Seminggu dah pemergian Siti Sarah. Tok Ti mula imbau kenangan bersama Sarah yang ramai tak tahu.

Seminggu berlalu, masih ramai yang terkesan dan berduka dengan pemergian penyanyi, Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi tinggalkan kita semua ke negeri abadi pada 9 Ogos lalu. Menerusi rancangan Melodi yang bersiaran di TV3 pada Ahad, rakan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza atau antara selebriti yang telah ditemubual secara virtual bersempena segment ‘Tribute: Tiada Lagi Siti Sarah’.

Di samping berkongsi detik perkenalan bersama Sarah, Siti menyifatkan arwah Sarah sebagai seorang yang suka bersedekah dan mengembirakan orang lain. “Kalau nak diceritakan kenalan saya dengan Siti Sarah, saya betul-betul mula nampak dia dalam pertandingan Bintang RTM 2001. Dia juga antara peminat yang minat lagu-lagu saya, dia pernah sempat pergi ke konsert jelajah saya pada 3 tahun lepas.

“Dia memang suka nak bagi hadiah. Saya ingat lagi, masa saya mengandung bayi lelaki dia pernah tanya apa hadiah yang Kak Iti belum ada untuk bayi dia nak bagi. “Lepas tu saya kata saya tak tahu lagi nak hadiah apa, nanti kalau Kak Iti terfikir nanti baru Kak Iti bagi tahu. Itulah antara perbualan Direct Message (DM) saya dengan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Siti turut memberikan penjelasan terhadap satu rakaman video tular di laman media sosial yang memaparkan dirinya seakan tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di sebuah rakaman persembahan secara virtual.

Akui ibu kepada dua cahaya mata ini, dia tidak dapat meneruskan rakaman tersebut kerana berasa sedih dengan berita pemergian Siti Sarah buat selamanya. “Hari itu adalah hari perginya Siti Sarah dan di media sosial semuanya cerita yang indah mengenai dirinya. Kebetulan lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memang kena sangat, ya Allah saya tak boleh nak cakap macam mana perasaan saya.

“Daripada awal saya tengok berita saya kata ya Allah macam mana saya nak nyanyi ni? Saya dah lah ada kerja kan, bila cerita tentang Sarah pergi menghadap illahi automatik dia terbayang. Saya terasa sangat tu sebab dia pergi tu dengan sangat indah sekali.

“Sarah salah seorang yang Allah bagi dia keistimewaan sebab itulah saya tumpang gembira sebenarnya dengan pengakhiran dia yang baik,” katanya lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:https://sinetronmalaya.com/

Masih ramai yang tampil menceritakan kebaikan Almarhumah Siti Sarah. Sekali ini pula permintaan Shuib pada orang ramai.

Pelawak dan usahawan, Shuib memohon kepada orang ramai agar tidak mengeluarkan atau memuat naik foto atau video Allahyarhamah isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, turut meminta jasa baik orang ramai agar tidak lagi menghebohkan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan.

“Saya ada permintaan di mana saya mohon kepada semua untuk tidak lagi mengeluarkan gambar atau video Allahyarham yang tidak menutup auratnya dengan sempurna. Saya juga mohon kepada yang telah memuat naik dalam media sosial untuk keluarkan kembali video atau gambar tersebut. Dan, saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. Insya-Allah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT,” tulisnya dalam satu hantaran status Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata itu turut mengambil kesempatan dalam hantaran yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarhamah isterinya. “Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, bidadari syurga saya. Sama-sama kita terus istiqamah menuju ke jalan Allah SWT. Jika rindu kepada Allahyarhamah, sedekahkan al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin telah pergi buat selamanya Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan dan bertarung nyw4 melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Sumber – K! ONLINE

Ramai yang nak tahu tentang lagu terakhir nyanyian Sarah. Akhirnya Shuib kongsikan maksud lagu tu buat ramai yang sebak.

KUALA LUMPUR: Lima hari selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, pelawak dan pelakon, Shuib memuat naik video nyanyian terakhir penyanyi bersuara emas itu yang dirakam 28 Julai lalu. Dalam video disediakan di bawah berdurasi 3 minit dan 16 saat itu, Sarah yang lengkap bertelekung menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku nyanyian asal Agnes Monica dengan penuh perasaan dan menmusuk kalbu.

“Lagu terakhir nyanyian bidadariku, 28 Julai 2021,” tulis Shuib sebagai caption video tersebut. Lagu yang berkisahkan hasrat seorang pencinta yang mahu bertemu kekasihnya yang sudah pergi ke negeri abadi itu seolah-olah menggambarkan isi hati Shuib yang merindukan isteri tercintanya.

Dalam video tersebut juga, kedengaran suara anak-anak pasangan bahagia itu sedang berseronok dan bergurau. “The kids is just having so much fun anak-anak sedang berseronok,” kata Sarah sambil tersenyum manis. Video yang dimuat naik sekitar 2 pagi tadi menerima pelbagai komen mengharukan daripada peminat yang turut merindukan bintang seni itu.

“Pemergian yang memberi kesan bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia. Pemergian Sarah lengkap dengan seribu satu makna. “Penuh dengan pengajaran, motivasi, kesedaran dan kasih sayang. Semoga Syurga Firdaus tempat mu nanti Kak Siti Sarah Raissuddin. InsyaAllah Sarah boleh menghiburkan kita lagi di Syurga kelak,” komen Ajoi Zainal.

Jujurnya Rindu

“Hari pertama saya menjalani kehidupan tanpa Sarah. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu Sarah berada di hospital. “Namun, kini, Sarah sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.

Sebagai ketua keluarga, saya kena beri contoh baik pada anak-anak. “Saya kena tunjuk hebat kerana mereka mempunyai ibu yang kuat dan hebat. Sebelum ini, saya seorang yang jhil dan banyak melakukan dsa. “Jadi, inilah titik tolak saya berubah ke arah lebih baik untuk membimbing anak-anak,” kata Shuib. Sumber : https://viralnews68.co

Kali ni Sharifah Zarina pula dedahkan mimpi jumpa dengan Siti Sarah dengan berjubah dalam masjid. Tapi reaksi Sarah masa tu buat ramai yang terkejut.

Penyanyi Sharifah Zarina antara rakan selebriti yang turut terkesan dengan pemergian Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu. Berkongsi kisahnya didatangi arwah Siti Sarah dalam mimpi, kata Zarina dia tidak peduli sekiranya ceritanya itu tidak dipercayai orang lain.

“Kalau saya cerita ni mungkin tak ada orang percaya tapi tak apa saya nak cerita juga. Pagi Isnin saya bangun jam 4 pagi, terus buka telefon nak tahu perkembangan tentang Sarah. Tapi tak ada apa-apa lagi.

“Sambil-sambil solat saya keep on checking phone, masih sama tiada apa update di media sosial.“Dalam jam 5.30 pagi lepas sahur saya check lagi telefon dan saya nampak berita menyedihkan itu terpapar di skrin.

“Saya menangis sekuat hati. Lepas dhuha mata mengantuk sangat saya terlelap sekejap,” ceritanya. Dalam mimpi itu, Siti Sarah nampak gembira dan wajahnya kata Zarina berseri-seri.

“Wallahi saya mimpi sarah pakai baju jubah dah tudung pink. Kami dalam masjid, dia sangat happy, wajahnya cantik sangat. Saya bagitahu kat anak-anak.

“Tapi hari ni setelah terlalu banyak kebaikan dan amalan Sarah yang saya baca di media sosial, terdetik di hati saya. Mungkin ini yang saya lihat di mimpi.

“Benar dia ibarat bidadari di dalam mimpi tu. Pemergianmu sangat dicemburui dik,” tulisnya. Katanya, perkongsiannya itu bukan untuk meraih perhatian sebaliknya demi bersama-sama menginsafi dan mengingati pemergian.

“Antara kesan berkata benar adalah orang akan ingat kita nak dapatkan perhatian. Siapa yang berani menipu time-time begini memang orang yang sangat berani. “Sedangkan pemergian itu tiap hari kita dengar dan siapa juga yang berani menghukum orang lain di saat-saat begini mungkin belum lagi dihidayahkan untuk sentiasa melihat indah akan sesuatu berita yang disampaikan.

“Kenapa harus saya nak menipu tentang bermimpi pemergian seseorang? Apa saya dapat? Duit? Populariti? Jauh sekali. “Rezeki itu Allah yang bagi bukan dari cerita sensasi,” tegasnya. Siti Sarah menghem.buskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertrng nywa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan. Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Sarah tinggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. sumber: astro gempak

Sarah balik rumah bawak Ayash. Anak ketiga Suib dedahkan ibu hadir dalam mimpi. Tapi cerita dia tu buat ramai yang sebak.

IBU datang… balik rumah bawa Ayash. Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun. Menurut bapanya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, hal itu dikongsikan saat dia sedang memandikan anaknya itu.

“Tadi masa mandikan Matin, tiba-tiba cakap dia mimpi ibu. “Saya cakap (dalam hati)… alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan Sarah) tak dapat-dapat. “Matin cerita lagi… mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.

Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Siti Sarah pada Khamis malam. Akui ‘cemburu’ mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.

“Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia. “Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.

“Tapi dia tak nak datang… rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya. Dalam pada itu Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat isterinya.

“Ada seorang hamba Allah WhatsApp saya, orang yang mesej tu cakap… saya mimpikan Sarah pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu. “Dia cakap… Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.

“Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi… performance dia hebat betul,” demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya. Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Selain Ariq Matin, Sarah tinggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM. Untuk rekod, Ayash dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah melalui operasi yang diadakan pada 6 Ogos lalu.

Ibu tiri dedahkan Siti Sarah sempat suruh dia buat macam ni sebelum masuk hospital.

Kuala Lumpur: “Pada hari dia dibawa ke hospital, Sarah minta saya pindahkan semua wang dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya,” kata ibu tiri Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34. Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, Sarah memberi bayangan akan tinggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu.

Siti Fatimah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya berbuat demikian. “Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan. Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos. “Sarah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. “Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda Sarah berehat selama-lamanya,” katanya.

Ahli Perniagaan Berjaya

Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.

“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi. “Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak Sarah suka bersedekah,” katanya. Raisuddin, 54, yang merupakan bapa kepada penyanyi, Siti Sarah menikah dengan Siti Fatimah Suberi di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu. Sarah diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Sarah tinggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu. Sumber : K!Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.