TMJ hadiahkan sesuatu sempena kejayaan Azizul di Olimpik Tokyo. Sekali ini reaksi Azizul bila terima hadiah daripada TMJ.

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dianugerahkan hadiah secara peribadi oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini, berikutan kejayaan di Olimpik Tokyo. Menerusi status terbaharu di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail berkenan menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu dan mengurniakan ganjaran.

Tunku Mahkota Johor terima mengadap Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini, 7 September 2021 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan,” tulis status terbaru itu.

Sementara itu menerusi hantaran di facebook, Azizulhasni berterima kasih atas jemputan berkenaan yang memberikannya peluang berkongsi pengalaman dan menyampaikan idea bagi pembangunan sukan berbasikal di Johor.

“Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor HRH Crown Prince of Johor diatas perkenan men.cemar duli menjemput patik bersama Datuk Qobin untuk mengadap Tunku di JDT HeadQuarter.

“Patik amatlah terharu dan seperti bermimpi disiang hari kerana dapat bersama-sama dengan Tunku dan berkongsi pengalaman serta kejayaan di Olimpik Tokyo baru-baru ini. Patik juga menjunjung kasih di atas kesudian Tunku untuk mendengar idea dan pandangan patik dalam membangunkan arena sukan negara terutamanya sukan berbasikal di Negeri Johor. Patik amat berharap agar apa yang dihasratkan dapat dijadikan realiti dan semoga ia dapat di manfaatkan oleh seluruh warga sukan terutamanya mereka yang berada di Johor,” katanya.

Azizulhasni turut menjunjung kasih atas hadiah peribadi daripada Tunku Ismail. “Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah memurahkan rezki dan merahm4ti Tunku serta seluruh kerajaan Tunku,” katanya. Sumber : bharian

Ada pula yang minta kepastian samaada TMJ akan tinggalkan JDT. Sekali ini jawapan TMJ buat ramai terkedu.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda sedang memikirkan kemungkinan untuk tinggalkannya kelab bola sepak yang telah dipimpinnya sejak 2014. Tunku Mahkota Johor itu dalam laman Instagram baginda bertitah, keputusan itu bagaimana masih dalam pertimbangannya sama ada benar-benar mahu tinggalkan JDT atau sebaliknya. Titah baginda, antara yang menjadi kebimbangan sekiranya baginda tinggalkan skuad Harimau Selatan itu segala-galanya akan musnah.

“Saya sudah lapan tahun mengurus JDT, secara jujur saya letih sikit. Tetapi jikalau saya angkat kaki segala-galanya akan musnah, pemain akan pergi, penaja akan lari dan kakitangan staf juga akan pergi. Jadi saya 50/50, tetapi dengan secara jujur, saya letih sikit kerana saya mengurus bola sepak oleh kerana minat, tetapi saya tidak perlukan bola sepak,” titahnya.

Baginda bertitah demikian menjawab pertanyaan seorang pengikut laman sosial Instagram miliknya yang bertanyakan sama ada betul baginda akan tinggalkan JDT. Titah baginda lagi, dalam hidup seseorang individu, mereka seharusnya mencari sesuatu yang baharu apabila tidak lagi berasa gembira melakukan perkara yang sudah menjadi kebiasaan.

“Dan dalam hidup apabila kita tidak berasa gembira buat sesuatu, kita harus cari benda lain. Saya pun banyak tanggungjawab lain, jadi buat masa ini 50/50,” titahnya. Pada 25 Ogos lalu, Tunku Ismail tinggalkan komen seolah-olah baginda akan menjadi JDT yang telah menjuarai Liga Super buat kali kelapan berturut-turut. Saya telah berjaya memba­ngunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar. Kemudahan infrastruktur bertaraf tinggi dan 18 piala pasukan senior dan 10 piala pasukan junior. Kesemua 28 piala dalam lapan tahun. Ini saya punya hadiah terakhir kepada kelab,” kata Tunku Ismail di ruang komen ber­kenaan. Sumber- K! ONLINE

Syafiq Ahmad baru je tampil mohon maaf. Sekali Amri Yahya pula tampil beri komen padu.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Syafiq Ahmad mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membuat komen yang kurang sesuai di media sosial miliknya, semalam. ” Tak suka? Pintu terbuka (untuk keluar). Ini bukan penjr4. Simple.”

Demikain 4maran yang diberikan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas peny3rang sensasi negara, Syafiq Ahmad meluahkan secara terbuka di laman sosial yang dirinya merindui untuk beraksi semula di atas padang. JeIas Tunku Ismail, pemilihan pemain dalam skuad utama dibuat berdasarkan prestasi semasa dan setiap pemain harus berusaha untuk meraih tempat dalam pasukan.

Komen TMJ

Pemain tengah skuad Harimau Selatan itu memberitahu, permohonan maaf itu turut ditujukan kepada kelab dan rakan sepasukannya. “Saya dengan rendah diri memohon maaf atas tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan terutama sekali Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan di luar padang. Saya mengakui saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial miliknya, hari ini.

Manakala, Amri Yahya menasihatkan beliau untuk bersyukur untuk bernaung di bawah JDT dan ucapan beliau adalah seperti berikut: “Bersyukur lah wahai anak muda..” Tulisnya. Bukan mudah untuk berada dalam pasukan JDT, terlalu ramai yang ingin bermain untuk pasukan JDT. Jadi setiap pemain yang diberi peluang bermain dengan pasukan JDT perlu bersyukur.

Katanya, skuad Harimau Selatan bukanlah pusat kebajikan sebaliknya ia sebuah kelab profesional yang sentiasa memburu kejuaraan setiap musim. ” Nak ajar saya ‘manage’ kelab, page-page (laman sosial) bola yang kononnya ‘expert’ pun sama. ‘Loanlah’ player, kalau nak ‘loan’ ke mana, ‘transfer window’ tutup. Oh minit permainan mustahak. Pergi ‘join’ PJ City FC. Setiap perlawanan dapat main. Dalam JDT siapa kerja keras dalam latihan dan menyerlah, dia akan main. Siapa nak cabaran dalam karier dan kejuaraan, datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, sertai kelab lain. Takda orang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain,” katanya di laman sosial miliknya.

Terdahulu, tndakan Syafiq yang membuat hantaran di laman Twitter miliknya mengundang rasa b3rang Tunku Ismail selepas penyerang Harimau Malaya itu meluahkan keinginan untuk beraksi semula selepas dia dilihat lebih banyak memanaskan bangku simpanan pasukan.

“Seronok tengok kawan-kawan main bola” tulis bekas pemain Kedah itu yang kemudiannya mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan. Ujar Tunku Ismail lagi, prestasi Syafiq sudah jauh berbeza dan dia haris meningkatkan lagi tahap permainannya jika mahu tersenarai dalam pasukan. Selepas kejadian peristiwa pahit, awak (syafiq) tidak seperti dahulu. Kami beri masa, beri sokongan dan monitor. Jikalau tidak puas hati atau setuju jumpa. Kita berbincang. Bukan tweet,” katanya. Bagaimanapun Syafiq Ahmad dilhat sudah membuat permohonan maaf terhadap Tunku Ismail petang tadi kerana bertndak mengikut emosi.

TMJ sudah berbual dengan Syafiq Ahmad

Dalam pada itu, menerusi perkongsian terbaru di InstaStory, Instagram, Tunku Ismail memaklumkan beliau sudah berhubung dengan Syafiq. ” Kepada penyokong JDT dan yang ramai bukan penyokong JDT. Saya baru berbual dengan Syafiq Ahmad. Syafiq Ahmad akan bermain apabila dia bersedia. Angkat piala dan bakar mercun. The End..” tulis Tunku Ismail.

Terdahulu, Tunku Ismail membuat hantaran yang dikatakan merujuk kepada ciapan peny3rang JDT, Shafiq Ahmad yang berbunyi ‘Seronok tengok kawan-kawan main’ di mana kelab itu menentang PJ City malam tadi. Sebelum ini, status peny3rang kebangsaan itu menjadi tanda tanya peminat bola sepak tempatan apabila sekian lama beliau tidak diturunkan dalam aksi kompetitif Liga Super bersama JDT.

Berdasarkan rekod, sepanjang enam aksi terakhir dalam saingan Liga Super, nama Syafiq Ahmad tidak didaftarkan oleh JDT. Pemain berusia 26 tahun itu turut tidak berada dalam senarai bangku simpanan apatah lagi dalam kesebelasan utama sejak saingan liga super kembali bersambung. Kali terakhir Syafiq diberi kepercayaan Benjamin Mora adalah ketika JDT beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika menentang Nagoya Crampus pada 4 Julai.

Peny3rang serba boleh itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-67 menggantikan Ahmad Hazwan Bakri. Perkara ini menjadi kerisauan kepada penyokong-penyokong Harimau Malaya apabila Syafiq Ahmad tidak diturunkan untuk bermain kerana ia akan menjejaskan prestasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Ini kerana minit permainan yang cukup buat seseorang pemain sangat penting dalam mengekalkan prestasi, stamina serta momentum dalam permainan. Malah ia bakal menjejaskan persiapan Syafiq dalam menghadapi kelayakan Piala Asia dan AFF Suzuki bersama skuad kebangsaan nanti.

Peminat juga gusar jika ketiadaan Syafiq membarisi kesebelasan utama pasukannya bakal menutup pintu buat pemain itu untuk tersenarai dalam skuad Harimau Malaya. Bagaimanapun, kelibat Syafiq masih lagi kelihatan ketika sesi latihan bersama kelabnya. Sumber: IG TMJ, Malaysiagazette dan hmetr0.