Ramai yang lega bila kerajaan dah longgarkan syarat buat beberapa negeri. Sekali Dr Izzar tampil beri tips dan nasihat supaya orang ramai kekal beringat dan amalkan tips ini.

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari mengingatkan agar orang ramai tidak menyalahgunakan ‘hak istimewa’ diberikan kepada mereka yang lengkap dua dos vksin. Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Dr Izzar berharap rakyat Malaysia sentiasa beringat dan bijak dalam membuat pilihan kerana varian yang paling ditakuti iaitu varian Delta masih ‘mencari mngs4’.

“Mesti ramai gembira dah boleh keluar dine-in dan merentas daerah kalau dah lengkap divaksinasi. Walaupun kelonggaran ini diberi, kita hendaklah beringat dan bijak membuat keputusan. Ini kerana Delta Variant sedang berlegar-legar di luar sana,” tulisnya. Dalam hantaran yang sama, Dr Izzar juga memberikan beberapa tips buat mereka yang ingin makan di restoran.

>1. Pastikan pakai double mask atau N95 kalau keluar n patuh SOP 2. Makan di kedai yang open concept/ pengudaraan dia baik. Elakkan dine-in di mall/ kedai di mana pengudaraan dia tak berapa baik sebab dalam ruang tertutup. Cuba pergi awal masa tak ada orang ke. Virus C-19 ni kan airborne. Dine-in kat rumah keluarga/kawan yang dah lengkap divksin lebih baik. 3. Nak merentas daerah pun beringat. Hanya benarkan orang yang dah lengkap divaksin untuk melawat anda dan lawat orang dah lengkap divaksin. Kalau ada anak-anak kecil yang belum divaksin, tangguhkan dulu niat sebab mereka tak dilindungi lagi.
4. Jangan teruja sangat dengan kadar vaksinasi di Malaysia. Alhamdulillah memang tinggi tapi kalau kita tengok betul-betul, ia tinggi di GKV. Rata-rata negeri lain kadar vaksinasi tak sampai 50% lagi yang lengkap divaksinasi 5. Kita boleh menarik nafas lega kalau kes BID, kehilangan, dan kes CAT 3,4,5 semakin berkurangan. Perhati betul-betul. 6. Kita kena terima yang kita akan hidup disamping C-19 ni. Walaupun kelonggaran diberi, tak bermaksud ancm4n C-19 tu dah tiada. Sentiasa beringat. Dr Izzar juga berharap agar rakyat Malaysia dapat menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga.
Perkongsian:
https://www.instagram.com/p/CS24npRlfQy/?utm_source=ig_embed&ig_rid=5235c813-88c6-4dbf-a764-e9bcf0de0cdc
“Golongan yang memalsukan e-sijil vaksinasi perlu didkwa atas tudvhan percubaan membnvh. Buatlah keputusan yang bijak. Tanggungjawab keselamatan/ kesihatan keluarga di tangan anda, bukannya orang lain. #drizzarshares,” tulisnya. Sumber : Gempak

Ummi Nazzera selamat lahirkan anak keduanya. Bayi sihat walaupun mengalami sakit ini semasa bersalin.

Pelakon popular, Ummi Nazeera telah selamat melahirkan anaknya yang kedua pada 2 Jun yang lalu. Ummi telah mengumumkan berita gembira itu di akaun rasmi Instagramnya malam tadi. Tulis Ummi di bahagian kapsyen, dia telah selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.2 kg secara normal pada 2 Jun lalu.

Kongsinya lagi, dia bersyukur kerana bayinya dilahirkan sihat biarpun ketika bersalin, Ummi dilanda demam panas. Ummi juga meminta supaya mendoakan anak-anaknya membesar dengan sihat dan menjadi ank yang solehah. Tahniah kami ucapkan kepada Ummi sekeluarga. Semoga kelahiran cahaya mata yang kedua ini akan menyerikan lagi kehidupan kalian. Sumber : Motif Viral

Teruja dengan kehamilan akhirnya Elly Mazelin dedahkan foto bayinya buat ramai yang tak sabar.

Sudah lama pelakon dan pengacara Elly Mazlein menginginkan anak dengan perkahwinan kedua beliau. Alhamdulillah impiannya tercapai apabila beliau sebelum ini telah mengumumkan dirinya sedang hamil. Teruja denga kehamilan itu, Elly telah berkongsi foto bayinya melalui imbasan ultrasound yang dibuatnya. Elly memberitahu bahawa beliau geram melihat anaknya yang masih dalam kandungan itu.

“Baby cakap ,cantikkkkkkk dikkkkk .. tgk tu ibu jari dia …mama gerammmmmm da .. Syukur Alhamdulillah baby sihat & mama pun sihat.. Doakn Kepom & baby selamat ya kesayangan” Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana kesihatannya dan bayi berada dalam keadaan baik. Selain itu, Elly mendoakan supaya mereka yang masih menanti zuriat akan dipermudahkan untuk memilikinya.

“Kak kepom pun Doakn anda yg sedang usaha utk mendpt Zuriat, terus kekal usaha,Doa & tawakal ya .. kesihatan pun kena jaga juga .. senaman kena buat.. jaga mkn .. ambil ubat yg sesuai ya .. InsyaAllah Allah susun cantik buat kita semua.. cuma cepat & lambat je .. Bersangka baik selalu”

Kami di Hot FM mendoakan semoga Elly dan bayinya berada dalam keadaan sihat selalu dan dipermudahkan urusan melahirkan nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : hotfm

Tular Tentang Reaksi Elly Mazlein Pandang Perempuan Yang Ada Hubungan Dengan Suami Orang. Sekali Elly Mazlein Tampil Dedahkan Situasi Sebenar Buat Ramai Yang Terkedu.

Astro kembali menyajikan sebuah program yang akan membuat penonton melekat di depan kaca televisyen. Program baharu yang dihoskan Elly Mazlein dan Awal Ashari tersebut diberi judul Borak Klamin.

Ia merupakan sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan. Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini,

Borak Klamin akan bersiaran sebanyak 10 buah episod. Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program Borak Klamin bakal mengetengahkan topik-topik

diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.

Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan istimewa yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khas untuk berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional.

Episod terakhir program Borak Klamin yang dihoskan oleh gandingan pengacara, Elly Mazlein dan Awal Ashaari telah pun bersiaran, pada Isnin. Pada episod kali ini, program yang membincangkan mengenai isu kekeluargaan ini telah membahaskan topik hngat iaitu ‘Skndal Lunchtime’.

Antara tetamu undangan yang dijemput untuk berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah pelakon dan penyanyi, Bella Astillah. Isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini ada berkongsi mengenai perglakan rumah tangganya yang pernah berlaku sebelum ini.

Malah, menerusi perkongsian di laman Instagram, Elly dilihat ada memuat naik sebuah video teaser yang memaparkan temu bualnya eksklusifnya bersama seorang wanita yang difahamkan telah menjadi punca kepada berlakunya kes tak setia melibatkan lima lelaki berstatus suami orang.

Video berdurasi hampir 30 saat itu nyata menarik perhatian ramai pihak lebih-lebih lagi selepas melihat reaksi Elly yang cuba menahan rasa marah sewaktu temu bual tersebut sedang berlansung. Malah, Awal juga dilihat tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya saat mendengar pendedahan daripada wanita tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa geram selain turut mengkritik tindakan wanita tersebut. “Muka Kak Lina tak boleh nak cover dah bila Tasya tu tanpa rasa segan silu dan

bangganya menceritakan kemak.siatan dia. “Mesti Kak Lina pun tahan geram macam kami,” luah seorang individu. “Hahaha, mengekek saya gelak tengok gelagat Kak Kepom. Marah Betoi tu,” komen seorang individu di Instagram. “Muka Kak Lina menahan geram je semalam. Awal pun macam terkedu,” kongsi individu lain pula. Kredit : MH/IGEllyMazlein

Buat Perkongsian Dengan Pengikut Tentang Tips Kehamilan. Tetapi Ini Pula Yang Berlaku Dan Ini Komen Elly

Terbaru, Elly Mazlein yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara telah membuat luahan bahawa dia bengang dengan sikap sesetengah warganet yang mengkritik dirinya selepas berkongsi tips kehamilan dengan pengikutnya di IG. Elly Mazlein yang baru sahaja muncul dengan single Dusta Cinta, meminta kepada warganet yang subur dan tak ada benda baik untuk bercakap menutup mulut.

Jelas Elly, niatnya hanya ingin membantu wanita yang memerlukan. Katanya lagi,,”Saya menerima banyak mesej langsung daripada wanita yang bertanyakan tips kehamilan sejak mengumumkan berita kehamilan dalam IG, baru-baru ini.”Siapa sangka, ramai wanita berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah, ada yang sudah lama berkahwin lama belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata.”

Untuk makluman, saya bukan pakar mahupun doktor, tetapi saya hanya ingin berkongsi tips yang diamalkan. Ada antara tips dikongsikan oleh orang lain kepada saya. Jadi, tidak salah untuk saya memanjangkan tips berkenaan supaya menjadi lubuk pahala.”Memang rezeki datang dari Allah, tetapi kita tidak boleh hanya menadah tangan dan mengharapkan keajaiban berlaku. Sebaliknya, kita sendiri perlu ada usaha,”

katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom yang disiarkan menerusi RTM1. Dilaporkan Program 29 episod terbitan Mache All Star United Sdn Bhd dengan kerjasama Minyak Masak Kijang Gold itu akan menemui penonton sepanjang Ramadan ini.

Sharifah Aida Mazlina atau nama pentasnya Elly Mazlein menjelaskan, dia merancang berkongsi tips dan pemakanan yang diamalkan untuk memperoleh zuriat menerusi sesi secara langsung di IG pada awal Ramadan ini. Katanya, dia berhasrat mengendalikan sebuah majlis kecil agar dapat bertemu dengan wanita yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata, bagaimanapun keadaan tidak mengizinkan.

“Insya-Allah, saya akan mengadakan sesi secara langsung di IG, awal Ramadan ini. Saya akan menerangkan dengan jelas apa amalan yang dilakukan. Tanyalah apa sahaja, saya akan cuba jawab mana yang termampu. Mungkin sesi berkenaan akan mengambil antara satu hingga tiga jam, tetapi saya tidak kisah asalkan dapat memberi manfaat kepada pengikut. Sebab itu, saya kena pastikan jadual kosong barulah boleh melakukan sesi perkongsian ini. Pada wanita yang subur dan segar bugar tolonglah diam, jangan hanya tahu mengkritik. Saya paling geram apabila ada warganet kata tidak perlukan tips untuk mendapatkan zuriat.

”Wanita yang subur memanglah tidak memerlukannya, tetapi cuba memahami perasaan wanita lain yang terlalu mengharap untuk bergelar ibu. Jika tiada benda baik hendak diperkatakan, sila diam dan doakan mereka yang mengharapkan zuriat supaya dapat nikmat sebagai ibu,”

Seterusnya, berkongsi pengalaman mengandung kali kedua, Elly berkata, dia tidak mengalami alahan teruk. Sebaliknya, katanya, dia hanya kekurangan selera makan dan tidak boleh menghidu bau masak terutama bawang putih dan merah yang ditumis.

Katanya, dia gemar memakan sushi, tetapi hanya boleh menikmatinya di restoran sejak hamil. Bagaimanapun, Elly berkata, dia dapat merasakan perbezaan hamil anak pertama dan kedua pada usia 41 tahun.

“Walaupun usia kandungan baru tiga bulan, saya cepat mengah seakan-akan sudah mengandung enam bulan. Memang terasa perbezaan sewaktu mengandungkan Sefhia dengan sekarang. Berat badan tidak naik hinggakan doktor pula risau. Saya tidak mengamalkan sebarang makanan tambahan sepanjang mengandung, hanya mengikut apa yang doktor sarankan dan selebihnya menjaga makan serta minum. Insya-Allah, saya akan menghentikan aktiviti seni sekitar September depan. Saya tidak lagi menerima sebarang tawaran baharu, sebaliknya menghabiskan saki baki tawaran yang dipersetujui lebih awal. Ada satu lagi drama yang perlu disiapkan sebelum berehat panjang,” katanya. Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun berpisah pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.