketiga-tiga daerah di negeri itu bagi membuat pemeriksaan mengejut terhadap kediaman yang mempunyai jumlah kenderaan diparkir yang meragukan.

Beliau berkata, tidak dinafikan ada antara individu yang berusaha menipu pihak berkuasa untuk pulang ke kampung dengan memaklumkan mereka hanya merentas daerah memandangkan aktiviti itu dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Bagaimanapun, ujar Mat Kasim, pada musim perayaan ini, pintu-pintu masuk ke sempadan negeri itu terutama di plaza-plaza tol akan diperketatkan, memandangkan alasan berkenaan tidak masuk akal. Ini kerana jelasnya, Melaka merupakan sebuah negeri yang kecil dan kebanyakan pengguna jalan raya cenderung memilih laluan persekutuan berbanding lebuh raya dengan mengambil kira faktor jarak antara daerah yang dekat.

“Jadi kita tahu negeri Melaka ini kecil dan laluannya pun agak mudah, tetapi bagaimanapun, di pintu-pintu masuk dan pintu keluar, contoh di tol Simpang Ampat ini, dua-dua belah kita akan jaga. Kita akan pastikan mereka ini mematuhi dan mempunyai permit yang sebenarnya. Janganlah cuba-cuba hendak melintasinya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sayang duit untuk bayar RM1,000, lebih baik digunakan untuk hari raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau sekatan jalan raya di plaza tol Simpang Empat, di sini, malam tadi. Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini lapan sekatan jalan raya yang melibatkan 505 pegawai dan anggota dilaksanakan di Melaka termasuk di laluan-laluan pesisir pantai.

Ia bagi mengekang cubaan penyeludupan keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan laluan laut. Dalam pada itu, ujar Mat Kasim, pihaknya turut menempatkan pasukan pemantau di pasar raya dan pasar-pasar awam di negeri ini sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan kesemua peniaga dan pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Tegas beliau, individu yang dikesan ingkar terhadap arahan pihak berkuasa juga akan diberikan saman tanpa sebarang alasan.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebak lihat rakaman ujian yang menimpa peniaga ini. Sekali anak dedahkan bapa tak sampai seminggu cuba nasib jual buah kayangan ini.

Gerai durian milik ayah Eya di Paroi rosak dalam kejadian hujan lebat dan ribut pada Ahad lalu. Peniaga atau penjaja adalah antara golongan yang paling terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak setahun lalu.

Sudahlah terpaksa mengeluarkan modal untuk menyediakan barang jualan, namun akhirnya terpaksa menanggung kerugian kerana kekurangan pengunjung atau pembeli. Bukan itu sahaja, ada ketikanya peniaga terpaksa menanggung kerugian dua kali ganda apabila barang jualan dan kelengkapan gerai rosak kerana cuaca buruk atau bencana alam.Itulah yang dialami oleh seorang peniaga durian di Paroi, Negeri Sembilan, selepas gerainya terjejas teruk akibat hujan lebat dan ribut baru-baru ini. Video yang dikongsikan di aplikasi TikTok iaitu rakaman ketika dia dan para peniaga lain bertungkus lumus menyelamatkan barang jualan dan gerai masing-masing, menimbulkan rasa sebak dan simpati warganet.

Video :

https://www.instagram.com/p/CRFr-3Bp9F8/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 250, 000 jumlah tontonan di aplikasi berkenaan. Nur Alia Natasha Romzi yang memuat naik video berkenaan berkata, kejadian berlaku ketika bapanya baru empat hari mencuba nasib untuk berniaga buah durian di pekan berkenaan.

“Ayah dan ibu saya sebenarnya memang dah lama berniaga, macam-macam bisnes dah cuba seperti buka kafe, kedai kraf tangan, buat penghantaran makanan. Cuma bila musim buah durian sekarang ni, ayah saya nak cuba berniaga buah durian pula. Kiranya bisnes keluarga juga. Ayah ambil stok buah banyak dan bahagikan di dua kawasan iaitu di Paroi dan Senawang. Gerai di Paroi, ayah dan ibu jaga manakala saya pula jaga gerai di Senawang.

Sepupu Eya sedang membantu mengutip buah durian yang berselerak selepas gerai mereka dilanda ribut kencang.

“Video yang saya muat naik itu adalah kejadian di gerai yang ayah saya jaga iaitu di Paroi. Menurut ayah, cuaca OK saja awalnya, tapi kira-kira pukul 3 petang, hujan turun dengan lebat siap dengan ribut. Habis buah durian dan barang makanan lain jatuh bergelimpangan dan rosak. Khemah juga semua patah sebab ribut kencang. Kalau tengok dekat dalam video tu, ada peniaga siap kejar khemah dia yang diterbangkan angin. Masa tu memang semua kalut dan bertungkus lumus, tak sempat nak menolong, ” kata gadis berusia 18 tahun ini.

Senang disapa sebagai Eya, gadis ini berkata insiden tersebut menyebabkan bapanya menanggung kerugian kerana lebih separuh buah durian dan makanan lain seperti Durian Crepe dan otak-otak rosak.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Situasi sekarang ni sangat berbeza. Pendek kata, jualan tidak rancak sangat.

“Kuatnya ribut tu sampai buah durian dan barang lain berterabur di atas jalan. Selepas reda, ayah terus kemas dan pulang. Dekat rumah, kami kupas buah durian nak periksa… yang elok tu kami makan, yang rosak memang terpaksa dibuang. Esok tu ayah cuti daripada berniaga… khemah pun tak ada sebab patah. Memang nampak mukanya sedih… tapi inilah adat orang berniaga. Mungkin ini adalah ujian untuk kami sekeluarga, ” kata anak keempat daripada lapan orang adik beradik ini. Bercerita mengenai sambutan di gerai duriannya, Eya berkata situasi pandemik dan pelaksanaan PKP sedikit sebanyak menyebabkan jualan agak perlahan.

Eya bersama ibu bapa dan tujuh lagi adik beradiknya.

“Situasi sekarang ni sangat berbeza. Pendek kata, jualan tidak rancak sangat. Namun ia bukan alasan untuk kita berputus asa, ” ujarnya. Tidak mengharapkan apa-apa atau cuba meraih simpati, Eya berkata video berkenaan hanyalah perkongsian pengalaman ‘pahit manis’ sebagai seorang peniaga.

“Kadang-kadang ada yang tengok orang berniaga atau yang buat bisnes famili ni ada duit selalu… tapi orang tak tahu apa kisah kami lalui setiap hari. Macam apa yang berlaku baru-baru ini, ia sebahagian daripada ujian dan adat berniaga. Saya hanya minta warganet doakan agar permudahkan urusan keluarga kami sahaja, ” ujarnya lagi.

Sampai cecah 2 angka pekerja pos rider hilang kerja. Sekali ini luahan kecewa pekerja.

Seramai 23 pekerja Pos Rider Pos Malaysia mendkwa menerima notis pemberhentian perkhidmatan sebagai kakitangan Pos Malaysia dalam tempoh singkat. Pos Rider, Abdul Malik Husin, 47, berkata, lebih mengecewakan notis yang diterima melalui emel pada 21 Jun lalu memaklumkan kontrak akan ditamatkan pada 1 Julai ketika sedang bergelut meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Abdul Malik, bukan mudah untuk menerima keputusan itu lebih-lebih lagi mengenangkan keluarga dan anak-anak yang masih belajar.

ABDUL MALEK

“Bagaimana kami mahu mencari kerja lain selepas menerima notis yang singkat dalam keadaan umur yang semakin meningkat. Lagipun sebelum menyertai keluarga Pos Malaysia kami dikenakan syarat perlu memiliki van sendiri dan saya terpaksa membeli van baharu namun baharu setahun lebih bekerja kami telah diberhentikan,” katanya ketika ditemui di Ayer Keroh, di sini, pada Khamis. Mengulas lanjut, Abdul Malik yang pernah bekerja di bahagian promosi pelancongan berkata, atas sifat kemanusiaan sepatutnya pihak berkenaan lebih bertoleransi dan bertimbang rasa dengan tidak membuang pekerja ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

IZADDIN

Rakannya Izaddin Yunus, 47, berkata, notis ringkas itu turut membuatkan dia terkesan dan terjejas pendapatan lebih-lebih lagi lima orang anaknya masih bersekolah dan tiga baru tamat pengajian. Menurutnya, sebelum ini dia terpaksa meminjam wang daripada saudara-mara untuk membeli van namun baru setahun bekerja sudah menerima surat pemberhentian.

“Kita keluarkan modal untuk semua kos penyenggaraan dan kerana tawaran menarik bekerja di Pos Malaysia menyebabkan saya sanggup meninggalkan jualan buah-buahan sebelum ini. Tapi malngnya ini yang saya dan rakan-rakan dapat selepas setahun bekerja,” katanya.

Izaddin berharap Pos Malaysia mengambil kira semua aspek termasuk kesetiaan ditunjukkan selama ini selain tidak menimbulkan sebarang masalah yang boleh mencalarkan imej Pos Malaysia.

Sumber : sinar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

PDRM umum hanya surat pengesahan tertentu ini sahaja akan diterima untuk pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja mulai pada tarikh ini.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan hanya akan menerima surat pengesahan daripada kementerian atau agensi tertentu sahaja sebagai bukti yang kukuh membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bermula 8 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM menyokong hasrat kerajaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sebagai agensi bertanggungjawab menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR), kebenaran melakukan perjalanan hanya akan diberikan kepada pekerja yang mengemukakan surat pengesahan daripada kementerian dan agensi tertentu sahaja bagi sektor yang dibenarkan beroperasi. Surat kebenaran yang diterima pakai sebagai bukti untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja adalah daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Acryl Sani, surat pengesahan yang turut diterima adalah daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi.

“MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil dan bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0). Kebenaran juga diberikan kepada mereka yang mempamerkan surat pengesahan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit dan getah atau sebagainya,” ujar beliau.

Jelas beliau, bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh MPIC atau LGM.

“Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0). Turut diterima adalah surat yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi institusi kewangan serta insurans dan Suruhanjaya Sekuriti yang berkaitan sektor urusniaga saham,” katanya.

Tambah Acryl Sani, surat pengesahan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil dan penjaja gerai makanan juga ‘food truck’ turut diterima dan lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi, surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0).

“PDRM juga turut menerima surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran serta Kementerian Dalam Negeri (KDN). Semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan sebagainya akan turut diterima pakai,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah pergerakan rentas sempadan iaitu ziarah kehilangan keluarga, kecemasan dan mereka yang bekerja sendiri.

“Dokumen pengesahan yang dikemukakan di SJR juga haruslah bertarikh mulai 1 Jun 2021 dan pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah seperti dinyatakan atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun akan diarahkan untuk berpatah balik. Bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara ‘one off’ untuk tempoh dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021,” tambah beliau.

Acryl Sani berkata, bagi pekerja di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois, pembayaran gaji dan sebagainya, kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one off iaitu bagi tempoh dua hingga tiga hari sahaja dan surat pengesahan daripada majikan juga perlu dikemukakan sebagai bukti.

“Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri JPM melalui MITI (CIMS 3.0) dan bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes yang baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR. PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah dinyatakan ketika melalui SJR dan mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau.

Acryl Sani menambah, orang ramai diminta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19 dan sekiranya terdapat aduan mengenai pematuhan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP, salurkan melalui Malaysian Goverment Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000 atau menerusi emel ke 80008000@myggcc.gov.my serta aduan.pematuhan@mkn.gov.my.

Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.