Panas! 3 Penguatkuasa MBSA Did4kwa Terima Rasvah Hingga RM3,500 Secara Bulanan Dit4han SPRM Hari Ini

Gambar sekadar hiasan

Tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, Cawangan Sg Buloh dit4han Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) berikutan isu viral premis jvdi tanpa lesen baru-baru ini, lapor Sinar Harian.

Ketiga-tiga pegawai itu dipercaya mengutip dan menerima rasvah secara bulanan untuk melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buloh.

Difahamkan, sumber memaklumkan tiga pegawai tersebut berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun dan telah dit4han dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi tadi. Mereka telah dit4han di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan. Dua daripadanya adalah penguatkuasa dari Cawangan Sg. Buloh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

Mereka dipercayai menerima rasvah antara RM300 ke RM3,500 sebulan bagi setiap sebuah premis perniagaan termasuklah premis kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok serta gerai-gerai yang dibuka di kawasan yang tidak dibenarkan dan premis perjvdian.

Video tular di media sosial mendedahkan mengenai kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Selain itu pihak SPRM turut men4han peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan di dalam video viral tersebut kerana langsung tidak mempunyai dokumen perjalanan dan bakal diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.

Peniaga Aceh itu telah beroperasi sejak tahun lepas dan dilaporkan telah membayar wang rasvah sebanyak RM300 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan.

Ada yang turut berperanan sebagai pengkhi4nat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan. Hal ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ianya kutipan rasvah secara bersindiket dalam kalangan anggota penguatkuasa.

Sumber : LobakMerah